Peranan Perancang Perkahwinan
Majlis raja sehari adalah saat paling indah ditunggu-tunggu setiap insan. Oleh itu, semua bakal mempelai mahukan yang terbaik pada hari berlangsungnya majlis bersejarah itu. Bermula dari awal hingga akhir, daripada perkara dan keperluan kecil hingga ke besar, semuanya akan diperincikan bagi memastikan majlis perkahwinan berjalan sempurna.
Kesempurnaan majlis tidak mungkin dikecapi melainkan mendapatkan khidmat pakar perunding perkahwinan. Walaupun rata-rata masyarakat berpendapat, menggunakan khidmat perunding perkahwinan sangat mahal, hasilnya berbaloi umpama ‘impian menjadi kenyataan’.
Tanyalah pada mereka yang berpengalaman dan sudah melangsungkan perkahwinan, betapa banyak perkara yang perlu difikirkan untuk melangsungkan hari bersejarah. Sebelum majlis persandingan, bakal mempelai juga perlu memikirkan untuk menguruskan majlis pertunangan dan juga pernikahan.
Bermula dengan pemilihan pakaian, barangan hantaran, set pelamin, khemah tetamu, meja makan beradab, fotografi, cenderahati, sajian yang ingin dihidangkan dan banyak lagi, sudah cukup memeningkan kepala. Walaupun mendapat bantuan ahli keluarga dan rakan-rakan, kebuntuan dan masih lagi celaru, letih dan penat memikirkan mengenai hari bersejarah berkenaan masih dirasai.
Memahami situasi yang dialami kebanyakan bakal pengantin, semakin ramai perunding perkahwinan tampil menawarkan khidmat. Tren ini selari dengan kehidupan moden tambahan pula kebanyakan generasi muda sudah bekerjaya hebat lantas masing-masing mempunyai cita rasa, konsep dan tema tersendiri.
Man Kajang.
Perunding perkahwinan profesional, Othman Abdullah atau lebih terkenal dengan nama Man Kajang, berkata tidak seperti perkahwinan generasi dulu yang konsep, tema, hidangan, hiasan dan sebagainya tetap sama dan hampir serupa digunakan kebanyakan mereka berikutan perkhidmatan juru runding perkahwinan belum lagi mendapat perhatian.
Bagaimanapun, katanya, sejak awal 1990-an, masyarakat mula terpengaruh dengan perkahwinan gaya moden dan ala-Inggeris lantas menggunakan khidmat perunding perkahwinan, lebih-lebih lagi ia dikatakan berupaya mengawal rentak perjalanan majlis, mengaturkan program awal hingga akhir, malah berperanan sebagai orang utama mengawal emosi mereka yang terbabit.
“Perunding perkahwinan adalah orang yang memegang peranan besar dalam menguruskan apa saja majlis bermula dengan pertunangan, pernikahan dan juga persandingan. Pendek kata, tugas mereka merangkumi semua dari A hingga Z termasuk konsep, tema, lokasi dan sebagainya.
“Bakal pengantin yang sering sibuk dengan tugasan di pejabat dan pelbagai tanggungjawab lain hanya menyerahkan semuanya kepada perancangnya. Tidak perlu membazir masa mencari sesuatu yang remeh, pergi ke satu tempat ke tempat lain, mencari pakaian yang diimpikan, mencari pereka pelamin dan bilik tidur, pembuat barang hantaran menarik, cenderahati dan sebagainya, malah lebih tenang menjalankan tugas harian,” katanya ketika ditemui di butiknya, di Kajang, baru-baru ini.
Othman berkata, masih ramai lagi yang kurang faham apa sebenarnya fungsi dan peranan perunding perkahwinan, malah ada yang menganggap khidmat ditawarkan sekadar menghasilkan gaya pakaian pengantin, menghias pelamin atau menyolek wajah bakal mempelai.
