Menjana Sambil Beramal Jariah

Jana Pendapatan Sekarang!

Ahad, Disember 12, 2010

Tersesat di Syurga



Seorang pemuda, ahli amal ibadah datang ke seorang Sufi. Sang pemuda dengan bangganya mengatakan kalau dirinya sudah melakukan amal ibadah wajib, sunnah, baca Al-Qur’an, berkorban untuk orang lain dan kelak harapan satu satunya adalah masuk syurga dengan tumpukan amalnya.
Bahkan sang pemuda tadi malah punya catatan amal baiknya selama ini dalam buku hariannya, dari hari ke hari.
“Saya kira sudah cukup bagus apa yang saya lakukan Tuan…”
“Apa yang sudah anda lakukan?”
“Amal ibadah bekal bagi syurga saya nanti…”
“Bilakah anda menciptakan amal ibadah, adakah anda merasa punya?”
Pemuda itu diam…lalu berkata,
“Bukankah semua itu hasil jerih payah saya sesuai dengan perintah dan larangan Allah?”

“Siapa yang menggerakkan jerih payah dan usahamu itu?”
“Saya sendiri…hmmm….”
“Jadi kamu mahu masuk syurga sendiri dengan amal-amalmu itu?”
“ya begitulah…”
“Saya tidak jamin kamu boleh masuk ke syurga. Kalau sudah masuk kamu malah akan tersesat disana…”
Pemuda itu terkejut bukan main atas ungkapan Sang Sufi. Pemuda itu antara marah dan diam, ingin sekali menampar muka sang sufi.
“Mana mungkin di syurga ada yang tersesat. Jangan-jangan tuan ini ikut aliran sesat…” kata pemuda itu menuding Sang Sufi.
“Kamu benar. Tapi sesat bagi syaitan, petunjuk bagi saya….”
“Toloong diperjelas…”

“Begini saja, seluruh amalmu itu seandainya ditolak oleh Allah bagaimana?”
“kenapa?”
“Siapa tahu anda tidak ikhlas dalam menjalankan amal anda?”
“Saya ikhlas, sungguh ikhlas. Bahkan setiap keikhlasan saya masih saya ingat semua…”
“Nah, mana mungkin ada orang yang ikhlas, kalau masih mengingat-ingat amal baiknya? Mana mungkin anda ikhlas kalau anda masih bergantung pada amal ibadah anda?
Mana mungkin anda ikhlas kalau anda sudah merasa puas dengan amal anda sekarang ini?”

Pemuda itu duduk longlai seperti mengalami anti klimaks, fikirannya melayang membayang bagaimana soal tersesat di syurga, soal amal yang tidak diterima, soal ikhlas dan tidak ikhlas.
Dalam kondisi setengah frust, Sang sufi menepuk pundaknya.
“Hai anak muda. Jangan kecewa, jangan putus asa. Kamu cukup istighfar saja. Kalau kamu bercita-cita masuk syurga itu baik pula. Tapi, kalau kamu tidak bertemu dengan Sang Tuan Pemilik dan Pencipta syurga bagaimana? Kan sama dengan orang masuk rumah orang, lalu anda tidak berjumpa dengan tuan rumah, apakah anda seperti orang linglung atau orang yang bahagia?”
“Saya harus bagaimana tuan…”

“Mulailah menuju Sang Pencipta syurga, maka seluruh nikmatnya akan diberikan kepadamu. Amalmu bukan tiket ke syurga. Tapi ikhlasmu dalam beramal merupakan wadah bagi ridha dan rahmat-Nya, yang menarik dirimu masuk ke dalamnya…”
Pemuda itu semakin bingung antara tahu dan tidak.
“Begini saja, anak muda. Mana mungkin syurga tanpa Allah, mana mungkin neraka bersama Allah?”
Pemuda itu tetap saja bingung. Mulutnya melongo seperti kerbau.

sumber ; sufinews

Daripada kisah ini dapat kita ambil tentang keikhlasan kita dalam melakukan amal ibadat...adakah kita melakukan segala suruhanNya dan menjauhi laranganNya hanya kerana inginkan syurga dan takutkan neraka? Ianya dianggap ikhlas namun keikhlasan itu adalah yang terendah.....kerana hakikat keikhlasan yang hakiki adalah semata-mata kerana Allah tanpa mengharapkan apa-apa balasan dariNya....

Apakah jika Allah tidak menciptakan syurga kita tidak akan menyembahNya kerana tiada ganjaran dengan apa yang kita lakukan. Atau apakah kita akan terus menyekutukanNya jikalau neraka tidak diciptakan.... tepuk dada tanya iman....

Keikhlasan yang sebenar-benarnya adalah semata-mata kerana Allah dan Allah sahaja tanpa yang lain....kerana kita adalah hambaNya...seorang hamba tidak lain hanya mengikut perintah Tuhannya....jika diberi ganjaran diterimanya, jika tidak diberi tidak mengapa....asalkan Tuhannya redha dengan apa yang dilakukannya....

Ketahuilah sesungguhnya sejauh mana pun amal ibadat yang kau lakukan itu tidak akan menjaminkan syurga untukmu, dan ketahuilah sejahat manapun kejahatan yang kau lakukan itu tidak bermakna neraka adalah kemestian untukmu...

Ini tidak bermakna kita boleh melakukan kejahatan sewenang-wenangnya, atau kita akan meremehkan amal ibadat kita dengan alasan xtentu lagi dapat masuk syurga....itu salah! Kalau diteliti sedalam-dalamnya kita akan faham dengan apa yang dimaksudkan dengan sifat Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun, Maha Adil dan Maha Mengetahui...

Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun...yakni Dia akan tetap mengampunkan hambaNya walaupun hambaNya itu melakukan kejahatan dan dosa sebanyak buih dilautan, dengan syarat hamba itu hendaklah memohon ampun dan bertaubat serta tidak putus asa dengan rahmatNya

"Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang." (surah Az-Zummar ; 53)

Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui, yakni Dia tahu siapa dikalangan hambaNya yang benar-benar ikhlas kepadaNya, kerana itu adanya dikalangan hambaNya yang melakukan amal yang sedikit tetapi ikhlas padaNya lebih diutamakan daripada hamba yang banyak melakukan amal ibadat tetapi tiada ikhlas yang hakiki dalam hatinya. Wallahu'alam...

Sumber : Qalam Sufi

0 ulasan:

QURA'AN KAREEM

"Magical Template" designed by Blogger Buster