Menjana Sambil Beramal Jariah

Jana Pendapatan Sekarang!

Ahad, Mac 21, 2010

Kisah Sepasang Suami Isteri

Cerita ini mengenai percintaan sepasang kekasih yang berakhir dengan perkahwinan, selepas berkahwin hidup mereka semakin bahagia sebagai suami isteri, tidak ada pergaduhan, perselisihan faham atau apa-apa petunjuk yang boleh meruntuhkan rumahtangga mereka. Pasangan ini saling memahami dan gigih memajukan perniagaan mereka.

Apabila si suami pulang dari bekerja, si isteri selalu menghulurkan air dan mengurut si suami yang keletihan, menyediakan makanan dan sebagainya, apabila tiba waktu solat pula si suami tidak pernah lupa mengejutkan isteri dari tidur dan mengingatkan isteri, begitulah kehidupan mereka seharian sehingga mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

Beberapa tahun kemudian perniagaan suaminya semakin maju, banyak syarikat yang mahu bekerjasama dan melabur di syarikat suaminya. Oleh kerana kerja yang terlalu banyak si suami mula pulang lewat dari pejabat, pada awalnya si isteri masih lagi memahami akan kerjaya suami, namun akhirnya si isteri mula merasai hubungan mereka kian renggang di sebabkan kerjaya suaminya.

Walaupun sibuk bekerja,si suami tidak pernah lupa akan tanggung jawabnya terhadap keluarga, hakikatnya si suami selalu mendoakan kesejahteraaan mereka. Si isteri mula menyimpan curiga terhadap suami. Tekanan mula dirasai oleh isteri dek kerana suami yang sudah mula “outstation” setiap bulan, walaupun kadangkala dibawanya bersama tidak juga menghapuskan rasa curiga isterinya. Si suami sebenarnya menyedari sikap isterinya yang ragu terhadap dirinya. Pun begitu demi menjaga kebahagiaan si suami tidak pernah membalas rungutan isteri terhadapnya.

Sehinggalah pada suatu hari si suami keluar atas urusan kerja selama beberapa minggu, si isteri yang tidak tahan lagi dengan sikap suaminya menghantar mesej memohon izin keluar dari rumah untuk mencari ketenangan dan memikirkan masalah rumahtangga mereka seumpama retak menanti belah,si suami memberi peluang kepada si isteri berfikir. Si isteri membawa anak keluar dari rumah dan menyewa di salah sebuah kondominium bagi menghilangkan tekanan dan memikirkan langkah seterusnya. Setelah mendapat keputusan si isteri menghantar mesej dan memberitahu si suami supaya menyenaraikan 10 keburukan tentang dirinya yang tidak disukai suaminya dan dia akan menyenaraikan 10 keburukan tentang suaminya yang tidak disukainya dan mereka akan berjumpa di tempat mula-mula mereka bertemu. Ambang keretakan rumahtangga mula di rasai, si isteri dengan pantas menulis semua 10 perkara yang buruk yang ada pada suaminya yang tidak disukainya.. antara yang ditulis isteri adalah seperti berikut:

- Abang tidak menghargai saya sebagai isteri abang
- Abang seorang yang mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan keluarga
- Abang tidak menyayangi saya sebagai seorang isteri yang sentiasa taat kepada abang
- Abang lebih senang berada di pejabat daripada di rumah bersama kami
- Abang lupa akan kasih sayang yang saya curahkan dan lupa bahawa saya telah melahirkan zuriat abang


Itulah antara coretan 10 perkara buruk yang si isteri tidak suka terhadap suaminya, sampai waktu yang dijanjikan mereka, mereka bertemu di tempat cinta pertama mereka berputik. Suasana tidak lagi seperti keadaan mereka bertemu pertama kali dahulu, dalam suasana sayu itu kedua-duanya terdiam, setelah masing-masing menyerahkan kertas yang dibawa, si isteri berpaling dan terus berjalan pergi tanpa menoleh ke arah suaminya lagi, si suami memandang kelibat isteri dalam kekaburan malam dengan perasaan sayu, si isteri menyimpan kertas tersebut kerana memikirkan tentu banyak perkara buruk yang ditulis suaminya tentangnya.
Tiba-tiba berdering telefon bimbit si isteri, setelah memperkenalkan diri, “Maaf puan, suami puan terlibat dalam kemalangan dan beliau meninggal di tempat kejadian,” desis suara di hujung talian.

Si isteri antara terkejut dan tidak mendengar berita berkenaan, setelah beberapa hari mayat suaminya selamat dikebumikan, si isteri tergerak hati membaca apakah 10 keburukan yang ditulis oleh arwah terhadap dirinya..perlahan-lahan dibuka kertas tersebut dengan sedikit debaran..apabila terbuka isinya berhamburlah airmata si isteri apabila melihat apa yang ditulis suaminya…

“ Sepanjang saya hidup denganmu tiada apa keburukan pada dirimu melainkan setiap masa saya merasai kebahagiaan yang tidak terhingga..”

0 ulasan:

QURA'AN KAREEM

"Magical Template" designed by Blogger Buster