Menjana Sambil Beramal Jariah

Jana Pendapatan Sekarang!

Isnin, Februari 15, 2010

Mengenang Kejayaan Tradisi Keilmuan Islam

Peradaban Islam pernah mencapai masa keemasan. Itu fakta sejarah yang tak bisa dimungkiri siapapun. Hampir tujuh abad lamanya, mulai 750-1500 M 0-700H, bendera kejayaan Islam terus berkibar.

Sejak deklarasi Islam oleh Rasulullah saw sampai pada kejatuhan Granada di Sepanyol, peradaban Islam memberi kontribusi yang tidak dapat dilupakan oleh peradaban moden kini.

Dalam rentang waktu itu, lahir ratusan ilmuwan muslim yang melahirkan beragam teori yan mengilhami kemunculan renaissance di Eropah. Al-Khawarizmi (matematik), Jabir Ibnu Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (perubatan), Ar-Razi (perubatan), Al-Biruni (fizik), Ibnu Battutah (pengemberaan) adalah contoh nama-nama yang dapat dikedepankan.

Bagaimana tidak signifikan sumbangan Islam pada perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi saat ini. Al-Khawarizmi, misalnya, menemukan angka nombor 0 yang pada zaman sebelumnya (China, India dan Yunani) belum diketahui.

Huraian beragam teori sosiologi dan sejarah yang dikemukakan Ibnu Khaldun dalam kitabnya Mukadimah sampai sekarang tetap aktual dan menjadi referensi sosiologi moden. Belum lagi berbagai teori perubatan yang dikemukakan Ar-Razi tentang penyakit cacar serta Ibnu Sina tentang pembiusan dan pembedahan.

Berbeza dengan tradisi Eropah yang pernah mengalami beberapa kejadian tragis akibat bertentangan doktrin agamanya, tradisi keilmuan Islam justeru berangkat dari kecintaannya pada agama.

Dalam rakaman sejarah Islam, peristiwa yang menimpa Galileo Galilei, Bruno Giordano, Nicholas Copernicus, Miguel Serveto tidak pernah terjadi. Justeru Islam menempatkan para ilmuwan dalam maqam yang tinggi (lihat Surah Az-Zariyat, ayat 11).

Para ilmuwan Islam meyakini bahawa tauhid menjadi sumber inspirasi dan aspirasi untuk berekspresi. Bahawa semua yang ada di alam adalah hukum Tuhan (sunnatullah) yang objektif, universal dan mutlak adanya.

Kerana keyakinan inilah, lumrah bila sesudah atau menghadapi masalahh dalam penelitiannya dikembalikan kepada Sang Khaliq. Ibnu Sina, contohnya, akan pergi ke masjid, solat dan berdoa meminta petunjuk Allah berkenaan dengan hasil penelitian perubatannya.

Semua karya dan penelitian Ibnu Sina berhujung pada kepasrahan total kepada Allah. Sikap ini juga dimiliki Al-Khawarizmi, Al-Biruni dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa di kalangan ilmuwan muslim, keterkaitan dengan Tuhannya adalah kemutlakan.

Segala kesimpulan objektif hasil penelaahan terhadap fenomena alam diawali dan dikembalikan pada sumbernya, al-Quran dan hadis. Bagi ilmuwan Islam, semua penelitian ilmiah adalah bukti untuk memperkuat keyakinan terhadap ayat Tuhan yang tersurat dan tersirat (diri dan alam semesta).

Kecintaan para ilmuwan Islam pada al-Quran dan tradisi nabi, membuat mereka bukan hanya fasih dalam suatu bidang keilmuan. Ibnu al-Haitham, misalnya, selain dikenal sebagai penemu optik, ia adalah ahli matematik dan astronomi. Al-Biruni tidak hanya terkenal dengan kecermatannya dalam fizik, tetapi juga ahli dalam metafizik.

