Menjana Sambil Beramal Jariah

Jana Pendapatan Sekarang!

Jumaat, Oktober 30, 2009

Ku Merayu

Dalam sayu ini
Ku masih merayu
Kiranya kau hulur sisa simpati
Untuk hatiku yang masih mengharap
Allah ku pinta segala terlerai

Walaupun aku tidak pasti
Apakah masih membara dosaku
Di lautan derhaka ku terus berombak
Menghempas taubatku yang kian retak
Allah ampunilah daku
Sudi kiranya
Kau hujani kembali
Jiwaku yang masih kelayuan ini

Allah sambunglah cintaku yang terputus
Dengan cinta-Mu Yang Maha Kuasa
Dalam sayu ku masih merayu
Agar kasih-Mu hadir di hatiku
Dalam pilu ku masih merayu
Biarlah dosa-dosa nan lalu
Terkubur di lipatan kenangan

Ku merayu hanya pada-Mu
Ku merayu dan terus merayu

Ku memohon petunjuk dari-Mu
Buatku menuju jalan-Mu yang satu
Hidup matiku hanya untuk-Mu

Ikhtibar Pencinta Allah dan Pencinta Dunia

Lumrah berlaku didalam kehidupan didunia
Jika seseorang yang cinta dunia itu ternama
Ada glamour kaya raya ataupun berkuasa
Sambutan orang kepadanya hanya sementara

Diwaktu tua tenaga sudah tiada berguna
Orang sudah lupa ia terpinggir seorang diri
Adakalanya kehidupannya sedih sekali
orang pun tidak peduli
Apatah lagi selepas matinya
jarang sekali namanya disebut orang lagi
Belainan sekali pencinta Allah
Yang kerjanya untuk Allah
Walaupun sesungguhnya ujian menimpa
Pada mereka berat sekali
Walaupun begitu di masa hidupnya
dihormati oleh manusia

Diwaktu tuanya pula apatah lagi
Bahkan walaupun selepas matinya
Namanya masih disebut-sebut lagi
Makamnya sentiasa diziarahi pada setiap hari
Seperti makam para nabi dan para wali
Begitulah beza antara dua golongan manusia
Pencinta Allah dan pencinta dunia

Marilah ambil pengajaran darinya

Akhir Zaman

Banyak berlaku di zaman ini
Manusia jauh dari Robnya
Tiada terasa tiada dirasa
ujian terus melanda manusia

Manusia menginginkan syurga
Tapi ia menuju neraka
Ia tahu syaitan musuh nyata
Tapi ia jadikan kawan hidup

Sedarlah kawan kita didunia
Sebentar saja tiada kekal
Tiada abadi hidup di dunia
Pasti berakhir

Bila ajal datang tak bisa dihindar
Pangkat dan harta takkan dibawa
Sahabat karib tak bisa menolong
Bahkan yang ada akan ditinggalkan

Bersedialah kita semua
Berbekal kita dengan amal sholeh
Segera bertaubat kepada Allah
Sebelum mentari tak terbit lagi

Husnul Khotimah

Terangkanlah, terangkanlah
Jiwa yang berkabut, langkah penuh dosa
Bila masa, telah tiada, kereta kencana datang tiba-tiba

Air mata dalam duka, tak merubah ceritanya
Hanya hening dan berjuta tanya
Dalam resah, dalam pasrah

Terangkanlah, terangkanlah
Hati yang mengeluh, saat hilang arah
Detik waktu, yang memburu
Detik yang tak pernah kembali padaMu

Terangilah, terangilah
Bimbing kami dalam langkah
Ampunilah, maafkanlah
Dosa hidup sebelum diakhir masa

Ya Allah biha Ya Allah biha
Ya Allah bi Husnul Khatimah...

Kekasih

Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua

Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu

Kembali PadaMu

PadaMu Allah
Hanya Kau yang satu
Puji-pujianMu hanyalah untukMu
Dunia yang fana
Buatku terpedaya
Lupa padaMu sesat entah kemana

kini...ku sedari
dosa-dasoku selama ini

Keangkuhan diriku
kejahilan yang laluku
turutkan hati mengingkari suruhanMu
kan ku tinggalkan semua
dosa-dosa dan noda
ingin kembali kepadaMu..

kini ku sedari
kecilnya diri ini
kepadaMu aku akan kembali pasti
akhirnya ku mengerti
perjalanan hidup ini
segalanya disaksi sejak azali

ampun...Allah
segala kesalahanku
Ya allah terimalah taubatku
keinsafan yang kurasa
kekesalan tak terkira
mengharap keampunan dariMu yang maha esa
pintu taubat terbuka
kuharap Engkau terima
kepulanganku ke jalan yang Kau redha...

Kewajipan pelihara bumi Allah

SEBAGAI khalifah Allah di muka bumi, manusia memikul amanah cukup besar. Manusia bertanggungjawab sepenuhnya bagi memakmurkan bumi serta memelihara segala khazanah kekayaan Allah daripada segala bentuk ancaman, kerosakan dan kemusnahan.
.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya dunia ini cantik, subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya." (Hadis riwayat at-Tirmidzi).
.
Sebenarnya, semua ciptaan Allah yang terdiri daripada haiwan, tumbuhan, lautan, gunung-ganang malah virus yang amat kecil itu mempunyai faedah tersendiri buat kehidupan manusia.
.
Semua diciptakan Allah untuk dimanfaatkan dengan cara yang terbaik bagi memudahkan kehidupan manusia di muka bumi ini.
.
Begitulah kehebatan dan rahmat Allah SWT yang tidak sesekali membiarkan manusia hidup dalam keadaan serba kekurangan dan kedaifan. Dengan sifat ar Rahmaan dan ar Rahim-Nya, manusia sama ada yang beriman atau kufur terus diberi nikmat. Hal ini sewajarnya menjadikan manusia semakin tunduk patuh kepada-Nya.
.
Bagi hamba yang memiliki iman yang sempurna, segala kejadian ciptaan Allah menjadikan mereka sentiasa berfikir mengenai kehebatan Allah SWT.
.
Penciptaan makhluk di langit dan di bumi menjadi antara tanda jelas membuktikan kewujudan dan kehebatan Allah s.w.t.
.
Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang yang beriman." (Surah al-Jaathiyah, ayat 3).
.
Secara jelas, Islam melarang umatnya melakukan kerosakan di muka bumi. Kerosakan yang dimaksudkan termasuk melakukan perbuatan maksiat dan keji oleh mereka yang alpa akan larangan Allah serta kerosakan yang membabitkan kemusnahan alam ciptaan Allah.
.
Dewasa ini, sesetengah pihak bersifat rakus menghimpun kekayaan dunia dengan menjalankan projek pembangunan mega sehingga sanggup merosakkan ekosistem alam. Gunung-ganang ditarah tanpa kajian dan penelitian, pokok balak ditebang secara haram, kawasan tadahan hujan dibotakkan sewenang-wenangnya sehingga seluruh hidupan termasuk manusia dan haiwan menderita menanggung akibatnya.
.
Disebabkan kerakusan serta sifat tamak manusia yang mengabaikan tanggungjawab memelihara alam semula jadi ini akan menyebabkan berlaku kerosakan dan bencana yang akan mengganggu kehidupan mereka sendiri. Firman Allah yang bermaksud: "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).. " (Surah ar-Ruum, ayat 41).
.
Allah s.w.t amat membenci golongan yang melakukan kerosakan di muka bumi. Firman-Nya yang bermaksud: "Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedangkan Allah tidak suka kepada bencana kerosakan." (Surah al-Baqarah, ayat 205).
.
Firman Allah lagi yang bermaksud: "Dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan." (Surah al-Qasas, ayat 77).
.
Penciptaan kehidupan di atas muka bumi yang terkandung di dalamnya pelbagai jenis flora dan fauna memerlukan penjagaan dan pemeliharaan bagi memastikan sistem ekologi berfungsi dengan lancar dan baik.
.
Aturan kehidupan tersebut yang seimbang adalah menurut sunnatullah yang sentiasa beroperasi untuk memastikan manusia mendapat faedah daripadanya. Sistem yang amat istimewa diciptakan Allah ini dikenali ekosistem yang sangat unik dan sistematik.
.
Justeru, manusia sebagai khalifah tidak terlepas daripada tanggungjawab bagi memastikan tiada sebarang kerosakan dan kemusnahan di atas muka bumi yang boleh menjejaskan perjalanan sistem ini.
.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintah-Nya, memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya). Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu." (Surah Ibrahim, ayat 32-33).
.
Sebagai manusia yang dianugerahkan akal fikiran yang boleh menentukan baik buruk sesuatu perkara, manusia seharusnya mengawal diri daripada terus mengeksploitasi sumber alam secara berlebihan.
.
Fenomena seperti tanah runtuh, banjir kilat dan jerebu haruslah dijadikan renungan agar kita dapat memikirkan kesan jangka masa panjang terhadap kerakusan mengaut keuntungan dunia yang tidak berkesudahan.
.
Maka, semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing dalam memelihara keindahan alam semula jadi agar generasi akan datang akan terus mendapat nikmat yang tidak ternilai ini.
.
Oleh: Mohd Shahrizal Nasir

