Warkah Buat Kekasih
Mencorak bintang menjadi kerongsang ku tak berdaya
Kerana nyata ku tak sehebat dia bermain kata
Meminta buih menjadi keranjang ku tak berdaya
Kerana aku tahu imaginasiku ada batasnya
Kekasih jangan pula engkau
Menolak warkah cintaku yang tak bermaya
Kekasih harap kau terima warkah cintaku
Yang biasa tiada berbunga
Namun begitu izinkan aku menghibur jiwamu
Dengan kata-kata yang sederhana
Aku bukannya sasterawan negara
Aku hanya manusia biasa
Menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa
Maaf jika kutak sepeka dia
Tak mampu menganyam awan gemawan
Menjadikannya selendang untukmu
Oh kekasih
Kekasih harap kau terima warkah cintaku
Yang biasa tiada berbunga
Namun begitu izinkan aku menghibur jiwamu
Dengan kata-kata yang sederhana
Aku bukannya sasterawan negara
Aku hanya manusia biasa
Menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa
Maaf jika kutak sepeka dia
Tak mampu menganyam awan gemawan
Menjadikannya selendang untukmu
Oh kekasih
0 ulasan:
Catat Ulasan