"Ilmu pengetahuan Islam menjadi ada kerana perkahwinan antara semangat yang memancar dari wahyu al-Quran dan ilmu-ilmu yang berasal dari pelbagai tradisi sebelumnya. Ilmu dalam Islam menjadi sumber rohani bagi kesinambungan peradaban di masa akan datang," tegas cendekiawan muslim asal Iran, Sayyed Hussein Nasr.

Sifat kosmopolitan peradaban Islam bermula dari watak wahyu yang universal. Hal ini menyebabkan Islam menciptakan sebuah peradaban pertama di dalam sejarah umat manusia, katanya.

Kejayaan Islam lahir ketika Eropah yang kini memegang kendali peradaban berada dalam suasana "The Dark Ages" atau abad kegelapan. Satu keadaan yang hegemoni gereja sangat mendominasi kehidupan masyarakat Eropah.

Dalam kurun beberapa abad praktis dunia Eropah tidak tersentuh oleh perkembangan keilmuan yang signifikan. Makanya, masyarakat Eropah kini lebih suka menyebut abad itu dengan abad pertengahan, ketimbang abad kegelapan yang terasa lebih menohok secara psikologis.

Berlawanan dengan itu, puncak peradaban Islam dicapai pada masa Bani Abbasiyah di era Khalifah al-Makmun ketika ia mendirikan Darul Hikam atau akademi ilmu pengetahuan pertama di muka bumi ini yang sekaligus menjadi pusat penelitian, pengembangan dan perpustakaan tentang ilmu-ilmu keIslaman.

Kegemilangan peradaban Islam tidak berhenti di Baghdad. Ia menyebar kedaratan Eropah, tepatnya di Andalusia dan Granada, Sepanyol sampai 1492 M.

Ilmu pengetahuan merupakan sumbangan terpenting kebudayaan Arab (Islam) kepada dunia moden, tetapi buahnya lambat masak. Barulah setelah kebudayaan Arab Sepanyol tenggelam kembali ke dalam kegelapan raksasa yang dilahirkannya bangkit keperkasaannya.

"Bukan hanya ilmu pengetahuan yang menghidupkan kembali Eropah. Pengaruh-pengaruh lain dan beraneka warna memancarkan sinar pertama dari peradaban Islam kepada kehidupan Eropah," jelas seorang Guru Besar Bahasa dan Sastera India, A Beriedale Keith.

Kecemerlangan peradaban Islam mulai surut dan mencapai titik nadir terendahnya ketika bangsa Mongol menghancurkan kota Baghdad. Semua khazanah peradaban hilang, buku-buku dibakar dan dihanyutkan ke dalam sungai.

Dalam sebuah ilustrasi, keganasan bangsa Mongol terhadap peradaban Islam dilukiskan dengan memerah dan membirunya warna air sungai-sungai di sekitar kota Baghdad akibat tinta dan darah para ilmuwan Islam yang mengalir di air sungai Kota Seribu Satu Malam itu.

Sebelum semua peninggalan dan penemuan berharga peradaban manusia dihancurkan bangsa Mongol, untunglah bangsa Eropah sudah banyak yang mempelajari kemajuan ilmu pengetahuan modern yang dirintis orang Islam.

Dua ilmuwan Eropah yang tercatat adalah Roger dan Francis Bacon belajar ke Baghdad untuk mempelajari perkembangan keilmuan yang dirintis ilmuwan Islam. Perlahan namun pasti cahaya peradaban Islam mulai redup.

Cahayanya beralih ke Eropah. Berbagai teori yang ditemukan ilmuwan Islam kemudian dilanjutkan oleh para ilmuwan Eropah yang mulai berkuncup, kemudian berkembang sampai sekarang.