Sabtu, Oktober 24, 2009

Perkara dilarang ketika solat

Menempelkan satu kaki dengan yang lain ketika berdiri.
.
Berdiri di atas satu kaki
.
Duduk di antara dua sujud dengan kedua-dua lutut terangkat ke atas dan telapak tangan di lantai atau duduk di atas lutut dan jari kaki tegak berdiri tanpa kaki menyentuh lantai.
.
Memasukkan kedua-dua tangan ke baju ketika berdiri, rukuk dan sujud. Keadaan itu menyerupai orang Yahudi dalam solat mereka.
.
Menangkat pakaian (sarung dan celana) ketika sujud sama ada dari arah depan atau belakang. Hal yang sama bagi lelaki menyelak rambut ketika solat. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Aku diperintahkan bersujud di atas tujuh anggota tubuh dan tidak menyingkap pakaian atau rambut".
.
Bercekak pinggang atau menjauhkan kedua-dua pangkal lengan dari dada.
.
Menyambung antara bacaan al-Fatihah dan takbiratul ihram serta antara rukuk dan bacaan surah. Hal ini tidak disukai jika seseorang itu menjadi imam. Sepatutnya, ia berdiam diri sebelum membaca al-Fatihah dan rukuk.
.
Makmum pula hendaklah tidak menyambung takbiratul ihramnya sendiri dengan takbiratul ihram imam serta ucapan salamnya dengan salam imam.
.
Ia perlu berdiam diri sejenak sebelum takbiraul ihram mengikut imam dan sebelum mengucapkan salam selepas salam imam.
.
Bagi imam dan makmum, jangan sesekali menyambung ucapan salam pertama dengan yang kedua dan memisahkan kedua-duanya dengan diam sejenak.
.
Solat dalam keadaan mahu membuang air kecil atau besar kerana ia boleh mengganggu khusyuk dalam solat.
.
Jangan bersolat ketika perut dalam keadaan sangat lapar apatah lagi ketika itu makanan disediakan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya "Apabila diserukan solat Isya sedang makan malam siap, dahulukan makan sebelum mengerjakan solat Isya kecuali apabila waktu solat tinggal sedikit atau hatinya mantap, tidak terpengaruh. "
.
Beberapa ulama salaf berkata: Empat perkara tidak patut dilakukan dalam solat iaitu berpaling, mengusap muka, mempermainkan batu kerikil (di tempat solat) dan solat di tempat lalu lintas.
.
Beberapa larangan solat yang lain ialah menyilangkan jari kedua-dua tangan, mempermainkan sendi jari tangan atau kaki sehingga mengeluarkan bunyi, menutup wajah dengan kain dan memasukkan kedua-dua tangan di antara kedua-dua paha ketika rukuk.

Ketampanan Nabi Yusuf diuji

NABI Yusuf ingin hidup tenang dan tenteram di rumah pembesar Mesir. Baginda mendapat sepenuh kepercayaan daripada majikannya untuk menguruskan segala hal-hal rumah tangga mereka dengan penuh keikhlasan, kejujuran tanpa mengharapkan balasan dan sebagainya.
.
Pertumbuhan fizikal dan mental Nabi Yusuf menjadi seorang pemuda yang cukup tampan dan gagah telah menarik perhatian isteri pembesar Mesir tersebut.
.
Zulaikha sangat tertawan melihat ketampanan Yusuf. Dia selalu menggoda Yusuf dengan pelbagai cara sama ada secara terang ataupun tersembunyi. Pantang ada kesempatan, maka akan digunakan oleh Zulaikha dengan sepenuhnya.
.
Setiap hari dia akan berpakaian cantik dan memakai wangi-wangian semata-mata untuk menggoda Nabi Yusuf agar terpikat kepadanya.
.
Perbuatan dan tingkah laku Zulaikha yang selalu menggoda Yusuf itu lama-kelamaan menjadi buah mulut penduduk Mesir.
.
Sebagai isteri kepada orang yang sangat berpengaruh, Zulaikha terasa sangat teruji dan malu dengan perbuatannya sendiri. Dia pun merancang satu strategi untuk menutup perbuatannya.
.
Pada suatu hari, dia telah memanggil rakan-rakannya yang terdiri daripada isteri-isteri pembesar dan kaum-kaum wanita yang berpengaruh di daerah itu untuk menjamu mereka di rumahnya.
.
Setiap tetamu yang datang akan diberikan tempat duduk yang sangat selesa kepada mereka dan dihidangkan dengan makanan yang lazat serta sebilah pisau setiap seorang untuk memotong makanan itu.
.
Apabila semua tetamu telah sampai, Zulaikha pun mempersilakan mereka makan.
.
Sedang tetamu-tetamunya asyik makan, Zualikha memerintahkan Nabi Yusuf supaya keluar dan berjalan di hadapan mereka. Nabi Yusuf pun keluar dan berjalan dari bahagian hadapan hinggalah ke belakang meja itu.
.
Para wanita yang melihatnya terdiam seketika dan terngangalah mulut masing-masing. Mata mereka bulat memerhatikan ketampanan Yusuf. Tidak kurang juga ada yang menjerit kerana terkejut. Lagipun seumur hidup mereka sebelum ini tidak pernah melihat orang lelaki setampan Nabi Yusuf.
.
Oleh sebab terlampau terkejut dan terpukau dengan ketampanan Nabi Yusuf, mereka telah memotong jari masing-masing sehingga luka. Sesungguhnya apa yang terjadi itu adalah di luar kawalan mereka.
.
Zulaikha memerhatikan mereka dengan perasaan suka hati. Dia pun bertepuk tangan dan mengarahkan Nabi Yusuf masuk ke dalam bilik semula. Setelah Nabi Yusuf hilang daripada pandangan, barulah wanita-wanita itu tersedar daripada lamunan dan mula menyedari tangan masing-masing telah terluka.
.
"Sesungguhnya apa yang kami lihat itu tadi bukanlah manusia tetapi malaikat," kata mereka. Zulaikha pun berkata: Kamu telah melukai tangan masing-masing, padahal kamu hanya melihatnya sekali sahaja. Tetapi aku melihatnya setiap hari, daripada usianya 12 tahun sehinggalah dia menjadi pemuda yang tampan begini. Jadi salahkah aku kerana menyukainya? "
.
Pelbagai nasihat yang diberikan oleh wanita-wanita itu tadi supaya Nabi Yusuf menerima cinta Zulaikha. Jika menerima cinta Zulaikha, Yusuf akan mendapat kesenangan hidup dan pelbagai ganjaran yang lain. Namun begitu kata-kata nasihat yang diberikan tidak menarik minat di hati Nabi Yusuf.
.
Baginda berdoa kepada Allah agar dirinya ditetapkan iman dan tidak terpengaruh dengan godaan wanita-wanita itu. "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku lebih rela dipenjarakan kerana sekiranya berada di luar aku bimbang akan terpaksa menurut hawa nafsu wanita-wanita itu. Lindungilah aku wahai Tuhanku daripada rayuan dan tipu daya mereka," ucap baginda.
.
Pembesar Mesir mengetahui hal itu, tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa. Demi menyelamatkan keadaan, dia telah menurut kata isterinya supaya memenjarakan Nabi Yusuf. Akhirnya tinggallah Nabi Yusuf dalam penjara.

