Padah Kecurangan Suami Isteri
Padah curang
Biarpun tiada kajian khusus dan angka tepat mengenai peratusan kecurangan yang berlaku antara pasangan dalam perkahwinan, apa yang pasti kes sebegitu kerap berlaku yang menjadi antara punca keretakan sesebuah perkahwinan.
Bahkan, lebih mengejutkan jika dikatakan isu kecurangan lazim berlaku di kalangan golongan profesional dan sudah lama mendirikan rumah tangga serta mempunyai cahaya mata.
Sehubungan itu, timbul persoalan kenapakah kecurangan masih berleluasa dalam perhubungan suami isteri, wanita bujang dan suami orang, isteri dan suami orang serta isteri orang dengan lelaki muda.
Pengasas Hushim Motivator & Caunselor Consultancy, Hushim Salleh, berkata ada pelbagai sebab yang mendorong pasangan, baik suami ataupun isteri, berlaku kecurangan dalam rumah tangga walaupun perkara berkenaan sepatutnya tidak berlaku.
“Faktor paling biasa yang mendorong pasangan berlaku curang ialah usia perkahwinan mereka. Pada peringkat awal perkahwinan mungkin masing-masing cuba untuk memahami antara satu sama lain, tetapi apabila sudah memahami dan ada perasaan jemu, mulalah berlaku perkara tidak diingini.
“Antaranya terbit rasa bosan terhadap pasangan dan kejujuran mula dipinggirkan menyebabkan tiada ketelusan walaupun ketelusan penting dalam perkahwinan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Hushim berkata, tiada sifat telus dalam perhubungan perkahwinan boleh membawa kepada timbulnya keinginan untuk curang kerana masing-masing beranggapan tiada apa yang perlu diperkatakan selain menyembunyikan perkara sebenarnya yang sepatutnya dinyatakan kepada pasangan.
Selain itu, katanya, faktor luaran seperti pergaulan dan kurangnya perhatian yang diberikan pasangan juga tidak dinafikan menjadi pencetus kepada fenomena curang dalam rumah tangga.
“Apabila tiada perhatian, pasangan akan berasa kekurangan suatu dalam kehidupan. Merujuk kepada mereka yang bekerja di pejabat, pergaulan seharian dengan teman sekerja kadangkala menjadikan mereka berpotensi untuk curang kerana mendapat perhatian sewajarnya di luar rumah. Itu belum lagi dikira mengenai tugasan di luar daerah bersama rakan sekerja.
“Kalau di rumah suami atau isteri jarang memuji pasangan, tetapi di pejabat keadaan menjadi berbeza apabila ada rakan sekerja memuji atau menunjukkan perhatian lebih terhadap mereka yang kurang mendapat perhatian ini. Akibatnya berlaku perhubungan yang mungkin pada mulanya sekadar mesej khidmat pesanan ringkas (SMS),” katanya.
Bertolak daripada SMS, sering kali perhubungan berkenaan akan berjalan lebih jauh seperti menghubungi antara satu sama lain dan diikuti pertemuan di luar untuk tujuan menjamu selera.
“Dalam fasa ini, mereka yang melakukannya boleh diistilahkan sebagai membina repo dalam perhubungan. Keadaan menjadi lebih teruk apabila suami terlepas pandang mengenai perlakuan isteri dan berlakulah perbuatan curang yang sudah terang salah dan berdosa itu.
“Ada juga kes kecurangan berlaku disebabkan pasangan tidak mendapat kepuasan dalam perhubungan kelamin. Jadi, apabila ada yang menawarkannya secara suka sama suka, ia akan berlangsung seperti dikehendaki dan rosaklah ikatan sesebuah perkahwinan apabila terjadi zina,” katanya.
Hushim berkata, kecurangan boleh terjadi dalam pelbagai bentuk memandangkan kemudahan teknologi tersedia dengan mudah sekali gus memberi laluan selesa kepada individu untuk meneruskan perhubungan tanpa diketahui pasangan masing-masing.
