Sukarnya Menjadi Insan Kamil
Manusia harus berjalan hidupnya di atas tuntutan Syariat dengan matlamat akhir mengenal Penciptanya, agar menyerahkan diri, menghidupkan rasa cinta dan redha terhadap Allah swt. Namun, segala usaha untuk mendekatkan diri dengan Allah swt, atau mendayakan kesampaian persembahan pengabdian itu tidak akan berjaya kecuali ia ditimbulkan dari dasar ikhlas.
Sekiranya manusia berkeupayaan mengikhlaskan dalam pengabdiannya kepada Allah swt, memusatkan seluruh kehidupan berada dalam lingkaran penghambaan yang jujur, mengujudkan pengertian seperti yang ia sebut(lafaz) pada setiap hari: (IyyaKa Na’budu Wa IyyaKa Nasta’ien) Hanya Engkaulah kami sembah dan hanya Engkaulah kami memohon pertolongan.
Oleh sebab demikian maka Allah swt menjanjikan bahawa syaitan tidak akan memperoleh suatu jalan pun untuk sampai kepadanya apabila seorang itu sudah akui dan berserah diri diatas kewujudan Allah Yang Maha Esa.
“Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” (Surah Al A’raf : Ayat 205)
Sekiranya manusia berkeupayaan mengikhlaskan dalam pengabdiannya kepada Allah swt, memusatkan seluruh kehidupan berada dalam lingkaran penghambaan yang jujur, mengujudkan pengertian seperti yang ia sebut(lafaz) pada setiap hari: (IyyaKa Na’budu Wa IyyaKa Nasta’ien) Hanya Engkaulah kami sembah dan hanya Engkaulah kami memohon pertolongan.
Oleh sebab demikian maka Allah swt menjanjikan bahawa syaitan tidak akan memperoleh suatu jalan pun untuk sampai kepadanya apabila seorang itu sudah akui dan berserah diri diatas kewujudan Allah Yang Maha Esa.
“Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” (Surah Al A’raf : Ayat 205)
“Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (Surah Al Imran : Ayat 191)
“Sesungguhnya Aku lah Allah, tidak ada Tuhan selainKu, maka sembahlah Aku dan dirikanlah salat untuk mengingat Aku.” (Surah TaHa : Ayat 14)
Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit.
Manusia mesti merasakan bahawa dirinya selalu diperhatikan hidup didunia,saluran cara jalan menuntut Ilmu terutama Ilmu Al-Qur’an dan Sunnah Hadis Rasulillah saw supaya tahu kewajiban hidup bagaimana mengerjakan Perintah Solat dan mengurus hidup secara tenang dan teratur yakin pertolongan hanya Allah swt dan Malaikat-malaikat melalui contoh tauladan dari Rasulillah saw.
Dalam Islam, ilmu terbahagi kepada tiga iaitu :
1) Tauhid - Ia melibatkan peraturan hubungan manusia dengan Penciptanya
2) Fiqh - Hubungan manusia sesama manusia
3) Tasauf - Hubungan manusia dalam jiwanya (secara muhasabah)
Hari ini sering ilmu dipisahkan daripada dua perkara iaitu hubungan dengan Tuhan dan jiwa manusia.
Inilah punca kepincangan dalam mencari ilmu dan membawa kesan yang merugikan manusia.
Selain menimba ilmu, seseorang itu hendaklah melakukan pembaikan (Islah). Islah (pembaikan) ini memang sangat di anjurkan oleh Islam.
Dalam kaitan ini Allah swt menjelaskan ;
"Maka barang siapa yang bertaqwa dan membuat pembaikan, tidaklah ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati..” (Surah Al A.raf ayat 35)
Islah - diibaratkan sebagai pemulihan tabiat ;
* Tingkatkan Ilmu
* Memulakan hidup yang baharu
* Berhijrah/berpindah/bertukar hidup yang jahil kepada berilmu,dari sifat yang keji kepada sifat yang disukai agar hidup bermenfaat pada diri sendiri dan bermenfaat kepada orang lainnya, dengan usaha menghasilkan sumber ilmu kepada rezeki yang halal lagi DiBERKATI ALLAH swt.
Segala sesuatu melalui proses yang telah diatur/diajarkan dan diperintahkan keatas manusia melalui ummat Nabi junjungan kita Rasulillah pilihan Sayidulmursalin Muhammad saw dan Ulamak Auliyaullah pewaris Nabi.
Tiga perkara asas diperlukan iaitu:
* Ikhlas (Bersih hati)
* Siddiq (benar)
* Tuma’ninah (Tenang)
Pensucian diri dari segi fiqh atau melaksanakan rukun Islam dan rukun Iman yang dilihat dari segi zahir, dan juga dari sudut pembersihan batin dan rahsia hati (prosedur dari Ilmu Tasawuf).
Pembaikannya ;
* Taubat dilakukannya akan bersifat bathin (dhamir).
* membuang (takhliah) sifat cela (mazmumah)
* menghiasi (tahliah) sifat terpuji (mahmudah)
GANJARANNYA
Islah membawa pembentukan insan beradab (adib)
- yang dari segi zahir dan bathin suci daripada sifat cela,
- tetapi gemilang dengan sifat terpuji.
- Insan ini merasa tenteram (tuma.ninah).
- Hatinya senantiasa tunduk kepada Allah SWT (tawaddhu)..
Hadis Qudsi ; Diriwayatkan Imam Bukhari bermaksud ;
“Barangsiapa yang menyakiti waliku, Aku memaklumkan perang kepadanya, dan tiada mendekati hamba-Ku kepadaKu dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada mengerjakan apa yang telah Aku fardukan ke atasnya. Dan sentiasa hamba-Ku mendekati dirinya kepadaKu dengan melakukan segala yang sunnat. Apabila Aku telah mencintainya, maka Akulah yang menjadi pendengaran yang ia mendengar melaluinya, dan penglihatan yang ia melihat menerusinya, dan tangannya yang ia gunakan dan tamparkan dengannya, dan kakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Dan demi jika ia minta kepadaKu, nescaya Aku berikan kepadanya. Dan demi jika ia minta perlindungan kepadaKu, nescaya Aku melindunginya” Sodaqarrasulillh saw..
Betapa insan yang sudah berislah menerusi proses Islam, Iman dan Ihsan, sehingga terlucut segala sifat keji dan terterap serta terpantul segala sifat terpuji, akan dicintai Allah SWT.
Memasuki kedudukan (maqam mahabatullah) insan yang dikasihi Allah merupakan setinggi-tinggi kurnia Ilahi kepada hamba-Nya.
Inilah matlamat ajaran Islam yang ingin dilihat dimata kasar dan dimata hati yang halus menjadi Idaman /citarasa setiap Insan didunia Hidup yang mewah tenang dan selesa sebagai ubudiyyah(hamba) menuaikan pekerjaan dan mempersiapkan bekalan di Alam Akhirat jua.
Mencari keredhaan dan mahabbah dari Allah Rabbul Arbab, Firman Allah swt dalam (surah Al Ankaabut ayat 69) ;
“Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, benarbenar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik”...
Wassalam.
0 ulasan:
Catat Ulasan