“Konsep perunding perkahwinan itu perlu difahami kerana perunding perkahwinan adalah segala-galanya dalam menentukan perjalanan majlis bersejarah. Walau kuasa terletak di tangan perunding perkahwinan, namun idea serta kemahuan bakal mempelai begitu diutamakan kerana perunding perkahwinan membantu pengantin merealisasikan majlis yang mereka diidamkan,” katanya.
Beliau yang sudah berpengalaman lebih 18 tahun dalam industri berkenaan berkata, bakal raja sehari yang melangsungkan perkahwinan di dewan lebih mudah diuruskan tanpa menerima gangguan pihak lain, malah segala persediaan lebih mudah dan teratur dijalankan dalam keadaan terkawal.
“Majlis yang diadakan di kediaman kadangkala apa saja yang dirancang dan diaturkan mendapat bantahan keluarga ataupun masyarakat sekeliling. Ia secara tidak langsung memberi tekanan dan gangguan emosi kepada bakal mempelai.
“Di situ, sebagai perunding majlis perlu bijak mengawal situasi dan emosi apabila pengantin mengalami masalah seperti itu. Kita juga perlu bijak dengan permainan psikologi supaya pengantin sentiasa tenang dan tidak tertekan,” katanya.
Bagaimanapun, ia kini sudah menjadi satu aliran semasa bakal pengantin gemar menggunakan perkhidmatan perunding perkahwinan. Walaupun rata-rata berpendapat kosnya agak tinggi, ia kini semakin menjadi pilihan ramai kerana hasilnya sangat berbaloi dan memuaskan.
Ditanya mengenai cabaran yang biasa dihadapi perunding perkahwinan, Othman tidak menafikan tugas itu adalah sangat berat, malah terpaksa bersengkang mata sehingga bermalam di rumah pengantin demi melihat bakal pengantin tersenyum gembira pada majlis bersejarah mereka.
Terima Kasih: Man Kajang (019-2149692)
INFO : Khidmat perunding perkahwinan
# Cari perunding perkahwinan seawal setahun atau selewat-lewatnya enam bulan sebelum majlis berlangsung.
# Tentukan perunding perkahwinan berpengalaman yang dirasakan mampu melaksanakan tugas yang diberikan.
# Fahami konsep perunding perkahwinan iaitu mereka yang boleh membuat susun atur pelan majlis dan mengaturkan tugasan secara menyeluruh.
# Perunding perkahwinan berpengalaman dalam memberi dan berkongsi pandangan dan mengerahkan idea.
# Berpengalaman dalam mereka pakaian pengantin, menghias pelamin nikah dan sanding, membuat gubahan hantaran, hiasan bilik pengantin,
# Memberi perkhidmatan mencari katering, juru foto terbaik, khemah, kompang, penari dan keperluan lain.
# Kebaikan menggunakan perunding perkahwinan: menjimatkan masa, wang, tenaga dan idea tanpa perlu pergi ke banyak tempat dalam satu masa untuk menguruskan hal yang berbeza-beza.
# Selalu berbincang bagi memastikan persiapan berjalan lancar
# Perunding perkahwinan berpengalaman dan profesional bijak mengatur rentak perjalanan majlis, tema, konsep yang dikehendaki pelanggan
# Berpengalaman menguruskan keseluruhan perjalanan majlis dari A hingga Z.
# Memahami situasi, emosi masalah yang dihadapi pengantin dan keluarga
# Banyak mengerahkan idea untuk dikongsikan bersama bakal mempelai
# Perlu sentiasa sabar dan bijak mengambil hati
# Bijak mengawal keadaan sekiranya ada masalah yang berlaku ketika majlis berlangsung
# Sanggup menerima kritikan dan cemuhan
# Perlu banyak membuat rujukan mengenai bidang perkahwinan (bukan saja merujuk pada satu negara, tetapi termasuk negara luar bagi mendapatkan idea segar untuk cita rasa moden).

0 ulasan:
Catat Ulasan