Menjana Sambil Beramal Jariah

Jana Pendapatan Sekarang!

Sabtu, Mac 20, 2010

Tabiat Menghisap Jari

Hisap jari

# Lebih tiga suku bayi gemar menghisap jari sehingga ke usia setahun.

# Tabiat ini dilakukan lantaran rasa seronok, dan mententeramkan diri sendiri dan tidak boleh dikaitkan dengan masalah emosi lain.

# Pakar kanak-kanak bersetuju tabiat itu tidak perlu dirisaukan kerana ia boleh berhenti sendiri pada usia lima tahun.

# Bagaimanapun kira-kira 15 peratus kanak-kanak akan terus menghisap jari selepas usia lima tahun dan dalam keadaan inilah ia boleh mencetuskan masalah perhubungan sosial dengan rakan sebaya apabila sudah masuk sekolah.

# Tabiat ini boleh mencetuskan masalah gigi apabila berlanjutan sehingga lima tahun, bila gigi dewasa mulai mengambil alih gigi susu. Ia dikatakan boleh menjejaskan masalah mengunyah dan masalah lain kepada jari seperti kulit kering dan jangkitan kuman.

0 ulasan:

QURA'AN KAREEM

"Magical Template" designed by Blogger Buster