Mandi bunga - Persiapan praperkahwinan
Bayangkan anda berada di atas pentas pelamin, berpakaian indah, bersolek manis bak raja dan permaisuri. Lensa kamera dan pancaran cahaya lampu menghala ke arah anda dan pasangan, tambahan pula jemputan sekeliling memandang penuh dengan kata-kata.
Itu adalah detik manis yang ditunggu-tunggu setiap pasangan mempelai. Sesiapa saja menempuh alam itu pasti mahukan yang terbaik, terutama rupa paras cantik berseri dari hujung rambut ke hujung kaki.
Keletihan dan kepenatan kerana asyik menguruskan persiapan majlis bukanlah penghalang untuk tampil ceria pada majlis bersejarah. Sebaliknya, rawatan badan dan wajah di pusat kecantikan seperti di Daun Spa mdapat masalah itu yang sering membelenggu kebanyakan pasangan mempelai.
Sudah menjadi lumrah kebanyakan bakal pengantin akan bertungkus lumus menguruskan sendiri majlis perkahwinan mereka. Ia bukanlah perkara mudah yang disangka. Ditambah pula dengan beban tugas harian pejabat ternyata begitu meletihkan kerana terpaksa memikirkan banyak perkara dalam satu masa.
Lantaran itu, apabila menjelang hari bersejarah masih ada lagi pengantin yang nampak belum bersedia. Malah, jangan terkejut jika melihat pengantin nampak serabut, berwajah kusam tidak ceria, penat dan tidak berseri.
SPA sebagai terapi dengan air tidak lengkap tanpa sesi mandi bunga yang boleh membantu menambah seri wajah dan keyakinan diri menjelang majlis raja sehari.
Cukup rehat saja tidak memadai sebaliknya belaian dan rawatan tubuh di spa menjadi jawapan kepada faktor berkenaan. Spa antara kemestian sebelum menjelang perkahwinan supaya bakal pengantin tampil cantik pada wajah dan kulit badan sambil badan disarungkan dengan gaun pengantin yang indah menawan.
Rawatan terapi badan seharusnya ada dalam dalam senarai persiapan perkahwinan sebagai langkah persediaan paling penting untuk penampilan diri yang segar pada hari berlangsung kelak. Bukan saja untuk mendapatkan kecantikan kulit tetapi persediaan dari dalam diri yang mampu menyumbang kepada wajah berseri sekali gus memberi rasa yakin pada hari berkenaan.
Peranan itu dikongsi bersama pemilik dan pengasas Daun Spa di Ampang, Mas Torah Naim. Beliau berkata, rawatan kecantikan badan sedikit sebanyak membantu menceria dan menyerikan wajah si mempelai selepas menjalani sekurang-kurangnya tiga kali sesi rawatan.
“Spa bukan sekadar penjagaan kecantikan biasa sebaliknya rawatan sampingan lain seperti bertangas, mandi wap, bertungku dan sebagainya bertujuan bagi membersihkan dalaman badan seseorang dan mengeluarkan toksin kotor dalam badan khusus untuk wanita. Rawatan lain seperti urutan badan pula membantu mengatasi sakit dan sengal badan di samping meringan serta melancarkan peredaran darah.

SUSUN atur ruang terapi yang begitu kemas memberikan ketenangan kepada bakal pengantin.
“Antara rawatan istimewa yang sering ditawarkan di spa ialah mandian bunga, rempah atau mandi susu yang berfungsi membantu menambah aura seri pada wajah. Selain itu, minyak asas aroma, terapi dan bahan semula jadi mengeluarkan bau wangi membantu menenangkan fikiran jiwa sesiapa saja yang mendapatkan terapi kecantikan di spa,” katanya ketika ditemui di Daun Spa di Ampang Waterfront, Ampang, baru-baru ini.
Mas Torah berkata, bagi yang sentiasa sibuk serta tidak menjadikan terapi kecantikan spa sebagai rutin bulanan, bakal pengantin disarankan mendapatkan rawatan berkenaan selewat-lewatnya dua bulan sebelum menjelang majlis bersejarah.
