Tiara Untuk Pengantin
AGAK janggal dan tidak sesuai jika ada yang teringin memakai tiara bersama set kalung dan anting-anting labuh sama ada ke majlis makan malam, majlis perkahwinan atau ke kenduri.
Walau cantik bagaimanapun set tiara yang anda sukakan itu, ia hanya sesuai dipakai oleh pengantin sahaja. Sememangnya set tiara, kalung dan anting-anting yang mewah dengan batu permata tiruan bak barang kemas berharga jutaan ringgit hanya layak dan sesuai dipakai oleh ‘ratu sehari’.
Set tiara bersama kalung dan anting-anting yang kebiasaannya dipakai oleh pengantin dipilih daripada batu yang berkualiti tinggi dan diimport dari Taiwan dan Korea. Jenis permata yang digunakan ialah swarovski dan zicon yang memancar berkilat terutamanya pada majlis yang diadakan pada malam hari.
Bagi pengantin yang berkemampuan, mereka akan memilih set yang sama warna dengan tema pilihan contohnya jika tema mereka biru, mereka akan memilih set tiara, kalung dan anting-anting daripada batu berwarna biru juga.
Mak andam pula biasanya menggemari set berbatu putih kerana mudah disesuaikan dengan apa sahaja warna baju dan tema pengantin.
Tips memakai aksesori berbatu :
* Jika memakai baju polos, serikan dengan kerongsang kecil yang berbatu permata dua tona, umpama merah terang dan merah samar. Ia akan memancar kilat yang lebih berseri.
* Untuk menjaga aksesori berbatu supaya sentiasa berkilat dan tidak kusam, selepas dipakai, lap perlahan dengan kertas tisu dan simpan di dalam kotak atau bekas.
* Jangan basuh aksesori berbatu dengan sabun kerana batu dilekatkan dengan gam dan ini akan menyebabkannya mudah berubah warna dan batu tertanggal.
* Jangan sembur haruman pada aksesori berbatu kerana warnanya akan menjadi pudar.

0 ulasan:
Catat Ulasan