Tarbiah kanak-kanak dengan lemah-lembut

Sifat rahmat adalah perasaan belas kasihan terhadap sesama makhluk. Rahmat bukan kepada manusia saja bahkan perlu dilaksanakan kepada haiwan dan alam. Sebelum Allah memerintahkan manusia supaya bersifat rahmat, Allah terlebih dulu bersifat rahmat.
.
Firman Allah yang bermaksud: “Dia menetapkan atas dirinya memberi rahmat.” (Surah Al-An’am, ayat 12)Allah menegaskan, untuk mendapat rahmat Allah, seseorang itu hendaklah bertakwa seperti firman-Nya yang bermaksud: “Dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah Al-Hujurat, ayat 10)
.
Selepas Allah sendiri bersifat rahmat, Nabi Muhammad SAW menegaskan orang yang tidak merahmati kanak-kanak, bukan daripada golongan kami dan orang yang paling meraikan kanak-kanak ialah Nabi Muhammad SAW.
.
Daripada Anas Ibnu Malik pernah berkata, aku tidak pernah melihat orang yang paling merahmati kanak-kanak melebihi Rasulullah SAW. Rasulullah SAW juga merahmati kanak-kanak dan memerhati keadaan mereka walaupun ketika Nabi sedang menunaikan sembahyang.
.
Daripada Syaddad Ibnu Al Had, Nabi Muhammad keluar untuk berjumpa dengan kami kerana hendak menunaikan solat Maghrib atau Isyak, Nabi Muhammad ketika itu mendukung cucunda baginda sama ada Hassan atau Husain, Nabi pun ke depan kerana hendak mengimamkan kami, maka Baginda meletakkan cucunda di depan kemudian Baginda bertakbir untuk memulakan sembahyang. Dalam sembahyang, ketika salah satu sujud Rasulullah memanjangkan sujud. Tatkala selesai sembahyang, ada sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau memanjangkan sujud engkau sehingga kami menyangka sudah berlaku sesuatu perkara ke atas engkau, atau kami sangka wahyu turun, maka berkatalah Nabi Muhammad SAW: Semuanya itu tidak berlaku, akan tetapi sebenarnya cucunda aku bermain di atas belakangku ketika aku sujud, maka aku tidak sampai hati untuk bangun dari sujudku melainkan selepas dia selesai.
.
Pada kejadian lain, Nabi Muhammad SAW sedang berkhutbah, kemudian Nabi turun kerana rahmatnya Baginda kepada kanak-kanak. Daripada Buraidah Ibnu Al Husaib, suatu hari Rasulullah SAW berkhutbah kepada sahabat Nabi, tiba-tiba cucunda Baginda bernama Hassan dan Husain datang berlari-lari anak, sedang memakai baju panjang warna merah, jatuh bangun jatuh bangun, maka Nabi pun berhentikan khutbah lalu turun dari mimbar mendukung kedua-duanya lalu dinaikkan mereka berdua atas mimbar, kemudian Baginda bersabda benarlah firman Allah yang bermaksud, sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jugalah pahala yang besar. Aku melihat dua orang cucunda aku ini dan aku tidak sabar kalau tidak mendukungnya. Kemudian Baginda menyambung semula khutbah.
.
Sifat Baginda ini tidak khusus kepada ahli keluarga saja, bahkan boleh dikatakan kepada semua kanak-kanak di Madinah. Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku mendirikan sembahyang menjadi imam dan aku ingin sekali memanjangkan sembahyang, tiba-tiba dalam sembahyang aku mendengar kanak-kanak menangis, lalu aku pun memendekkan sembahyang kerana aku takut ibunya merasa susah.”
.
Nabi Muhammad SAW juga sentiasa bergurau dengan kanak-kanak. Daripada Jabir Ibnu Samurah: “Suatu hari aku bersembahyang bersama Rasulullah, selepas selesai Baginda keluar melawat ahli keluarga Baginda, aku pun ikut sama. Tiba-tiba datang sekumpulan kanak-kanak mengerumuni baginda, lalu Nabi Muhammad SAW menggosok pipi kanak-kanak itu seorang demi seorang, adapun aku, maka Nabi juga menyapu pipi aku, maka aku dapati tangan Nabi sejuk lembut dan ada bau wangi semacam baru keluar dari botol minyak wangi.”
.
Jika seseorang tidak mencium kanak-kanak atau tidak merahmati mereka, Nabi menganggap sebagai tanda keras hati yang mesti diperbaiki. Daripada Aisyah, “Datang seorang Arab Badwi berjumpa Nabi Muhammad SAW, maka lelaki itu bertanya kepada Nabi Muhammad, adakah engkau mencium kanak-kanak? Maka Nabi Muhammad menjawab: Adakah aku mampu menyekat dan menghalang daripada ketentuan Allah yang akan mencabut rahmat daripada hatimu? Nabi Muhammad SAW bersabda lagi: Tidak akan dicabut rahmat melainkan daripada orang yang ada tanda kecelakaan.”
.
Khalifah Umar Ibnu Al Khattab ada mengkhabarkan, sesiapa yang tidak merahmati kanak-kanak, tidak layak memegang jawatan mengurus hal ehwal masyarakat dan masalah, kerana mereka yang tidak merahmati kanak-kanak akan memutuskan hukuman berdasarkan keras hati dan kepala batu mereka.
.
Daripada Abu Uthman An Nahdi ada berkata: “Umar ada memberi jawatan kepada seorang lelaki dari Bani Asad mengurus hal ehwal masyarakat, maka lelaki itu pun datang berjumpa Umar hendak mengambil surat pelantikannya, tiba-tiba datanglah beberapa orang anak Umar lalu Umar pun mencium pipi mereka, lelaki itu bertanya kepada Umar, adakah engkau mencium anak-anak kamu? Maka Umar menjawab: Ya, saya menciumnya, kenapa? Umar menyambung lagi, maka engkau kalau begitu sangat kurang merahmati orang ramai, kanak-kanak pun engkau tidak merahmatinya, kembalikan semula surat pelantikan kamu itu, aku tidak akan memberikan kamu apa-apa jawatan pun selepas ini selama-lamanya.”
.
Perasaan rahmat dan lemah lembut dalam memberikan tarbiah kepada anak amat diperlukan. Cara mentarbiah anak dengan cara ini lebih selamat, lebih teguh pendirian, lebih berjaya dan lebih memberikan kesan kepada anak kecil daripada mentarbiah dengan cara kasar dan keras.
.
Hati mereka sudah difitrahkan untuk merasa mesra dan manja sementara cara keras dan kasar adalah cara orang lain yang dijajah masuk ke dalam agama kita. Tarbiah dan pendidikan cara kasar adalah cara asing yang tidak dipersetujui oleh Allah, Nabi Muhammad dan agama Islam yang suci.
.
Oleh Mohd Roslan Abdul Ghani

