Menjana Sambil Beramal Jariah

Jana Pendapatan Sekarang!

Sabtu, Mac 20, 2010

Panduan Memilih Pakaian Bayi

Bagi bayi yang baru dilahirkan, mereka sangat sensitif dengan keadaan persekitaran. Malah ada kajian yang dilakukan telah membuktikan bahawa kulit bayi adalah paling sensitif selain lebih nipis, kurang pigmentasi dan mempunyai kadar kelebatan kelenjar peluh yang tinggi.

Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan kulit bayi mudah terpengaruh dengan rangsangan dan panas matahari.

Oleh yang demikian, ibu bapa perlu berhati-hati ketika membeli pakaian dan secara tidak langsung perlu tahu bagaimana hendak memilih pakaian bayi agar kulitnya kekal sihat dan lembut.

Bukan itu saja, ibu bapa juga harus tahu bagaimana hendak menjaga pakaian bayi agar ia tidak memudaratkan kulit bayi.

Dari segi pemilihan baju, ia tidak hanya bergantung kepada corak dan warna baju.

Sebaiknya ciri-ciri seperti mudah dipakai, mudah ditanggalkan dan fabrik daripada jenis yang membolehkan bayi menyesuaikan suhu badannya dengan baik harus diberikan perhatian.

Jika boleh elakkan daripada menggunakan sebarang serbuk biologi atau pelembut kain ketika mencuci pakaian bayi kerana dikhuatiri akan merengsa kulit bayi yang sensitif dan lembut itu.

Terdapat beberapa ciri-ciri yang harus dijadikan panduan untuk memilih baju bayi anda.

Ikuti panduan berikut

Kain daripada kapasPakaian yang dibuat daripada kain kapas boleh membantu menjaga kesihatan kulit bayi. Memakaikan bayi anda pakaian daripada kain kapas akan melindungi kulit bayi daripada kerengsaan disebabkan sentuhan atau geselan. Selain itu kain kapas mudah menyerap peluh dan sesuai dipakai ketika cuaca panas. Ketika musim hujan pula, kain kapas membantu tubuh bayi kekal hangat.

Pilih saiz yang tepatAda ibu bapa yang membeli pakaian bayi agak besar dengan alasan boleh dipakai lebih lama tetapi jangan juga membeli pakaian yang hanya muat-muat badan dan terlalu ketat.Bayi sepatutnya memakai saiz new born dan sekiranya bayi anda dilahirkan besar, sebaik-baiknyanya pilih saiz pakaian bayi berusia satu hingga enam bulan. Usah pakaikan bayi dengan pakaian besar kerana ini membuatkan si kecil sukar bergerak dan kelihatan besar.

Elakkan baju bertali

Hindarkan memilih pakaian bayi yang perlu diikat. Fesyen bertali hanya sesuai untuk orang dewasa dan bukannya bayi.Sebaliknya pilih baju yang berbutang pada bahagian depan kerana ia lebih mudah untuk anda memakaikannya.

Berleher lebar

Pilih pakaian yang berleher lebar atau bulat supaya kepala bayi dapat masuk dengan mudah menerusinya dan berlengan lebar.

Butang

Baju yang mempunyai butang di bahagian hadapan sesuai dan mudah dipakai sepanjang enam bulan pertama usia bayi.Manakala baju yang mempunyai butang pada bahagian bawah memudahkan kerja menukar baju dan lampin.

Penjagaan pakaian bayi

Asingkan pakaianJangan campur pakaian anda dengan pakaian bayi ketika membasuh.Mengasingkan pakaian bayi membantu mengelakkan bakteria pada pakaian dewasa terkena pakaian bayi anda.Ini menjamin kebersihan sekali gus menjamin kesihatan kulit bayi anda.

Guna sedikit sabunBasuh pakaian bayi menggunakan sedikit sahaja sabun.Sabun yang terlalu banyak digunakan menyebabkan kulit bayi merengsa.

Cara basuhan tanganJika basuh menggunakan tangan, elakkan memberus terlalu kuat.Sebaiknya anda gosokkan dengan tangan sahaja dan ketika membilas pastikan benar-benar bersih dan bebas daripada sabun untuk mengelakkan sebarang kerengsaan apabila dipakai semula oleh bayi.

Cara basuhan mesinGunakan program basuhan lembut.Program basuhan biasa boleh merosakkan pakaian bayi dan sebaiknya usah guna cecair pemutih kerana ada bahan kimia yang boleh menyebabkan kulit bayi merengsa.

Susunan MARIATUL QATIAH ZAKARIA

0 ulasan:

QURA'AN KAREEM

"Magical Template" designed by Blogger Buster