Begitu pun, katanya, tidak adil untuk menyalahkan teknologi, tetapi itulah yang berlaku dalam masyarakat terutama apabila memperkatakan mengenai curang.
“Dengan adanya perkhidmatan pesanan ringkas melalui telefon bimbit, facebook, twitter dan pelbagai lagi, perhubungan menjadi mudah dan ringkas bahkan perbualan di laman jaring juga mendorong individu berlaku curang terhadap pasangan,” katanya.
Memperincikan lebih lanjut mengenai curang, Hushim mengkategorikan kecurangan dalam bentuk perbualan telefon berlaku sebanyak 60 peratus, manakala keluar untuk minum (30 peratus) dan berakhir di bilik tidur pula sebanyak 10 peratus.
Pegangan agama yang semakin tipis juga menjadikan individu semakin tidak mengambil kisah mengenai perkara negatif dalam kehidupan lebih-lebih lagi dalam perhubungan rumah tangga menyebabkan wujudnya fahaman kalau suami boleh melakukannya, isteri juga apa kurangnya.
“Mungkin 10 atau 20 tahun sebelum ini kita jarang mendengar mengenai kecurangan dalam rumah tangga kerana si isteri tidak akan sekali-kali melakukan kecurangan kerana mereka takut kepada hukum Tuhan.
“Bagaimanapun, ada segelintir masyarakat kini seakan menerima saja kenyataan suami keluar ikut pintu hadapan, isteri keluar melalui pintu belakang yang mana ia tidak sepatutnya berlaku,” katanya.
Justeru, perkara ini tidak wajar menjalar di dalam sesebuah perkahwinan kerana ia akan menjadi barah kepada perhubungan suami isteri. Tujuan asal perkahwinan adalah untuk mengelakkan dosa terutama zina, selain mendapatkan zuriat yang bakal menjadi pewaris kepada keturunan manusia yang mulia.
Bagaimana mengelakkan pasangan curang
* Saling mempercayai antara satu sama lain.
* Sentiasa mengadakan perbincangan sekiranya ada soal berbangkit.
* Kembali kepada agama kerana apabila pegangan kepada agama kukuh, pasangan akan mengetahui dosa pahala serta takut untuk melakukan kecurangan yang mendorong kepada dosa lain.
* Menghargai pasangan masing-masing.
* Jangan abaikan pasangan anda.
* Hadiri sesi kaunseling bagi mengenalpasti kekurangan yang mungkin boleh dan perlu diperbaiki dalam rumah tangga,
Bagaimana mengesan kecurangan?
* Pasangan kurang berkomunikasi.
* Pasangan lebih senang melakukan hal bersendirian.
* Masalah kewangan mungkin wujud kerana pasangan anda mungkin banyak berbelanja untuk perhubungan curang yang dilakukan.
* Pasangan anda cenderung pulang lewat ke rumah.
Pengakuan dua wanita
KECURANGAN boleh berlaku dalam setiap perkahwinan sekiranya pasangan tidak mempunyai rasa tanggungjawab atau bila wujudnya rasa tidak puas hati terhadap diri masing-masing.
Bahkan, perkataan curang itu sendiri sudah tidak enak untuk disebut kerana kita mengetahui natijah daripada perbuatan berkenaan tidak baik untuk kesejahteraan perhubungan suami isteri mahupun pasangan kekasih.
Ikuti kisah dua wanita yang sanggup mendedahkan kecurangan dilakukan berpunca daripada rasa tidak puas hati mereka terhadap pasangan. Kedua-duanya mempunyai alasan tersendiri kenapa mereka sanggup melakukan kecurangan terhadap pasangan selain membelakangkan agama yang sewajarnya dijadikan benteng terhadap sebarang maksiat.
KISAH 1 : Kecewa sikap suami
NOR, 35, mengakui beliau mengalami suasana rumah tangga yang amat manis pada lima tahun pertama usia perkahwinan dan amat bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata yang menjadi pengikat kasih sayang antara beliau serta suami.
