Menjana Sambil Beramal Jariah

Jana Pendapatan Sekarang!

Ahad, Februari 21, 2010

Antara Realiti dan Imej


Kadang-kadang, hanya dengan berdiam diri, kita akan mengerti apa yang berlaku dalam realiti. Ada juga yang memerlukan penerangan yang jelas. Ada juga yang sekadar memandang, dan kefahaman pasti milikmu.

Cerita ini, hanya sekadar perkongsian, ianya benar-benar berlaku dalam realiti dan mungkin kita kurang menyedarinya.

1. Di majlis perkahwinan (perbualan antara suami isteri)

“Mana saudara-mara kamu yang perempuan ramai-ramai. Tadi saya nampak.”
“Perempuan mana? Saya ramai saudara perempuan.”
“Macam mana nak kenal pasti ye. Haa, yang pakai tudung labuh semuanya tu. Tadi saya nampak diorang makan kat sini.”
“Tak tahulah, ada kot kat atas rumah Opah.”
“Buat apa kat sana. Ada kerja ke?”
“Saya tak tahulah abang.”
“Siti sepupu awak yang sorang ni memang rajin. Dari tadi buat kerja, bagus betul dia.”

2. Perbualan antara dua sahabat

“Aku menyampah tengok dia (seorang muslimah bertudung labuh)”
“Tak baik cakap macam tu.”
“Tak adalah, pakai cantik tapi perangai tak masuk dengan pakaiannya.”
“Mungkin dia memang jenis yang macam tu.”
“Mungkin, siapa tahu. Tapi aku tak suka muslimah yang macam ni.”
“Erm, aku tak dapat nak cakap apa-apalah. Lagipun kita sama-sama tak tahu kenapa dia jadi macam tu. Kata orang, tak kenal maka tak cinta.”

Apa yang ada dengan cerita di atas?

Apa sahaja imej yang kita bawa, kita menjadi perhatian setiap mata. Kata orang pakaian melambangkan peribadi seseorang.

Adakah ianya benar? Satu ketika dahulu mungkin ia benar, namun sekarang tidak semestinya lagi kerana imej yang dianggap baik disalah gunakan oleh pihak-pihak tertentu. Bukanlah saya maksudkan semua pakaian baik (menurut Islam) tidak melambangkan dalaman yang baik, namun ianya tidak semestinya sesuai diaplikasikan ke atas semua keadaan.

Setiap orang punya penampilan yang seiring (lebih kurang sama) terutamanya masyarakat Melayu Islam dalam konteks Malaysia, juga masyarakat Arab. Dengan itu, apa sahaja imej yang mereka bawa, melambangkan mereka keseluruhannya.

Tidak ada yang terkeluar daripada kelompok yang dimaksudkan. Kata orang, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Dua imej yang saya ketengahkan di atas bukan untuk mengata atau merendahkan sesiapa. Hanya untuk menggalakkan kita sama-sama befikir.

Jika sesama Muslim ada pandangan masing-masing, begitu juga dengan masyarakat barat. Kita memang tak berupaya untuk memuaskan setiap mulut yang mengkritik (fitrah yang tidak sempurna), tetapi cubalah sedaya upaya untuk berbuat yang terbaik kerana setiap tingkah-laku kita (Muslim) dipandang dan ditafsir berlainan dengan masyarakat barat yang mana mereka lebih suka menambah daripada apa yang terzahir.

Seperti yang kita sedia maklum, selagi kita (Muslim) tidak turuti apa yang mereka ingini, selagi itu mereka akan memecah belahkan kita.

Salah satu cara mereka dengan memburukkan imej kita sebagai umat yang terpilih kerana Islam.

Sebagai kesimpulannya, berjaga-jagalah dengan tingkah-laku masing-masing sebagai seorang Muslim.

Berakhlaqlah sebaik yang mungkin, kerana kita sama-sama mendapat pegangan dari Yang Satu.
Amalkan apa yang tertulis dalam Quran, praktikan apa yang diajar Nabi Muhammad SAW dan sama-sama menggapai syurga, tempat tertinggi.

“Ya ALLAH, satukanlah hati-hati kami (penjunjung Islam), agar kukuh berdiri, menggapai Firdausi. amiin”

0 ulasan:

QURA'AN KAREEM

"Magical Template" designed by Blogger Buster