http://tamanulama.blogspot.com

Sistem Pengajian Tradisi Dan Institusi Pondok

Oleh : Ustaz Mohd Zaidi Abdullah

Pendahuluan

Islam pertama kali diwahyukan adalah di Makkah al-Mukarramah. Kemudian berkembang ke al-Madinah al-Munawwarah hingga tertubuhnya kerajaan Islam pertama di dunia dan juga sebagai lanjutan kepada kerajaan Nabi Sulaiman a.s. Kedua-dua tempat ini juga amat berperanan dalam ibadah haji. Juga, sebagai tempat kenangan dan motivasi bagi seluruh umat Islam terutama kisah Nabi Ibrahim a.s. Dengan ini, sudah tentu sekali paling sesuai untuk dijadikan pusat pengajian Islam untuk seluruh umat Islam. Keberkatan di kedua-dua tempat ini juga amat berbeza berbanding tempat-tempat lain di dunia kecuali Bait al-Maqdis. Islam yang bersifat harmoni antara ilmu-penuntut dengan keberkatan tempat akan memberikan keupayaan luar jangkaan dan membentuk kekuatan rohani. Pengajian yang dijalankan di sini dikatakan berbentuk halaqah-halaqah. Institusi ini juga telah berjaya melalui era Nabi s.a.w. Khulafa` al-Rasyidin, Umayyah, Abbasiyyah, Uthmaniyyah hingga zaman Saudi. Di zaman Saudi, ia semakin mengecil dan berubah . . .

Allah s.w.t. berfirman:


يرفع الله الذيـن آمنوا منكم و الذيـن أوتوا العلم درجات .

“Allah s.w.t. akan mengangkat orang-rang yang beriman dan orang-orang yang dikurniakan ilmu akan beberapa darjat.”

(al-Mujadalah: 11)


Nabi Muhammad s.aw. bersabda:


العلماء ورثـة الأنبياء


“Para ulama pewaris para nabi.”

Penghormatan Allah s.w.t. kepada orang-orang yang berilmu amat tinggi apabila hanya dapat menunaikan tanggungjawabnya. Ilmu itu sendiri bersifat berpusat hanya kepada Allah s.w.t. manakala yang dimiliki oleh manusia hanyalah pinjaman sahaja. Diri ilmu itu tidak boleh dibelah bahagi tetapi untuk memudahkan manusia belajar maka ia dikenali dengan berbagai-bagai nama seperti ilmu nahwu, ilmu tajwid, ilmu fiqh, ilmu tauhid dan sebagainya. Memang untuk mencapai tahap manusia yang faham maka ditetapkan oleh Allah s.w.t. perlu belajar.

Maka melatih pewaris para nabi perlu adanya guru dan murid. Dalam sistem pengajian Islam zaman permulaan, Rasulullah r telah mengambil pendekatan mempelajari ilmu secara riwayat. Hadith yang terkenal sendiri juga telah menunjukkan tauladan di mana apabila malaikat Jibril a.s. bersoal-jawab dengan Nabi Muhammad r tentang iman, Islam dan ihsan, menekankan hubungan rapat dengan guru (yang dapat dikategorikan sebagai aspek keadaban). Mencari ilmu perlu berguru, sebagaimana hadith menyatakan:


العلم بالتعلم


“Ilmu itu (didapati) dengan belajar.”

Amir al-Mukminin Fi l-Hadith Ibnu Hajar al-'Asqallani memperjelaskan istilah ta'allum sebagai "berguru bukan sekadar mentelaah kitab sahaja". Takrif berguru juga dapat diketahui melalui metode-metode periwayatan hadith seperti mendengar (sama'an), membaca (qara`tu), berunjuk-unjuk naskhah (munawalah) dan pendaripadaan (mu'an'anah) dan juga ijazah.

Ada juga hadith mutawatir berbunyi:


نَضَّرَ اللهُ امْرَءاً سَمِعَ مَقَالَتِى فَوَعَاهَا ثُمَّ أَدَّاهَا إِلَى مَنْ لَمْ يَسْمَعْهَا



Allah s.w.t. akan memberikan nikmat kepada seseorang yang mendengar ucapanku lalu dia peliharanya kemudian dia menyampaikan kepada orang yang tidak mendengarinya . . . .

Hadith ini membuktikan peranan belajar secara sama'i yang menduduki hierarki tertinggi dalam sistem pendidikan kaum salaf soleh. Salah satu nikmat dalam pembelajaran ialah keberkatan ilmu dan mudah faham. Ini bermakna kenikmatan tersebut melampaui batas alam zahiriah yang bersifat materialistik.