“Dalam tempoh itu, mereka perlu menjalani sekurang-kurangnya tiga kali rawatan asas membabitkan keseluruhan tubuh badan termasuk kuku kaki dan tangan dan rambut. Sementara itu, untuk rawatan wajah pula mereka perlu melakukan pembersihan selewat-lewatnya tiga atau dua minggu sebelum majlis berlangsung,” katanya.
Masyarakat dulu tidak mendapatkan rawatan kecantikan di spa sebagai petua kecantikan mereka kerana ketika itu pusat kecantikan seperti spa belum lagi menjadi rutin kebiasaan mereka. Sebaliknya, mereka hanya mengamal dan melakukan terapi kecantikan secara sendiri di rumah dengan menggunakan bahan semula jadi yang terdapat di dapur.
Mas Torah berkata, ketika itu ada yang menggunakan bahan seperti kunyit, beras, temu lawak, daun limau purut, timun, lobak dan tomato yang dibancuh atau dikisar sendiri untuk dijadikan penyental badan serta penggosok bagi melicinkan kulit.
“Walaupun sehingga kini kita masih menggunakan bahan semula jadi itu, tetapi bezanya ialah bahan berkenaan sudah disiap sedia, lebih banyak dan datang daripada pelbagai jenama serta kebaikannya. Jadi, dengan bantuan ahli terapi profesional kesannya kecantikan lebih baik dan boleh nampak secara mendalam jika dibandingkan membuat sendiri di rumah.
“Berikutan spa dan pusat kecantikan tumbuh bagaikan cendawan, malah menawarkan lebih banyak rawatan kecantikan, senario melakukan kecantikan sendiri di rumah tidak lagi diamalkan. Lebih-lebih lagi, kebanyakan wanita sudah memiliki kerjaya dan sering sibuk menyebabkan mereka lebih mudah merawat badan di salun atau spa yang ada,” katanya.
Beliau berkata, rawatan wajah adalah terapi paling penting kerana ia boleh membantu mencantikkan kulit wajah selain menambah serinya. Selain itu, rawatan kuku kaki dan tangan pula tidak seharusnya dipandang sebelah mata. Dengan rawatan manicure dan pedicure yang ditawarkan dapat membantu membuang sel kulit mati dan kutikel yang muncul di celah kuku.
“Walaupun, pengantin akan memakai inai pada majlis mereka, sekurang-kurangnya tiada kutikel yang terkeluar di celah kuku dan ia akan merimaskan pengantin yang sibuk menjadi perhatian ramai,” katanya.
Kata orang, sebelum majlis bakal pengantin perlu berpantang supaya seri wajah tidak hilang. Percaya atau tidak, ada juga yang mengamalkannya terutama masyarakat dulu. Antara pantang yang biasa didengari ialah seperti tidak boleh tengok cermin selama beberapa minggu sebelum majlis serta tidak boleh membuang alis atau kening kerana ia boleh menghilangkan seri wajah.
Namun, terlebih dulu, sebagai raja sehari pengantin perlu merasa yakin pada diri sendiri. Keyakinan itu timbul apabila semua masalah dan beban hilang seketika pada majlis berlangsung.
Penyeri, keyakinan, keceriaan serta ketenangan ketika meraikan majlis perkahwinan tidak akan datang tiba-tiba tanpa sebarang rawatan terapi kecantikan diri di spa.
INFO:
Spa
# Bermaksud salus per aquum, solus per aqua, sanitas per aquas atau terapi dengan air.
# Pilih pusat kecantikan yang menawarkan pakej untuk bakal pengantin.
# Lakukan terapi kecantikan keseluruhan badan (rambut, wajah, tubuh, kaki, tangan dan dalaman).
# Lakukan selewat-lewatnya dua bulan sebelum jika tidak menjadikan terapi kecantikan sebagai rutin bulanan.
# Sekurang-kurangnya tiga rawatan asas sebelum majlis perkahwinan.
# Bau wangi dari minyak aroma terapi menenangkan minda.
# Terapi yang ditawarkan :
- urutan, sentalan, refleksologi, pupur, tunku atau tangas, mandian wap, bunga dan rempah
Oleh Hidayah Mohammad
0 ulasan:
Catat Ulasan