Menjana Sambil Beramal Jariah

Jana Pendapatan Sekarang!

Sabtu, Mac 20, 2010

Bertengkar Untuk Kekal Bahagia


Pasangan Ralph dan Phyllis Tarrant kini dinamakan sebagai pasangan berkahwin paling lama Britain.

Ralph, 106, dan Phyllis, 100, bergelar suami dan isteri selama 76 tahun dan rahsia mereka kekal bahagia ialah akibat berlakunya pertengkaran kecil yang berterusan.

“Kami kerap bertengkar mengenai perkara kecil seperti cerita yang kami ingin tonton di televisyen tapi tidak pernah bergaduh besar.

“Bagaimanapun, setiap kali bertengkar, mereka yang bersalah perlu meminta maaf dan ia perlu dilakukan serta-merta,” kata Phyllis.

Ralph turut kesal dengan trend anak muda masa kini yang kerap lari daripada tanggungjawab mereka.

“Saya sedih dengan kadar perceraian yang amat tinggi.

“Saya rasa masalah utama kerana mereka tidak mahu berusaha,” katanya.

Kedua-duanya mula berkenalan pada 1926 tapi menanti tujuh tahun sebelum melangsungkan perkahwinan mereka pada 1933.

Mereka menetap di Sheffield sepanjang hayat mereka dan dikurniakan dua anak perempuan, Christine, 62, yang kini menetap di Amerika Syarikat dan Brenda, 72, yang menetap di Middlesbrough.

Pasangan bahagia itu turut memiliki tujuh cucu dan beberapa cicit. - Agensi

0 ulasan:

QURA'AN KAREEM

"Magical Template" designed by Blogger Buster