Ayat Al-Quran Membenteng Sihir

Apabila kita membicarakan mengenai sihir, kebiasaannya kita akan berdepan dengan tiga golongan manusia, iaitu mereka yang tidak mempercayai kewujudannya, mereka yang terpengaruh serta menggunakan khidmat ahli sihir dan mereka yang terlalu takut dengan kesan ilmu sihir sehingga tidak mengetahui apakah tindakan yang perlu dilakukan bagi melindungi diri mereka daripada terkena sihir.
.
Apa itu sihir? Menurut Ibnu Qudamah Al-Maqdisi di dalam al-Mughni, sihir adalah ikatan, jampi, perkataan yang dilontarkan secara lisan mahupun tulisan, atau melakukan sesuatu yang mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang terkena sihir tanpa berinteraksi langsung dengannya.
.
Sihir ini mempunyai hakikat di antaranya ada yang boleh membunuh, menyakiti, membuat seseorang suami tidak boleh bersama isterinya atau memisahkan pasangan suami isteri, atau membuat satu pihak membenci lainnya atau membuat kedua-dua belah pihak saling mencintai.
.
Amalan sihir ini sebenarnya mempunyai hubung kait yang rapat dengan alam jin dan syaitan. Tukang sihir, pawang, dukun atau bomoh menjalankan ilmu hitamnya menerusi pertolongan jin dan syaitan.
.
Ahli sihir perlu melakukan amalan syirik, khurafat dan tahyul terlebih dulu bagi bersahabat dengan jin dan syaitan yang mereka gunakan untuk melakukan kerja jahat mereka. Apabila tukang sihir meningkatkan amalan kufur maka jin dan syaitan itu akan lebih taat kepadanya dan lebih cepat melaksanakan perintahnya.
.
Sehubungan dengan itu tukang sihir dan syaitan adalah teman setia yang saling bekerjasama dalam melakukan perbuatan yang terkutuk di sisi syarak dan ini dicela Allah SWT seperti firman-Nya: "Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang daripada manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." (al-Jinn: 6)
.
Bagi sesetengah pihak, sekiranya sesuatu perkara itu tidak boleh dibuktikan mengikut kaedah saintifik maka dia akan menolaknya secara mentah seolah-olah ilmu sains itu menjadi satu cabang ilmu yang sempurna tanpa cacat-cela. Ilmu sains bukanlah sesuatu cabang ilmu yang sempurna. Sesuatu perkara itu hanya kita boleh diyakini sebagai seratus peratus benar sekiranya ia termaktub di dalam al-Quran dan Sunnah.
.
Sihir dan alam jin ini sebenarnya termasuk dalam perkara ghaib dan bagi umat Islam perkara itu perlu dirujuk kepada nas al-Quran dan hadis. Sekiranya sihir itu tidak wujud mana mungkin Allah SWT menyuruh kita berlindung diri daripada perbuatan tukang sihir seperti firman-Nya: "Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan; dan daripada bahaya gelap apabila ia masuk; dan dari kejahatan makhluk (tukang sihir) yang menghembus pada simpulan- (dan ikatan); dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya." (al-Falaq: 1-5).
.
Di dalam al-Quran juga ada kisah Nabi Musa AS bertarung dengan tukang sihir Firaun. Bahkan dalam riwayat hidup Rasulullah, Baginda juga pernah terkena sihir Labid bin al-A'sham, seorang tukang sihir Yahudi seperti diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.
.
Bagi mereka yang terbabit dengan perbuatan sihir dan suka bertemu dengan ahli sihir seperti pawang, dukun dan bomoh, ketahuilah bawah amalan sihir ini termasuk dalam kategori dosa besar.
.
Nabi SAW bersabda: "Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan" . Baginda ditanya: "Apakah dosa itu wahai Rasulullah? Baginda berkata: "Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina. "(Hadis al-Bukhari)
.
Sehubungan itu adalah diharamkan untuk bertemu bahkan mempercayai ahli sihir dan tukang ramal kerana ia perbuatan kufur. Sabda Baginda, "Bukan termasuk golongan kami yang melakukan atau meminta tathayyur (menentukan nasib sial berdasarkan tanda-tanda benda, burung dan lain-lain), yang meramal atau yang meminta diramalkan, yang menyihir atau meminta disihirkan dan barang siapa mendatangi peramal dan membenarkan apa yang dia katakan, maka sesungguhnya dia sudah kafir terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad SAW" (Hadis riwayat al-Bazzaar)
.
Tukang sihir ini sudah melakukan kerosakan serta huru-hara di dalam sesebuah masyarakat. Lantaran itu majoriti ulama mengharuskan hukuman bunuh terhadap tukang sihir. Akan tetapi Imam Syafie berpendapat tukang sihir hanya boleh dikenakan hukuman bunuh sekiranya dia menggunakan ilmu sihirnya itu untuk membunuh jiwa insan yang lain. Imam Syafie mengkategorikan hukuman terhadap tukang sihir ini sebagai qisas.
.
Dalam usaha seseorang itu untuk menghindarkan diri daripada terkena sihir, janganlah pula turut mengamalkan perbuatan yang memiliki unsur sihir atau meminta pertolongan daripada ahli sihir. Hendaklah setiap umat Islam melindungi diri mereka daripada niat jahat tukang-tukang sihir itu dengan membaca ayat al-Quran serta doa yang diajar Rasulullah SAW.
.
Berikut adalah beberapa petua yang diambil daripada hadis Baginda.
.
# Membaca ayat Kursi, iaitu surah al-Baqarah ayat 255 setiap kali selesai solat lima waktu dan sebelum tidur.
.
# Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Naas setiap kali selesai solat lima waktu dan membaca ketiga surah itu sebanyak tiga kali pada pagi hari sesudah solat Subuh dan menjelang malam sesudah solat Maghrib.
.
# Membaca dua ayat terakhir dari surat al-Baqarah, iaitu ayat 285-286 pada permulaan malam.
.
# Membaca doa, "Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna daripada kejahatan makhluk ciptaan-Nya" pada malam hari dan siang hari ketika ingin pergi atau masuk ke sesuatu tempat.
.
# Membaca doa, "Dengan nama Allah, yang bersama nama-Nya, tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, baik di bumi mahupun di langit dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui " -tiga kali pada pagi hari dan menjelang malam.
.
Menurut Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah, bacaan zikir dan permohonan perlindungan kepada Allah bagi memperoleh keselamatan dan untuk menjauhkan diri dari kejahatan sihir atau kejahatan lainnya iaitu bagi mereka yang selalu mengamalkannya secara benar disertai keyakinan yang penuh kepada Allah, bertumpu dan pasrah kepada-Nya dengan lapang dada dan hati yang khusyuk.
.
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus

