Menjana Sambil Beramal Jariah

Jana Pendapatan Sekarang!

Ahad, Mac 21, 2010

Bertaubat Kepada Allah

BismillahirRahmanir Raheem

Assalamu 'Alaykum WaRahamtullahi WaBarakatuh

Setiap manusia wajib bertaubat, samada mereka sedar mereka telah melakukan dosa atau mereka yakin mereka tidak melakukan dosa. Kerana pada hakikatnya setiap manusia melakukan dosa tanpa disedari, kecuali Rasul2 dan Nabi2 mendapat pemeliharaan Allah Ta'ala.

Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda:

“Setiap anak Adam (manusia) mempunyai salah (dosa), dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat.” [HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah]

Taubat bagi dosa2 yang dikerjakan dengan sengaja adalah berbeza dengan taubat yang dilakukan atas perkara2 yang tidak disedari atau disebabkan kelalaian.

PERKARA2 YANG WAJIB TAUBAT PADANYA

1. Maksiat zahir/dosa2 disebabkan anggota zahir – seperti meninggalkan solat, puasa, zakat , tidak mencegah kemungkaran, derhaka kepada ibubapa, berzina, membunuh, berkata dusta, mengumpat, memfitnah, menzalimi mkhluk Allah dan banyak lagi.

2. Maksiat Batin /dosa2 yang disebabkan oleh gerak hati – seperti ria’ dalam amal, ujub, takabbur, jahat sangka kepada Allah, jahat sangka sesama manusia dan lain-lainnya yang tersebut didalam kitab Tasawwuf.

SYARAT2 DAN ADAB BERTAUBAT

1. Segera menghentikan maksiat/perlakuan dosa tersebut. .

2. Menyesal dengan penyesalan yang benar atas maksiat/dosa2nya.

3. Berazam sungguh2 untuk tidak mengulangi lagi perlakuan maksiat tersebut selamanya

4. Jika dosa2 tersebut dengan haq Tuhannya maka wajib menggantikan segala yang tertinggal. Umpamanya tertinggal solat, puasa dll.

5. Jika dosanya sesama manusia selain mohon keampunan Allah wajib pula mengembalikan haknya. Maksudnya adalah :

i) Jika pernah menzalimi, memfitnah, mencaci, menyakiti, menuduh tanpa hak, mengumpat dll maka wajib berjumpa dan memohon maaf daripadanya.

ii) Jika pernah mengambil harta tanpa hak, maka wajib dikembalikan atau diganti dengan yang sama atau di minta halal.

6. Ikhlas. Taubat yang mempunyai maksud kepentingan duniawi tidak diterima.

7. Taubat dilakukan pada masa diterima-nya taubat. Masa diterimanya taubat adalah:

I) Sebelum saat sakaratul maut (sebelum nyawa sampai halkum).
Ii)Sebelum Matahari terbit dari barat (tanda besar Qiamat).

DOSA2 YANG TIDAK DISEDARI

Seseorang wajib bertaubat atas semua dosa2 yang dilakukan dengan penuh kesedaran, samada dosa kecil ataupun dosa besar. Disamping itu ada lagi dosa2 yang kita lakukan secara tidak sedar, atau disebabkan kelalaian.

Diantara dosa2 yang tidak disedari adalah :

1. Tidak berzikir kepada Allah/ lalai dari mengingati Allah.

2. Tidak mensyukuri ni'mat Allah.

3. Tidak menunaikan hak manusia.

Dan banyak lagi yang berlalu tanpa disedari. Dengan demikian wajib bertaubat berterusan walaupun kita merasakan kita tak berbuat dosa. Pada hakikatnya kita sentiasa dalam dosa tanpa disedari.

CARA-CARA MELAKUKAN TAUBAT INI

1. Lazimkan Solat Taubat
2. Membaca Istighfar berulang2 dan banyak2 umpamanya 100 kali tau lebih.
3. Lazimkan Sujud taubat.

TANDA2 TAUBAT DITERIMA

Sesungguhnya adalah hak mutlak Allah Ta’ala samada mengampuni atau tidak hamba2Nya. Walau bagaimanana pun, Jika seseorang melakukan taubat dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan dengan menitiskan air mata penyesalan, maka sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dosa2 hambaNya walau sebesar dosa sekalipun.

Seseorang yang telah bertaubat sungguh2 akan merasai dalam dirinya beberapa tanda taubatnya diterima. Tanda2 ini kebanyakannnya dirasai oleh hati dan ada juga tanda2 zahir yang dapat diperhatikan :

1. Hatinya akan merasai ketenangan dan kelapangan yang tidak dirasai sebelumnya. Kerana seseorang yang bertaubat dengan taubat Nasuha, adalah seperti seorang yang tidak berdosa. Hatinya telah disucikan oleh Allah Ta’ala. Maka yang tinggal dalam hatinya adalah cahaya keimanannya.

2. Hatinya cenderung dan kuat keinginannnya untuk melakukan amal ibadat kepada Allah Ta’ala serta berbuat amalan kebajikan yang lain kepada manusia seperti bersedekah dll.

3. Anggota tubuh zahir dan batinnya di abdikan untuk mengikut petunjuk Allah.

4. Hatinya sangat membenci ma’siat serta perbuatan kufur kepada Allah Ta’ala.

5. Hidupnya penuh kedamaian. Walaupun rezekinya sedikit tetapi memadai serta mencukupi bagi kehidupannya.

Moga kita semua termasuk yang mendapat keampunan Allah Ta'ala.

(rujukan utama : Ihya Ulumuddin, Syarah Imam Nawawi, Ibnu Hajar, Al-Hikam, Sirrul Asrar)

Wallahu A'lam

0 ulasan:

QURA'AN KAREEM

"Magical Template" designed by Blogger Buster