Menjana Sambil Beramal Jariah

Jana Pendapatan Sekarang!

Sabtu, Mac 20, 2010

Rahsia sepinggan nasi makan bersama

Sepinggan nasi dimakan bersama, seketul kuih jamah menjamah, inilah peribahasa yang mengaitkan keharmonian dalam berumah tangga.Malah berpandukan kepada peribahasa ini, pasangan suami isteri akan menjadi lebih mesra dan ini tidak harus bermusim ataupun cuma dilakukan ketika dalam keadaan tertentu saja.

Malah berpandukan kepada peribahasa ini, pasangan suami isteri akan menjadi lebih mesra dan ini tidak harus bermusim ataupun cuma dilakukan ketika dalam keadaan tertentu saja.

Bagi pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga, amalan sepinggan nasi makan bersama perlu dijadikan petua, demikian amalan bagi veteran nelayan dari Pontian, Johor.

Pak Shamsuri, 85, bersama pasangannya Saleha, 80, masih mengekalkan prinsip sepinggan nasi makan bersama, bergurau senda sambil mengamalkan kata-kata klasik, berterus terang antara satu sama lain dan bantu membantu.

Malah sikap yang mereka amalkan ini juga menjadi contoh kepada anak, cucu malah cicit dan menantu.

Ketika ditemui penulis baru-baru ini, mereka kelihatan ceria seperti zaman muda dulu. Cuma pendengaran kedua-duanya sedikit kekurangan dek faktor usia. Namun daripada apa yang terukir pada wajah tua yang sudah berkedut itu nyata mereka mengamalkan petua yang berkait rapat dengan peribahasa sepinggan nasi makan bersama.

Apa pun ada banyak lagi usaha yang perlu diamalkan atau dijadikan petua sebagai langkah mengekalkan tonggak bahagia rumah tangga terutama bagi mereka yang baru mendirikan rumah tangga.

Pak Nuri turut mengamalkan petua terbaik ini. Walau pun ada rasa malu apabila diperhatikan oleh cucu yang sudah dewasa. Tetapi ini juga adalah satu contoh yang baik untuk mereka dalam persediaan mengisi jalan yang lebih dewasa pada masa akan datang.

Begitu juga dalam bersahabat, terutama untuk pemancing. Soal makan di dalam bot atau ketika di lokasi jangan terlalu individualistik. Jika ada makanan atau bekalan yang dibawa perlu dibahagikan maka jangan terasa berat hati untuk melakukannya kerana ini akan memberi keberkatan serta menambah rezeki.

Jika kita sanggup berkongsi maka Allah akan membukakan hati orang lain untuk berkongsi dengan kita.

Sumber: Joran

0 ulasan:

QURA'AN KAREEM

"Magical Template" designed by Blogger Buster