Kemarahan

Pengalaman memarahi orang lain mungkin membuatkan ramai berpendapat rasa marah adalah satu perkara buruk. Menengking anak-anak semata-mata untuk mendapatkan kerjasama mereka tidak selalu meninggalkan rasa positif kepada diri ibu bapa.
.
Malah, menyaksikan pergaduhan anak ketika mereka melenting juga tidak mendatangkan sebarang perasaan yang menggembirakan.
.
Namun, mungkin tidak ramai yang sedar bahawa kemarahan itu ada tujuannya dalam kehidupan kita. Ia datang dengan hikmah mengajar manusia seperkara dua tentang cara memperoleh hubungan yang lebih sihat dan bahagia.
.
Berikut adalah lima kaedah bagaimana kemarahan sebenarnya boleh menjadi satu perkara yang baik:
.
1. Kemarahan sebagai pelindung
.
Apabila anak berada dalam situasi merbahaya atau mencemaskan, minda anda secara automatik akan mencetuskan satu rangkaian reaksi yang boleh menaikkan kemarahan.
.
Maka, anda tidak mempunyai masa untuk berhenti dan memikirkan tindakan berikutnya. Kemarahan sebenarnya memintas fikiran bagi membolehkan manusia terus bertindak serta-merta. Ini sekali gus merupakan kaedah alam atau natural untuk melindungi keluarga daripada sebarang kecederaan.
.
2. Kemarahan sebagai petanda
.
Tujuan kemarahan itu wujud adalah untuk menghapuskan masalah-masalah dalam kehidupan, bukannya perhubungan. Apabila sesuatu memerlukan perubahan dramatik, kemarahan tidak hanya memberitahu anda apa yang perlu diketahui, malah, ia memberi anda kuasa untuk melakukan sesuatu.
.
Misalnya, apabila doktor anak tidak mendengar keluhan anda, maka, menjadi marah mungkin boleh 'merancakkan' suasana dan mencari punca masalah agar ia boleh diselesaikan.
.
3. Kemarahan mengawal
.
Anak anda membiarkan semua barangan permainannya berselerak di serata rumah lagi! Terlalu penat untuk menengking perlakuan anak itu untuk mendapatkan kerjasamanya, kemarahan mungkin membantu. Perasaan marah boleh memberitahu bahawa anda mempunyai harapan terlalu tinggi atau peraturan yang ditetapkan tidak cukup jelas.
.
Gunakan tenaga daripada kemarahan anda untuk berkomunikasi tentang peraturan tersebut. Disusuli dengan disiplin yang konsisten serta berpatutan, seiring dengan usia anak.
.
4. Kemarahan sebagai suara
.
Apa yang kita katakan kepada diri biasanya akan menjejaskan tahap emosi. Jika kita memberitahu diri sebagai ibu bapa yang teruk, maka, teruklah jadinya. Sebaliknya, jika kita berkata kepada diri agar melakukan yang terbaik dalam apa juga situasi, maka, kita akan bertindak tanpa rasa terlalu tertekan.
.
Belajarlah mendengar 'suara kecil' dan cuba mencabar sebahagian persepsi salah yang telah anda terapkan untuk diri dan si anak. Mintalah pandangan jujur daripada rakan-rakan. Jika apa yang anda katakan tentang diri itu benar, maka, gunakan maklumat ini untuk membuat perubahan dalam hubungan anda dan anak.
.
5. Kemarahan sebagai pengajaran
.
Gaya pengurusan kemarahan biasanya diwarisi daripada ibu bapa. Andainya ibu anda merupakan seorang yang suka menengking atau menjerit, maka besar kemungkinan, anda akan mengikut jejaknya. Biarpun setelah anda bersumpah tidak akan bersikap sepertinya.
.
Buangkan idea bahawa kemarahan itu satu perasaan yang buruk. Kemarahan ialah satu proses natural dan tidak dapat dielakkan. Tetapi, pastikan anda faham emosi ini boleh dikawal. Buktinya, menerusi sedikit latihan.
.
Berikan diri anda masa untuk mencari kaedah berdepan dengan cabaran mendidik anak, sama ada melalui bacaan buku ataupun menghadiri kelas mengurus kemarahan.
.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.angerman agementgroups. com/

Persekitaran, doa pengaruhi peribadi muslim

Alam persekitaran atau dalam istilah Arabnya bi'ah ialah segala sesuatu yang berada di sekelilingnya dan mengesani kehidupan seseorang, sama ada secara langsung atau tidak, dari dalam kandungan ibu hinggalah ke akhir hayat.
.
Dari pengertian ini, alam sekitar merangkumi kedudukan geografi atau tempat didudukinya, rumah tangga yang terdiri daripada ibu dan bapa serta anggota keluarga lain yang dinaungi, teman yang digauli serta masyarakat yang dianggotainya.
.
Semua unsur alam persekitaran ini mempunyai pengaruh terhadap pembentukan diri seorang insan, terutama dalam pembentukan sahsiah diri. Cuma bezanya kecil atau besar pengaruh terbabit.
.
Mengenai unsur tempat, Ibnu Khaldun mengemukakan pendapatnya, yang tempat tinggal mempunyai kesan dan pengaruh kepada sifat sesuatu bangsa, walaupun kesan dari faktor ini amat kecil.
.
Secara umum ada sunnah yang mengakui kesan dari faktor ini, seperti hadis yang bermaksud: "Hati-hati yang kasar dari sebelah timur dan amanah bagi ahli Hijaz."
.
Faktor ibu, ada kajian baru yang mengakui kesan dari keadaan jiwa ibu yang mengandung ke atas anak kandungannya.
.
Dalam kajian itu selalunya disebut mengenai pengakuan seorang ahli fikir barat Tomes Hobbs. Sifat yang berduka itu ada kaitannya dengan keadaan jiwa ibunya yang ketakutan ketika kapal tentera Sepanyol, Armada menuju ke pantai.
.
Kes seperti ini berlaku di kalangan masyarakat umum.
.
Di antara yang disebut ialah 'kenan'. Dari petunjuk sunnah, Islam mengakui kesan dari faktor kandungan ibu.
.
Rasulullah mengajar umatnya supaya memulakan dengan doa ketika berhubung mesra bersama isteri, memohon tidak bercampur dengan syaitan, yang dinaskan al-Quran, sentiasa mencampuri urusan umat.
.
Jika ditakdirkan mendapat keturunan, Rasulullah menjamin si anak terselamat dari penguasaan syaitan.
.
Doa Rasulullah kepada anak Abdullah bin Abu Talhah yang masih di dalam kandungan ibunya. Doa dari Rasulullah adalah keberkatan kepada si anak dan memberikan ketenangan hati kepada kedua-dua ibu bapanya.
.
Demikianlah kita mendoakan anak sejak masih di dalam kandungan atau meminta dari orang yang soleh supaya mendoakannya.
.
Faktor keluarga. Selepas kelahiran bayi, keluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan yang lain adalah faktor lebih penting daripada yang disebutkan.
.
Kajian psikologi kanak-kanak memperlihatkan betapa besarnya kesan keluarga. Sifat suka meniru pada kanak-kanak adalah jalan awal yang terpenting dalam proses pembelajaran pada peringkat kanak-kanak.
.
Jika jalan ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh keluarga dalam mendidik dan membentuk akhlak kanak-kanak, sudah pasti akan memberikan hasil yang amat berkesan, malah pembentukan pada peringkat ini akan terukir pada jiwa yang kesannya akan dirasai ketika dewasa kelak.
.
Dari keluarga, kanak-kanak akan mempelajari hubungan masyarakat paling awal, seperti menghormati dan mematuhi kepada yang lebih tua, menyayangi lebih kecil, menghargai pendapat orang lain dan membantu yang lemah.
.
Bermula dari keluarga juga kanak-kanak mempelajari adat resam yang baik dan asas agamanya, bahkan mempelajari perkara yang betul lagi bermanfaat dan meninggalkan yang salah.
.
Ini sekali gus menjelaskan ibu bapa sangat rapat dengan anak dan pengaruhnya sudah tentu sangat besar ke atas pembentukan jiwa dan akhlak anak terbabit. Sehubungan ini Imam al-Ghazali ada berkata: "Kanak-kanak adalah amanah Allah kepada kedua-dua ibu bapa. Hatinya yang masih bersih adalah mutiara yang berharga, yang sedia menerima untuk dibentuk dan digilap."
.
Hadis Rasulullah bermaksud: "Setiap anak itu dilahirkan atas fitrah, maka kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi..."

Jumaat, Oktober 23, 2009

Kasih kaulah inspirasiku

Kasih kaulah inspirasiku
Bila sendirian fikiranku buntu
Mengingati dirimu
Dikau tiada lagi di sisiku
Hatiku sayu bertambah pilu

Kasih kau inspirasiku
Kau mengajarku erti kehiduran ini
Takkan ku lupakan nasihatmu
Kerna ianya berguna untukku

Seringkali aku berdoa pada-Nya
Agar tabah menyusuri hidup ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar

Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepada-Nya

Seringkali aku berdoa pada-Nya
Agar tabah menyusuri hidup ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar

Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepadaNya

Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepada-Nya

Walau dirimu tiada lagi
Tapi hatiku tetap kepadamu
Kenangan bersamamu subur mewangi
Takkan luput dari ingatanku
Takkan luput dari ingatanku?