Kedua-duanya berjawatan tinggi dan memiliki sumber kewangan yang kukuh selain mampu untuk bercuti ke luar negara setiap tahun, namun lama-kelamaan Nor mengakui beliau mula berasa tertekan dengan suami yang hanya menumpukan perhatian kepada kerjaya saja.
“Memang pada mulanya saya berasa suami memahami saya, tetapi sesudah melahirkan anak ketiga, suami mula mengabaikan kami di rumah dan asyik menumpukan pada kerja saja.
“Saya mula berasa tertekan kerana saya menguruskan segala-galanya sendiri walaupun ada suami. Jika sebelum ini kami bergilir menghantar dan menjemput anak ke sekolah, suami sering beri alasan beliau banyak kerja di pejabat,” katanya.
Nor mula merasakan sudah tidak wujud pembahagian tugas yang sepatutnya dikongsi bersama kerana beliau perlu melakukannya semua secara bersendirian sehinggalah anak demam pun beliau terpaksa menghantar anak ke klinik tanpa ditemani suami.
“Saya juga bekerja, sama seperti suami. Pulang dari kerja, saya bergegas ke dapur, waktu malam pula membersihkan rumah terutama habuk kerana dua daripada anak kami alah kepada habuk. Mana sempat untuk saya mengerjakannya seorang diri.
“Itu belum dikira menyiapkan pakaian untuk kerja keesokannya, bangun seawal pagi untuk menyiapkan bekal anak selain suami sendiri mahu bersarapan di rumah walaupun saya tahu dia akan bersarapan sekali lagi di pejabat bersama teman,” katanya.
Bagaimanapun, apa yang lebih menyentap fikiran Dewi ialah keperluan batin suami yang terlalu kuat menyebabkan beliau berasa amat tertekan untuk memenuhi permintaan suami yang agak melampaui batas sedangkan beliau juga bekerja.
“Balik ke rumah, kerja saya tidak selesai juga kerana menyiapkan keperluan kami anak beranak untuk esok sedangkan suami terus berehat. Bila tiba masa untuk saya berehat, dia pula mahu saya melayannya. Dia langsung tidak cuba memahami saya.
“Sehinggalah pada suatu hari, saya bertemu rakan lama ketika membeli keperluan rumah di sebuah pasar raya. Dengan tiga anak dan barang yang perlu dibeli, dia berbual dengan saya sambil dia juga membeli barang. Kami bertukar nombor telefon dan bermula dengan bertanya khabar, kami menjadi lebih mesra,” katanya.
Nor mengakui sikap ambil berat dan prihatin rakan itu membuatkan beliau rasa dihargai dan apabila ada yang memahami, beliau mula meluahkan keluhan hati mengenai suami yang jarang memahami kehendak dan masalah yang dihadapi.
“Suami saya juga kerap ke luar daerah. Ini memudahkan lagi tujuan saya untuk keluar berjumpa ‘rakan.’ Anak mengetahui, tetapi mereka juga seronok apabila saya bawa berjumpa rakan. Dengan statusnya yang bujang, dia tidak mempunyai masalah untuk bertemu saya.
“Saya pula yang terpaksa mencari helah untuk bertemu dengan dia. Perhubungan kami semakin jauh dan berlarutan. Saya membuat pengakuan pada suami mengenai apa yang sudah terjadi. Suami terkejut dan berjanji untuk lebih memahami saya, tetapi janji tinggal janji,” katanya.
Nor berkata, beliau tekad untuk berhenti berhubung dengan rakannya itu, tetapi suaminya tidak pernah menunaikan janji sebaliknya beliau dapat menghidu suami mempunyai hubungan dengan wanita lain selain jarang pulang ke rumah.
Lantaran tidak mahu menambahkan dosa diri sendiri dan tidak mahu suami terus terjebak dengan perkara yang sudah dilakukannya, Nor bersemuka dengan suami dan ternyata mereka masih mempunyai kemahuan antara satu sama lain, tapi ibarat nasi sudah menjadi bubur, tiada jalan penyelesaian kecuali berpisah.
