Menjana Sambil Beramal Jariah

Jana Pendapatan Sekarang!

Isnin, Februari 15, 2010

Wahai Muslimah, kasihanilah muslimin mu

Betapa iman yang setipis kulit bawang boleh mampu menjaga diri dari melakukan kemungkaran.

Untuk menghalang perempuan berpakaian menutup aurat mungkin sukar, jadi saya mohon bantulah para musliminmu untuk mereka mengurangkan dosa. Mungkin dari pengalaman hidup dan kehidupan yang dilalui, seorang lelaki itu boleh menjaga mata dan nafsu gelora kerana godaan diluar sana oleh perempuan yang tidak layak dipanggil perempuan jika dia memiliki isteri. Ini kerana bila, nafsunya terangsang dengan godaan tanpa sengaja, dia boleh melampiaskan pada isterinya.

• Seorang suami dibolehkan jima’ (mencampuri) isterinya bila masa saja yang ia kehendaki pagi, siang, atau malam. Bahkan, apabila seorang suami melihat wanita yang mengagumkannya, hendaknya ia mendatangi isterinya. Hal ini berdasarkan riwayat bahwasanya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam melihat wanita yang mengagumkan beliau. Kemudian beliau mendatangi isterinya -iaitu Zainab radhiyallaahu ‘anha- yang sedang membuat adonan roti. Lalu beliau melakukan hajatnya (berjima’ dengan isterinya). Kemudian beliau bersabda (maksudnya),

"Sesungguhnya wanita itu menghadap dalam rupa syaitan dan membelakangi dalam rupa syaitan. ( Maksudnya isyarat dalam mengajak kepada hawa nafsu.) Maka, apabila seseorang dari kalian melihat seorang wanita (yang mengagumkan) , hendaklah ia mendatangi isterinya. Karena yang demikian itu dapat menolak apa yang ada di dalam hatinya.” ( Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Muslim (no. 1403), at-Tirmidzi (no. 1158), Adu Dawud (no. 2151), al-Baihaqi (VII/90), Ahmad (III/330, 341, 348, 395) dan lafazh ini miliknya, dari Shahabat Jabir bin ‘Abdillah radhiyallaahu ‘anhuma. Lihat Silsilah ash-Shahiihah (I/470-471).

Imam an-Nawawi rahimahullaah berkata : “ Dianjurkan bagi siapa yang melihat wanita hingga syahwatnya tergerak agar segera mendatangi isterinya atau budak perempuan yang dimilikinya kemudian menggaulinya untuk meredakan syahwatnya juga agar jiwanya menjadi tenang.” ( Syarah Shahiih Muslim (IX/178).

Akan tetapi, ketahuilah saudara yang budiman, bahwasanya menahan pandangan itu wajib hukumnya, kerana hadits tersebut berkenaan dan berlaku untuk pandangan secara tiba-tiba.

Allah Ta’ala berfirman:

"“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat” .[An-Nuur : 30]

Dari Abu Buraidah, dari ayahnya radhiyallaahu ‘anhu, ia berkata, “Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam ber-sabda kepada ‘Ali (maksudnya).
"Wahai ‘Ali, janganlah engkau mengikuti satu pandangan pandangan lainnya karena yang pertama untukmu dan yang kedua bukan untukmu”.(Hadits hasan: Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi (no. 2777) dan Abu Dawud (no. 2149).

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 187, yang bermaksud , "...mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampunkan kamu dan memberikan keringanan kepadamu."

Dalam surah Al-Baqarah ayat 223, yang bermaksud, "Isteri-isteri adalah seperti tanah tempat bercucuk tanam,maka datanglah (tanah) tempat bercucuk tanam sebagaimana sahaja yang kamu kehendaki, kerjakanlah (amal-amal) yang baik untuk dirimu. Bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah kamu kelak akan menemuiNya. Dan berikanlah khabar gembira bagi orang-orang yang beriman." (Al Baqarah: 223)

Dan nasihat saya pada para isteri, apa bila seorang suami terpaksa bertugas luar dalam tempoh tertentu, berilah bekalan istimewa kepadanya, agar air yang terkumpul ditulang sulbi, bila baru dikeluarkan, akan dapat menahan dan mengawal nafsu diluar sana. Dan apabila dia balik ke rumah, cepat-cepat hadiahkan persembahan istimewa. Mahukah kita menjadi seperti suatu kisah sahabat, "apabila suaminya akan pulang ke rumah, isteri itu telah menunggu di tepi pintu dengan tangan kanan memegang segelas air dan tangan kiri memegang rotan."

Maka, wahai muslimah sekalian permudahkanlah pernikahan kamu agar lelaki terselamat dan kamu juga selamat. Kerana kerenah perempuan yang mementing beberapa perkara adat yang menyukarkan seorang lelaki itu mahu bernikah awal demi meyelamatkan imannya.

Mudahkan pernikahan.. .

1.Jangan terlalu mementingkan 'sama level pendidikan'. Apabila ada lelaki yang baik ingin melamarmu, maka pertimbangkanlah dengan memohon petunjuk dari Allah. jangan terus menolak tanpa memohon petunjuk dari Allah. Mohonlah pada Allah " Wahai Tuhan yang pengasih, berilah aku petunjuk, jika lelaki ini baik bagi dunia dan akhiratku, maka permudahkanlah urusan pernikahan ku dengannya, bukakanlah hati kami agar sentiasa berkasih sayang."

2. Berbincanglah dengan ibu bapa yang terlalu mementingkan material, jangan meminta wang hantaran terlalu tinggi. Jangan kata zaman sekarang harga barang mahal, maka wang hantaran mesti ikut harga semasa juga, kerana harga muslimah yang berkahwin lebih mahal lagi dari harga barang-barang.

3.Walimah itu memang perlu dibuat, namum bersederhana sahaja, yang penting menjamu makanan sekadar termampu, tidak perlu hingga menyewa tempat yang grand dan memberikan cendarhati yang mahal tapi tiada ertinya kepada tetamu.

Qoute : Ya Allah selamatkanlah aku dari godaan nafsu yang mendorong aku utk berbuat berbuat dosa zina, kuatkanlah iman aku, peliharakanlah diri aku dari godaan nafsu dan syaitan ya Allah...aminnn

0 ulasan:

QURA'AN KAREEM

"Magical Template" designed by Blogger Buster