Diari Hidupku
Tahun demi tahun, saya meneruskan kehidupan, dulu di alam persekolahan, alam bergelar pelajar universiti dan alam pekerjaan.
Astaghfirullahulazim..
Jalan yang terpaksa di lalui rupanya kian lama kian sukar. Onak dan duri menanti di sepanjang perjalanan. Ada masanya saya kuat menempuh halangan dan ada masanya saya tewas.
Titik hitam mula berkumpul dalam diri ini, setitik demi setitik, hingga lama kelamaan menjadi banyak. Iman pula sentiasa di paras yang berbeza-beza, ada pasang surutnya yang tersendiri.
Saya kian banyak melakukan dosa. Ampunkanlah aku Ya Allah.. Apa gunanya aku hidup, andai kehidupan ini semata-mata untuk menambah bebanan dosa? Dan kenapa KAU izinkan aku hidup sedangkan timbangan dosa ku kian lama kian berat?
Astagfirullahalazim ..
Setiap apa yang Allah ciptakan, biarpun sebesar zarah, pasti ada hikmahnya, pasti ada sebabnya. Allah Maha Bijaksana Lagi Maha Mengetahui. Ajal maut semuanya di tangan Dia dan hanya Dia yang tahu, bila tiba masanya Izrail harus datang menjemput. Dia yang Maha Berkuasa.
Pernahkah kita terfikir, kenapa kita masih hidup hari ini?
Bersyukurlah kerana sehingga hari ini, kita masih lagi dipanjangkan umur, tempoh pinjaman jasad dan nyawa ini masih lagi dipanjangkan.
Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana Allah ingin memberi peluang kepada kita untuk menyuci diri dan menghapuskan dosa semalam? Kita masih hidup agar kita dapat memohon maaf kepada mereka yang pernah kita lukai hatinya, kita masih hidup agar kita dapat melunaskan hutang yang belum terbayar.
Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana masih ada yang memerlukan kita, memimpin tangan mereka, menyapu air mata mereka, meminjamkan bahu dan telinga untuk mereka di kala mereka sedang berduka lara.
Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana masih ada tugas yang belum terlaksana sempurna. Masih banyak yang belum kita lakukan. Amalan dan bekalan untuk di bawa ke akhirat yang kekal abadi masih tidak mencukupi.
Aduh, rupanya perjuangan kita di alam kehidupan ini masih belum selesai. Masih banyak yang harus kita persiapkan..
Qoute :
Ada yang bertanya padaku "naim seorang ustazkah", "banyak ilmu", jawapku "saya bukan seorang ustaz, tak layak dapat gelaran itu dan saya tidak arif dalam bab agama". Saya hanya seorang insan biasa yg bersifat lemah, adakalanya bersifat takbur, adakala lemah semangat, pandang rendah pada diri sendiri dan tidak terlepas dari buat banyak kesalahan dan dosa. Saya bukannya lulusan agama. Saya minat menghantar email berbentuk ilmiah kesan pergaulan dgn Ustaz dan terutama didikan dari Nur Hidayah dan Nur Azura, mereka insan yg banyak mengajar dan melayan kerenah saya dlm menegur dan mendidik saya.
Semasa di alam persekolahan, saya bukan dari aliran agama tapi aliran biasa. Masa zaman study di Kolej saya ambil bidang pengurusan. pastu baru terbuka hati sambut pengajian di UMcced dalam bidang syariah selama 2th lebih. Sekarang pun saya sambut study dalam bidang pengurusan juga.
Segala ilmu agama yang saya pelajari, saya dah lupa sebab tidak amalkannya. Hanya yang simple je jadi amalan saya. Harap selepas ini orang tak panggil saya ustaz dan jika ingin berkongsi ilmu dan saling nasihat-menasihati satu sama lain, saya amat mengalukannya. Sekarang saya nak cuba ingat balik apa pernah saya pelajari dahulu. Sesungguhnya saya amat jahil dalam ilmu agama.

0 ulasan:
Catat Ulasan