“Saya melalui beberapa siri pergaduhan yang teruk, tetapi akhirnya suami menjatuhkan talak dan saya meneruskan perhubungan dengan rakan tadi.
“Saya akui rasa berdosa yang amat sangat kerana curang terhadap suami, tetapi kalau dia memahami saya, tidaklah sampai saya tergamak untuk menduakan dia. Saya sudah melakukan yang terbaik untuk rumah tangga kami walaupun sakit hati kerana suami seakan tidak nampak pengorbanan saya.”
Penyudahnya, kecurangan menjadi senjata untuk Dewi bertindak menyedarkan suami walaupun agama melarang keras beliau melakukannya.
KISAH 2 : Kenapa saya curang
BERBEZA dengan Nor, Yuhanis (bukan nama sebenar), 28, mengakui beliau berlaku curang kerana sering dikhianati teman lelaki dalam hidup menyebabkan beliau mengambil keputusan membalas dendam kepada mana-mana lelaki yang muncul dalam hidupnya.
“Saya mempunyai hubungan dengan suami orang. Dia menyediakan saya satu unit kediaman di kondominium mewah di kawasan elit untuk memudahkan dia melawat saya.
“Tidak cukup dengan kediaman selesa, saya diberikan kenderaan dan dimandikan dengan pelbagai lagi kemewahan lain menyebabkan saya berasa seronok berada dalam zon selesa. Walaupun disalut kemewahan, saya tetap bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri,” katanya.
Memandangkan kemewahan yang dilambakkan kepadanya, Yuhanis tidak pernah terfikir bahawa suami orang yang juga merangkap teman lelakinya itu mempunyai seorang lagi teman lain yang diberikan kemudahan sama.
“Saya tergamam dan berasa kecewa kerana dia menipu saya. Walaupun saya hanyalah teman wanitanya, dia masih mahu memiliki teman wanita lain menyebabkan saya berasa tertipu.
“Daripada ditipu, saya ambil keputusan melarikan diri dengan memulangkan balik segala kemewahan yang diberikan. Saya tahu dia mencari saya dan sudah meninggalkan teman wanita baru, namun saya tetap tidak mahu kembali kepada dia,” katanya.
Yuhanis kemudian memilih berkahwin dengan Suhaimi (bukan nama sebenar) ketika bekerja sebagai penyanyi di sebuah kelab malam sesudah berhenti kerja kerana beranggapan Suhaimi adalah lelaki berpoket tebal yang mampu memberi kemewahan hidup kepadanya, tetapi kenyataannya Suhaimi adalah lelaki yang tidak berwang.
“Saya sangka dia mampu menyediakan saya kemudahan hidup, tetapi apa yang saya dapat ialah makan nasi tidak berlauk dan kadangkala hanya makan tepung yang dimasak menjadi kuih cucur.
“Memang amat menyedihkan dan saya sedar saya sudah ditipu Suhaimi kerana sebelum berkahwin, dia tidak pernah menunjukkan ciri berkenaan. Kemarahan ditipu teman lelaki masih belum hilang, saya ditipu lagi suami sendiri menyebabkan saya berasa kesetiaan tiada makna lagi,” katanya.
Sehubungan itu, Yuhanis lebih senang mempunyai hubungan dengan beberapa lelaki kerana suaminya sendiri tidak pernah mencari dan mengambil tahu apa yang dilakukan selama ini.
Begitupun, Yuhanis berazam untuk kembali ke pangkal jalan sekiranya bertemu lelaki baik yang sanggup membimbingnya ke arah hidup yang lebih bermakna.
Berbekalkan wajah cantik dan kelihatan lebih muda daripada usianya, tidak susah untuk Yuhanis mendapatkan lelaki yang diinginkan, tetapi dendam yang masih membara membuatkan beliau ingin berlaku curang tanpa memikirkan natijah kemudian hari.
Oleh Shaidah Shafie

0 ulasan:
Catat Ulasan