Warisan Perjuangan

Dunia yang berputar
Bersama kelalaian
Mencari cinta Ilahi
Berbekal pengharapan

Kehidupan manusia
Adalah perjuangan
Mengharapkan pengorbanan
Bersama keikhlasan

Teruskan perjuangan suci
Demi kalimah Ilahi
Cari kekuatan diri
Dari ketulusan hati

Cabaran yang mendatang
Usah gentar dan bimbang
Ukhuwah dan penyatuan
Jaminan kemenangan

Semalam yang berlalu
jadikan pengajaran
Himpunkan doa dan restu
Untuk keredhaan-Nya

Pandanglah ke hari depan
Dengan penuh keinsafan
Tunaikanlah kewajipan
Jalankan perintah Tuhan

Kebahagiaan sejati
Kejayaan hakiki
Itulah matlamat kami
Hidup di dunia ini

Ku Sesali Segalanya

Tidak sesukar mana untuk aku fahami
Apa yang sedang cuba disampaikan
Badai bencana yang telah menimpa diri
Apakah mungkin hadir sebuah keinsafan

Dulu hidupku penuh dengan warna-warni
Dikurniakan Tuhan segala yang aku ingini
Dan aku hidup leka, hanyut dalam kelalaian
Sehingga semuanya hilang dan terus pergi..meninggalkan…

Oh inikah pembalasan yang perlu aku tanggungi
Di atas kesilapan yang tak pernah aku peduli
Tidak terdaya aku menghadapi semua ini
Terasa sungguh lemah dan naif diri ku ini

Seandainya bisa ku memutar kembali masa
Tidak sesekali akan ku lakukan semua itu
Ku menghamburkan tangis, kekesalan dirasa
Oh Tuhan, Kau ampunkanlah hamba-Mu
Ku sesali segalanya…..

Tekad ku menempuh hidup yang baru
Kerana ku yakin Tuhan ada bersamaku
Dia Pengampun, Maha Pengasih
Ku tunduk pada rahmat kasih sayang …
Rabbul Izzati….

Ampunkan Kami Allah

Ampunkan dosa kami Allah
Kami selalu membuat dosa
Maafkan kami Allah
Agar kami selamat dari neraka

Anugerahkan kami taubat Allah
Engkau adalah penerima taubat
Kami tidak mampu masuk neraka-Mu
Kerana azabnya gerun dan dahsyat
Tidak terperikan

Dengan rahmatmu ampunkanlah kami
Dengan maafmu ampunkanlah kami
Kalau engkau azab kami
Kami kan hambamu jua Tuhan

Engkau ampunkan kami
Kebesaranmu tidak jejas
Engkau ampunkan kami
Keagunganmu tetap tidak tergugat
Kerana tiada siapa yang boleh menggugat
Kerana itu siapa adalah ciptaanmu

Kami sentiasa mengharap dan meminta
Tidak putus asa denganmu selamanya
Kami tidak jemu-jemu meminta
Hinggalah dengan rahmatmu
Dosa kami engkau ampunkan

Sinar Buat Teman

Sekelip mata bersinar,
Utuh bertakhta di hati sanubari,
Menyinari jiwa yang kian sepi,
Memimpinkan ku ke lorong suci.

Ku berserah segalanya,
Semua yang ku mampu,
Tiada apa bisa kusembunyikan. ..huhuhu. ..darimu,
Tentunya dariMu Tuhanku,
Engkau yang Mengetahui segalanya.

Engkaulah Yang Terbaik,
Segalanya yang kau curahkan,
Tak pernah terbatas walau seketika.

Engkaulah Yang Terbaik,
Segalanya yang kau curahkan,
Kasih sayang,Lumrah kehidupan,
kurniaanMu tak ternilai,
Yang tak mampu ku balasi.

Terima kasih wahai rakan,
Ucapan yang termampu,
Buatmu dariku,
Ikhlas setulus kasih.

Ucapan yang termampu,
Wahai sahabat, kaulah teman,
Syukran ya sayyiti,
ya syafiqi, ya sadi
Syukran ya syafiqi, ya ma?ya sadi

Rindu Kekasih

Merinduimu kekasih
Insan pilihan permata mulia
Siapalah aku mengharapkan cinta
Layakkah kutemuimu di sana

Menyintaimu kekasih
Pembawa rahmat ke seluruh maya
Mengnalkan ku kepadaNya Tuhan
Yang Memerintah Yang Maha Kuasa

(ya Rasulallah.. ya Habiballah.. )

Aku insan berdosa
Kau utusan darinya
Memimpin daku kearah cahaya
Sirna hidupku kau terangi indah
Gelita jiwa terbuang gerhana

(muhammad..muhammad ..)

Mengalir air mataku
Yang penuh dengan cinta

(muhammah..muhammad ..)

Kau kekasih mulia
Kasih Tuhan Yang Esa
Kasihmu jua kudamba

(sallallahu a'la Muhammads
allallahu a'laihi wasallam
sallallahu a'la Muhammad
sallallahu a'laihi wasallam)

Tuhan Kau peliharalah
Rindu cintaku selamanya
Moga bahgia tiada derita
Di hari perhitungan sana..

Selamat Tinggal Sahabatku

Selamat tinggal sahabatku
Pemergianku hanya sementara
Namun perjuangan tidak kulupa
Bersemadi di jiwa

Kumasih perlu bimbinganmu
Dan kumasih perlukan pimpinanmu
Dalam menuju keredhaan Ilahi
Bantulah diri ini
Ya...Allah.. .Restuilah perpisahan ini
Ya...Allah.. .Restuilah

Ukhuwah dipupuk berlandaskan keimanan
Disulami dengan keikhlasan
Tertawa berduka kita saling bersama
Membait memori perjuangan kita

Air matamu ditumpah jangan
Tapi taburkan doa dan keikhlasan
Jua relakanlah perpisahan ini
Semoga bertemu kembali
Ya...Allah.. .Restuilah perpisahan ini
Ya...Allah.. .Restuilah

Perjuangan suci yang telah dilalui
Membantu kita dalam mengenal diri
Mahabbah mawaddah kita semat di hati
Dalam mengeratkan silaturrahim

Kerinduan

Saat mentari terbenam senja
Rembulan pun tiada
Gelap gulita yang ku rasa
Tanpa sinarmu bunda

Tatap indah pemuh pesona
Kini telah tiada
Telah pergi jauh disana
Semoga kau bahagia

Bayangmu kan slalu menjelma
Dalam setiap mimpiku
Yang kan slalu mengingatkan aku
Saat ku bersamamu

ALLAH
begitu cepatnya engkau memanggil dia
Dengan perlahan menutup mata
Pergi menuju syurga

Hati Kami

Robbana
Ya Tuhan kami
Bersihkanlah hati kami
Dari noda iri dan dengki
Dari cacat, angkuh dan sombong

Robbana
Ya Tuhan kami
Sembuhkanlah hati kami
Dari sifat tipu dan dusta
Dari cacat, ujub dan ridah

Mulut kami suka betul bergunjing sepanjang hari
Mulut kami senang betul menyakiti hati kawan sendiri

Robbana
Ya Tuhan kami
Bersihkanlah hati kami
Dari noda, ujub dan riya

Robbana
Ya Tuhan kami

Harapan Sebuah Pernikahan

“Apa yang abang harapkan daripada sebuah perkahwinan?”
.
“Abang mengharapkan jalan mudah menuju tuhan ..”
.
“Tapi abang, mana ada jalan yang mudah tanpa dugaan?”
.
“Benar, namun pilihan yang tepat mengurangkan kesukaran, memperbanyakkan kemudahan.”
.
“Macam mana tu?”
.
“Bukankah perkahwinan itu menjaga kemaluan dan menundukan pandangan.”[1]
.
“Bagaimana jika abang tersalah pilih?”
.
“Sekurang-kurangnya abang telah berusaha memilih.”
.
“Bagaimana abang tahu pilihan abang itu tepat?”
.
“Apabila dia muncul dengan membawa Al-Quran.”
.
“Bagaimana dia memegang Al-Quran, di tangan kirinya atau kanan?”
.
“Bukan di tangan, tetapi di dalam hatinya. Dia menterjemahkan Al-Quran ke dalam kehidupan, ke dalam peribadi dan budi, ke dalam minda dan hati.”
.
“Bagaimana abang tahu ia bukan suatu kepuraan?”
.
“Wahai, bukankah hukama’ pernah berkata, kita tidak akan mengenal kebenaran daripada orang ramai. Pelajarilah kebenaran, dan kita akan kenal ahlinya.”[2]
.
1] Hadith riwayat Bukhari & Muslim. “Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berkahwin, hendaklah dia kahwin kerana perkahwinan itu dalam menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kehormatan) . Dan bagi sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa dapat menahan nafsunya.”
.
[2] Ihya Ulumuddin, Kitab Ilmu Pengetahuan, Bab Kebawajipan Seorang Pelajar. Menurut Imam Al-Ghazali ini adalah kata-kata Ali r.a. Namun, tiada bukti untuk mensabitkan dan tiada bukti untuk menidakkan.

