Menjana Sambil Beramal Jariah

Jana Pendapatan Sekarang!

Ahad, Mac 21, 2010

Renungan Bersama

Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan izin Allah
tiba-tiba muncul mengetuk rumah kita
baginda datang dengan tersenyum dan
muka bersih di muka pintu rumah kita
Apakah yang akan kita lakukan?

Semestinya kita akan sangat berbahagia..
memeluk baginda erat-erat..
dan lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu kita
Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat
agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita
baginda tentu tersenyum.....

Tapi barangkali
Kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar
di depan pintu kerana kita teringat video CD Rated 18xxx
yang ada di ruang tengah, dan kita tergesa-gesa memindahkan
dahulu CD tersebut ke dalam.
Baginda tentu tetap tersenyum.....

Atau barangkali,
kita teringat akan lukisan wanita separuh telanjang
yang kita gantung diruang tamu kita,
sehingga kita terpaksa juga memindahkannya
ke belakang secara tergesa-gesa..

Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan
Muhammad yang ada diruang samping dan meletakkannya
diruang tamu.
bagindatentu tersenyum.....

Bagaimana bila Rasulullah SAW bersedia menginap dirumah kita?
Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih hafal lagu-lagu
barat daripada menghafal selawat kepada Nabi. Barangkali kita
menjadi malu bahawa anak-anak tidak mengetahui sedikitpun sejarah
Rasulullah SAW, kerana kita lupa dan lalai mengajari anak-anak
kita.
Baginda tentu tersenyum.....

Barangkali kita jadi malu bahawa anak-anak kita tidak mengetahui
satupun nama keluarga Rasulullah SAW dan sahabatnya,
tetapi hafal di luar kepala mengenai anggota Power Rangers
atau Penyu Ninja.

Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi
menjadi ruang solat.

Barangkali kita teringat bahawa perempuan di rumah kita tidak
memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan
Rasulullah SAW. Baginda tentu tersenyum.....

Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita..
Belum lagi koleksi kaset/CD kita dan anak-anak kita..
Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita..
Kemanakah kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut
demi menghormati junjungan kita?

Barangkali kita menjadi malu diketahui jun! jungan kita
bahawa kita tidak ke masjid meskipun azan berbunyi.
Baginda tentu tersenyum.....

Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat azan Maghrib,
keluarga kita malah sibuk di depan TV.

Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan
hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi.

Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga
kita tidak pernah menjalankan solat sunat.

Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita
jarang membaca Al-Quran.

Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak
mengenal tetangga-tetangga kita.
Baginda tentu tersenyum.....

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan
Kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari
lewat di depan rumah kita.

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah bertanya
tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di tempat kita.
Betapa senyum baginda masih ada di situ.....

Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba
muncul di depan rumah kita...
Apa yang akan kita lakukan?

Masihkan kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan
baginda masuk dan menginap di rumah kita?
Atau akhirnya dengan berat hati kita
akan menolak baginda berkunjung ke rumah kerana
hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu?

Maafkan kami, ya Rasulullah.....
Masihkah baginda tersenyum.....?
Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir.....
Oh, betapa memalukannya kehidupan kita
saat ini di mata Rasulullah.....

Kenapa hati ini mula nak menangis..
sebak hati bila mengenangkanmu...ya rasullah
bantulah ummatmu ini... ya ALLAH
x layak rasanya untuk aku mnjadi ummatmu..
sedangkan sunnah mu diperhinakan semakin hari..
apakah kita layak mnjadi ummat Muhammad s.a.w?
apayang kita buat bila mna rasul mnjadi bahan ketawa..?
dimanakah kita hari ini..?
rasullah.....umatmu kini semakin dayus..?
bantulah kami untuk pertahankan sunnah mu..
walau kami tahu sunnah mu akan mnjadi asing dikemudian hari.?
ya...........rasullah..safaatkan lah kami..
malu untuk ku luahkan rasa hati ini..
semakin lama...kurasakan pilu sngt..
ayuh....pejuang2 agama ALLAH...
bangkitlah dari tidurmu yg lena..
kembali mnbela sunnah junjungan mulia..
dari musuh durjana yg berluasa..
moga islam kembali bersinar....
TAKBIR............ALLAH HUAKBAR..

0 ulasan:

QURA'AN KAREEM

"Magical Template" designed by Blogger Buster