Menjana Sambil Beramal Jariah

Jana Pendapatan Sekarang!

Ahad, Mac 21, 2010

Segala Perasaan itu Indah jika

Cinta itu indah..jika cinta itu kerana ALLAH..kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu cintai..

Rindu itu indah…jika rindu kerana ALLAH…kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui…

Kegembiraan itu indah..jika gembira kerana ALLAH…kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu gembira…

Sedih itu indah..jika sedih kerana ALLAH..kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih…

Bosan itu indah..jika bosan kerana ALLAH..kerana bosan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu bosankan…

Kesibukan itu indah..jika sibuk kerana ALLAH..kerana sibuk itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu sibukkan…

Kesusahan dan derita itu indah..jika ia kerana ALLAH..kerana derita dan kesusahan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita..

Maka, niatlah segala perasaan kita hanya untuk ALLAH..HANYA UNTUK MENDAPATKAN KEREDHAAN ALLAH...
JUJURLAH kepada ALLAH..atas segala yang menimpa kamu...atas segala yang diperbuatkan oleh kamu..

dan KEMBALIKANLAH SEGALA PERASAAN itu kepada ALLAH kembali..kerana ALLAH jua lah yang memberi segala perasaan itu..

Jika ia MEMBERI KEBAIKAN dan menghapuskan dosa-dosa untuk kamu, menyempunakan diri kamu di kemudian hari, maka minta DIKEKALKAN perasaan itu..dan BERUSAHA lah untuk muhasabah diri..cari di mana KELALAIAN kamu selama ini...dan BERUSAHALAH memperbaiki diri...

Jika perasaan itu MENAMBAHKAN DOSA-DOSA kamu, maka MOHONLAH DIHILANGKAN ..kerana takut akan MURKA, AZAB ALLAH di 'sana' nanti..

SERAHLAH DIRI kepada ALLAH..dalam APA sahaja yang berlaku kepada kamu..InsyaALLAH, ALLAH akan mengembalikan kembali perasaan-perasaan kamu itu mengikut apa yang TERBAIK untuk kamu…

Percayalah, ALLAH TIDAK PERNAH menyiksa kamu, kerana bukan itu tujuan kamu diciptakan..
ALLAH sentiasa merindui dan mencintai kamu, hamba-hambaNYA ,lebih dari segala manusia yang ada di muka bumi ini...

ALLAH memberi perasaan-perasaan itu untuk memberi 'isyarat' CINTA dan KASIH SAYANG NYA untuk kmu KEMBALI tenang HANYA jika BERSAMANYA...

JIka masih belum ketemui 'keindahan' itu, sekurang-kurangnya kamu mendapat REDHA ALLAH..kerana kamu MENGINGATI DIA dan BERNIAT HANYA KERANA DIA di setiap apa sahaja yang menimpa kamu...

Apakah yang lebih bernilai dari REDHA ALLAH? dari RAHMAT ALLAH? dari KETENANGAN dari ALLAH? dari perasaan KEINDAHAN hanya dengan 'BERSAMA' ALLAH?

InsyaALLAH..kamu, kita semua akan ketemu ‘keindahan’ itu…jika kerana ALLAH...percayalah…

Amin Ya Rabbal Alamin..

- Sekadar luahan kasih sayang, ukhuwah (dengan bantuan dan izin ALLAH) kepada sesiapa sahaja yang sudi membaca dan menghayatinya...KERANA ALLAH.. -
- Doakan saya yang lemah dan faqir ini ya... kerana kita akan DI UJI dengan setiap kata-kata kita..

Wallahualam..segala yang baik adalah dari ALLAH..yang buruk adalah dari kelemahan dan kefaqiran saya sendiri...semoga ALLAH ampunkan saya di atas dosa-dosa, kelalaian saya semasa dan selepas menulis luahan ini...

0 ulasan:

QURA'AN KAREEM

"Magical Template" designed by Blogger Buster