Menjana Sambil Beramal Jariah

Jana Pendapatan Sekarang!

Sabtu, Mac 20, 2010

Kebaikan Mengadakan Majlis Perkahwinan Di Dewan

Pesan datuk nenek, kalau anak cucu mahu bersanding, biarlah dilangsungkan di laman sendiri supaya semua sahabat handai dan saudara mara jauh serta dekat boleh melihat dengan jelas kedua-dua mempelai yang duduk sopan di atas pelamin. Lebih daripada itu, berapa lama ingin menatap mempelai pun tiada yang menghalang kerana majlis berkenaan diadakan di rumah.

Bagaimanapun, zaman beralih dan masa beredar menyaksikan persandingan tidak lagi terhad lokasinya di rumah sendiri, sebaliknya dibawa ke ruang yang lebih besar seperti di dewan orang ramai atau di hotel. Peralihan tempat ini juga sekali gus mencetus pertanyaan adakah persandingan di dewan mencipta kemeriahan yang sama seperti bersanding di rumah? Tepuk dada, tanya selera kerana cita rasa antara kita pastinya berbeza.

Kebaikan mengadakan majlis perkahwinan di dewan

* Majlis di dewan boleh dilakukan mengikut belanjawan tuan rumah.
* Ruang yang luas serta selesa untuk tetamu bergerak.
* Tidak perlu meminjam ruang atau laman jiran.
* Dapat mengelakkan kekotoran di halaman rumah.
* Kemudahan meletak kereta untuk tetamu.
* Walaupun masa agak terhad, tetamu datang mengikut masa yang ditetapkan dan mencetus kemeriahan apabila dewan dipenuhi undangan.
* Seluruh tetamu berpeluang melihat pengantin yang diraikan.
* Jamuan ala bufet memudahkan undangan.
* Tidak perlu berkemas sebelum dan selepas majlis dijalankan.

0 ulasan:

QURA'AN KAREEM

"Magical Template" designed by Blogger Buster