Rabu, Oktober 21, 2009

Kembalilah Kasih

Sendirian ku di halaman
Bulan dan bintang menyaksikan
Perpisahan dua insan tiada rela
Diabadikan bunga merah
Menjadi lambang perpisahan
Percintaan dua insan tiada tara

Kini hilang dari pandangan jernih berkaca
Sayu kedengaran suaramu
Kini hilang dari pandangan jernih berkaca
Sayu suaramu

Kembalilah kekasih kembali segera
Hilangkan kerinduan yang masih melanda
Kudambakan bisikan asmara kasihmu penuh makna
Kuyakin bunga cinta pasti mekar semula

Hanya Milikmu

aku tak salahkan hatimu
bila harap itu tak ada
tak relakan bila terjadi
hanya waktu yang tentukan
.
ku ingin kuatkan hatimu
yakinku hanyalah milikmu
besar cintaku tak berubah
walau kini rasa itu
luluhkan hatimu
.
ku hanya milikmu
cuba kau rasa
yakinnya hatiku
mesti kau tinggalkan
masih ku milikmu
mengertikah bila cinta ini
tak akan pernah
sedikit pun pudar
selain tuk mu
.
ku ingin kuatkan setiamu
yakinku hanyalah milikmu
besar cintaku tak berubah
walau kini
rasa itu
luluhkan hatimu
.
ku hanya milikmu
cuba kau rasa
yakinnya hatiku
mesti kau tinggalkan
masih ku milikmu
mengertikah
bila cinta ini
tak akan pernah
sedikit pun pudar
selain untukmu
.
ku hanya milikmu
cuba kau rasa
yakinnya hatiku
mesti kau tinggalkan
masih ku milikmu
mengertikah
bila cinta ini
.
ku harapkan
hanya padamu
ketulusan ini
nanti kan ku jalani
tetap ku milikmu
mengertikah bila cinta ini
memang tak pernah
sedikit pun pudar
selain untuk mu

Perpisahan

ku mengerti..
perpisahan ini..
bukan kerana kau membenci
tapi kasih yang pernah ku beri
tiada lagi bersama
sering kala aku terlihatkanmu
impian nan indah bersulam bahagia
ku harungi hari demi hari
bersama wajah tak mungkin akan kembali
tapi hati masih tak terima
ditinggalkan sengsara keraguan ini..
bukanlah padamu
perasaan hati masih rindu
kekalutan ini hanyalah untukku
tercari cari bayanganmu
tak sanggup aku kehilanganmu
kehilanganmu. . keraguan ini ..
bukanlah padamu masih tercari-cari

Menanti Seorang Kekasih

Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Rindu sedih dalam kerinduan
Menangis pun tak berair mata

Tapi terus tetap bersabar
Kerana ikatan janji
Menunggu dengan rindunya
Siksa nya sebuah penantian
Wujud janji allah tetap benar
Dinanti tetap kau kan tiba

Hadir segera wahai kekasih
Datang bersama cahaya
Gembira dihati tdk terkira
Bukan kusorak malah seluruh walah

Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Rindu sedih dalam kerinduan
Menangis pun tak berair mata

Tapi terus tetap bersabar
Kerana ikatan janji

Penantian hampir kan berakhir
Kerana kini sudah masanya
Bila saja kita berjumpa
Pasti islam agung semula

Cinta Terakhir

Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita...

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia...

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir...

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan....

Kisah Cinta

Dulu kau berdiri bersamaku
dan saling mengukir janji
bahwa kau kan selalu ada disini
susah senangku bersama kau tempuhi
ku hargai

kini kau dimana
meninggalkan ku sendiri tak berdaya
pesanmu padaku janganlah bduka
jangan menangisimu bila kau tiada
ku mencuba..

air mata pun jatuh ke pipi
mengingkari janji yang ku beri
kisah cinta sahabat sejati
tak berakhir bila engkau pergi
sahabatku kau kan kurindui
kerna kau takkan kembali

walau kau disana
namun doaku kan selalu bersama
maaf kernaku tak pernah tuk berkata
bahwa kaulah teman yang paling sempurna
yang ku ada..

Perlukah Diam Setelah Diberi

Ingin berkata suara tiada…
Tidak tenteram tanpa Dia…
Sepi hidup bermaharaja pula…
Jika itu ketentuanNya…
Tiada suara tidak mengapa…

Suatu hari bakal tiba…

Membuatkan sepi tanpa kata…
Bukan itu sahaja…
Membutakan mata memekakkan telingga…
Sehingga tiada apa yang ada…
Akhirnya menentukan siapa disisiNya…

Lantas hari itu…

Aku sujud menggengam dosa…
Kerana tidak bersuara…
Melaungkan namaNya…
Di hari ini…
Apabila diberi suara…
Untuk bersyukur kepadaNya…

Cinta Tidak Semestinya Bersatu

Ingin kuberitahu kepadamu
bahawa cinta tidak semestinya bersatu
…itu kata ibuku.

Cinta itu berpaksi luhur
murni dan suci
yang lahir dari lubuk hati
dan saling ingin memiliki
bukan cinta namanya
jika berpacu serakah
dan berpaksi nafsu.

Andainya cinta tidak menuju destinasi
ketahui olehmu
bahawa cinta suci nan abadi
adalah cinta kepada Ilahi

Hanya Kau Ku Rindu

Kelam malam menyeliputi sepi…
menerbangkan dedaun menyentuh pipi…
mengesat air satria gagah berani…
berjuang hingga hilang arah berlari…
dimana langkah dimana kini…
siapa kembali siapa pergi…
masihkah ada harapan dimasa ini…
.
Merekah bergetar terasa dibenak hati…
menyulam tanah dibungkus sendiri…
biarkan masa laju berlari…
meninggalkan kesan luka-luka diri…
jasad parah terhunus duri-duri…
memerhati saat-saat kembali…
tiada siapa mengelilingi…
tiada siapa temani…
hanya bayang singgah memberi harga diri…
.
Hujan melimpahkan air merah membasai…
menghilangkan kesan kesakitan dialami…
membuatkan jiwa teguh mendekati…
berjanji pada diri…
Tiada… tiada… hanya Kau ku rindui…
mengapakah aku masih tidak mati…
ungkapkan kalimah hunuskan lagi…
biar melimpah biar bersepah jasad mati…
tetap teguh ingin memiliki…
aku hanya hamba… perlukah hamba tidak mentaati…
.
Tidak tercapai…
hanya memerhati…
ingin berlari…
apakan daya langkah mati…
dibaham kegilaan kerinduan menyiat hati…
aku akan mencari walau tanah menyelibungi…

Seandainya Dia Jodohku

Sekiranya kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
.
Sekiranya kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
.
Ya Allahandainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatanagar pasrah dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..

Buat Suami Dan Bakal Menjadi Suami

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,Menjadi solehah …….
.
Pernikahan ataupun Perkahwinan,

Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…
.
Pernikahan ataupun Perkahwinan,

Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…..

Salam Untuk Sahabat

Ku ucapkan selamat tinggal
Pada sahabat semua
Moga dalam pertemuan ini
Ada dalam keredhoan Illahi
.
Sesungguhnya hatipun berat
Untuk meninggalkan sahabat
Tapi usahlah kalian berduka
Semoga Allah mempertemukan kita
.
Selamat tinggal sahabatku
Mungkin ku kan pergi jauh
Tapi teruskanlah, perjuangan ini
Selamat dunia akhirat
.
Doakanlah wahai sahabat
Moga ku jadi insan yang taat
Untuk dapat, tegakkan syariat
Berguna bagi masyarakat

Hmmmm patutkah aku meninggalkan segalanya yang ada di sini (kerjaya, famali) untuk pergi ke Tanah Suci bekerja dan tinggal di sana beberapa tahun. Sambil bekeja, boleh menuntut ilmu dan menimba pengalaman berada d perantauan jauh di sisi keluarga dan sahabat handai.

Sebenarnya hati dah merajuk, terasanya kekecewaan ini. Tahun ini begitu banyak musibah yang melanda diri ini. Diri ini lemah semangat dan tak berdaya lagi. Dengan harapan ke sana dapat mengenali diri ini lagi dan dapat menerima segala dengan redha. Ke sana juga untuk mencari ketenangan jiwa dan beramal di Sana.

Apa pendapat sahabat sekalian? Diri ini bertanya?

Dengarkan kisahku

Dengarkan kisahku…

Dengarkan, tetapi jangan menaruh belas kasihan padaku, kerana belas kasihan menyebabkan kelemahan, padahal aku masih tegar dalam penderitaanku.

Jika kita mencintai, cinta kita bukan dari diri kita, juga bukan untuk diri kita. Jika kita bergembira, kegembiraan kita bukan berada dalam diri kita, tapi dalam Hidup itu sendiri. Jika kita menderita, kesakitan kita tidak terletak pada luka kita, tapi dalam hati nurani alam.

Jangan kau anggap bahawa cinta itu datang kerana pergaulan yang lama atau rayuan yang terus menerus. Cinta adalah tunas pesona jiwa, dan jika tunas ini tak tercipta dalam sesaat, ia takkan tercipta bertahun-tahun atau bahkan dari generasi ke generasi.

Wanita yang menghiasi tingkah lakunya dengan keindahan jiwa dan raga adalah sebuah kebenaran, yang terbuka namun rahsia, ia hanya dapat difahami melalui cinta, hanya dapat disentuh dengan kebaikan; dan ketika kita mencuba untuk menggambarkannya ia menghilang bagai segumpal wap.

Hatinya Terluka

Gadis tahu Jejaka terluka. Marahnya berapi-api kepada Gadis. Bencinya membara-bara meski masih terselit rasa cinta. Tapi Gadis minta agar Jejaka mengerti. Gadis minta Jejaka faham bahawa Gadis adalah manusia. Seperti juga Jejaka. Dan manusia tidak sempurna, tiada upaya apa-apa melainkan atas kehendak-NYA.
.
Gadis hormati Jejaka. Zaman menadah dan menggali ilmu di menara gading, Jejaka antara nama utama dalam organisasi agama. Lantas mengapa hanya kerana seorang wanita sederhana seperti Gadis, maka Jejaka jadi tidak tentu hala? Jejaka kata Jejaka sayang. Jejaka kata Jejaka amat kerugian andai Gadis hilang. Jejaka kata tiada pengganti setanding Gadis. Jejaka kata suka dan cintanya kepada Gadis tidak tergambar dengan kata-kata. Tidak terhitung nilainya. Infiniti! Gadis kira Jejaka terlupa seketika bahawa tiada cinta lebih agung melainkan kepada DIA.
.
Gadis kagumi Jejaka. Jejaka berani tampil menegur cela di kalangan mahasiswa hatta peringkat kepimpinan teratas sekalipun. Jejaka mengaku pejuang agama. Jejaka benci kemungkaran di depan mata. Namun Jejaka bukan lagi Jejaka yang sama bila Gadis katakan rasanya antara kita sampai di sini sahaja’.
.
Dahulu, ketika mula Jejaka meluahkan hasrat yang tersimpan. Gadis katakan pada Jejaka, saya tidak mahukan cinta lelaki di luar alam rumahtangga. Kata Jejaka, beri saya peluang. Janji Jejaka, dia takkan tersasar dari landasan. Jejaka cuba kotakan kata, Gadis dan Jejaka tidak pernah bertemu melainkan berteman dan ada urusan. Hati Gadis tetap kurang tenteram. Gadis katakan lagi, inikah yang Tuhan ajarkan? Jejaka diam.
.
Masa berlalu. Sekali-sekala Jejaka sudah berani ajak Gadis bertemu di waktu malam. Kata Jejaka sehari tak pandang Gadis bikin hati Jejaka tidak tenteram. Bila Gadis datang berteman, Jejaka pula tunjuk ragam. Gangguan, tiada privasi katanya. Gadis hairan. Ini bukan Jejaka yang Gadis kenal di kala awal persahabatan.
.
Jejaka makin menjadi-jadi. Pergerakan Gadis diawasi. Hatta ke Petronas, kafeteria atau ke library! Gadis rimas. Lemas. Sifat curiganya buat Jejaka fikir semua lelaki mahu rampas Gadis darinya. Jejaka bukan lagi Jejaka yang dulu. Mula melenting bila Gadis tak menurut kata.
.
Maaf Jejaka, Gadis bukan isteri anda!
.
Gadis sujud panjang di hadapan Tuhan. Mohon tunjukkan jalan penyelesaian. Jejaka yang dahulunya Ketua Biro Kerohanian, umpama hilang panduan. Gadis tidak mahu jadi punca Jejaka hilang pertimbangan. Kerana Gadis tahu wanita adalah punca fitnah akhir zaman.
.
Sudahnya Gadis memilih untuk tarik diri dari semua yang tidak berfaedah ini. Gadis minta Jejaka renung kembali, siapa dia dulu dan sekarang. Kembali menjadi Jejaka yang Gadis kenal dahulu. Jejaka bertanya, apa lagi yang kurang? Jejaka sudah serahkan segenap perasaan. Malah menolak hasrat wanita lain demi Gadis seorang.
.
Gadis katakan, "saya mahu lelaki sebagai pembimbing, sebagai teman perjuangan di dunia yang sementara. Yang boleh saya hormat dan percaya. Yang bawa saya dekat kepada agama. Bukan lelaki yang tunduk di kaki saya hanya kerana cinta! Yang hilang thiqah malah goyah prinsipnya kerana seorang wanita! Saya tidak mencari-cari kekasih untuk dijadikan suami. Saya mencari suami yang mampu menjadi seorang kekasih. Dan saya mahu hadir di dalam hidup lelaki itu terlebih dahulu sebagai isteri, sebelum kemudiannya menjadi kekasihnya yang setia; ketika hidup dan selepas mati… dengan izin Allah…"
.
Sekian tahun berlalu. Hari ini Gadis pinta pada Jejaka, cukuplah menagih cinta bila sudah ditegaskan bahawa tiada terbuka peluang kedua. Usahlah dicanang keburukan Gadis yang sengaja Jejaka reka-reka. Hentikanlah mengganggu Gadis dengan kata-kata dan sikap Jejaka. Biarlah Gadis tenang dan bahagia, andai benar Jejaka cinta.
.
Jua Gadis minta Jejaka akur, bahawa mencintai tidak semestinya memiliki !
.
Dikau hadir
Di kala aku memerlukan seorang teman
Dikau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa
.
Kuterima segala
Apa yang diperduga
Dan kini kubersedia
Hadapi hari muka
.
Kau bawa sinar cahaya
Di hariku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria
.
Bila mana kau terima
Hidup ada suka dan duka
Mendung takkan selamanya
Sinar mentari kan menjelang tiba

QURA'AN KAREEM

"Magical Template" designed by Blogger Buster