Kehadiran ajaran Islam di tengah-tengah masyarakat jahiliyyah sudah tentu akan membentuk penyusunan semula dalam setiap lapangan hidup terutama tasawwur atau jurus pandang terhadap sesuatu perkara atau isu. Sekalipun setelah pembentukan kerajaan Islam Madinah, umat Islam digegarkan dengan perpecahan umat.

Untuk mengukuhkan sikap Ahli Sunnah Wal Jamaah yang ketika sedang dirempuh oleh fahaman perosak seperti Khawarij, Syiah Pelampau, al-Muktazilah maka Ahli Sunnah telah menyelidik apakah itu ilmu bagi ilmu. Dalam bahasa moden, ini disebut sebagai epistemologi atau kajian ilmiah tentang ilmu itu sendiri iaitu bagaimana sesuatu itu diberikan namaan sebagai ilmu. Dalam kitab al-Tauhid karya Abu Manshur al-Maturidi dan Maqalat al-Islamiyyin karya Abu l-Hasan al-'Asy'ari yang kemudian dikemaskinikah, dalam konteks peradaban ilmiah dunia Melayu, antaranya, termaktub dalam kitab berjudul Aqidah al-Najin Fi 'Ilm Ushuliddin karya Zainal 'Abidin bin Muhammad al-Fatani, katanya:

"Ketahui olehmu bahawa sebab mendatang dapat ilmu yang baharu itu tiga perkara:

1. khabar yang shadiq (benar) iaitu khabar Allah s.w.t. dan khabar Rasulullah s.a.w. dan khabar mutawatir sekira-kira sampai bilangan yang banyak yang tiada tasawwur pada akal muwafakat oleh mereka itu atas dusta.

2. aqal iaitu aqal yang sihat dan waras.

3. segala pancaindera yang lima yang sejahtera."

Inilah pegangan terasas agar diri tidak seperti lalang. Sebenarnya tasawwur atau world view masyarakat moden tidak menjunjung ketiga-tiga perkara di atas dan inilah punca pelbagai pemikiran yang penuh keraguan seperti munculnya faham pasca moden .

Tujuan menekankan aspek ini kembali kerana sebahagian penulis Islam sendiri telah mengabaikannya hingga pembinaan paradigma ( أنـموذج ) amat rapuh. Sebenarnya tiga asas inilah yang mencabangkan pelbagai ilmu dan pengetahuan untuk digunakan pada setiap zaman dan tempat. Sifat inilah yang menunjukkan bahawa Islam itu kekal dan boleh diamalkan pada setiap masa dan tempat. Sebagai bukti, kalau seseorang saintis mengkaji bahan alam sudah tentu akan menggunakan akal dan pancaindera. Ini menunjukkan kajian ulama silam serta pemeliharaan serta pemberian nafas baru wajar sekali dihargai.

Selanjutnya, sebagai penyempurnaan dalam penurunan ilmu maka si pelajar perlu memiliki persediaan berikut:

· aqal

· ilmu

· amal

· hemah (al-Maslak al-Qarib li Kulli Salik Munib, Rabi'ul Awwal, 1346 H - yang diriwayatkan oleh guru kami daripada Syaikh Muhammad Shalih Idris al-Kalantani)


Empat perkara ini menjadi persiapan yang perlu dimiliki oleh para pelajar agar input (masukan) ilmu akan 'menjadi'. Demikian penerimaan ilmu secara turun-temurun terutama dalam konteks penghafalan dan pemahaman. Inilah yang juga menjadi paksi kepada kejayaan sistem pengajian ulama silam.

Tokoh ulama melayu tidak lupa juga mengarang tentang ilmu, peri penting dan adab-adabnya. Ini menunjukkan satu pendekatan yang namapk bersahaja tetap memberi kesan langsung kepada peradaban Melayu secara keseluruhan terutama untuk pembaca yang tidak mampu berbahasa Arab.

Antara karya sedemikian yang bersifat ibtida'i atau asas tentang ilmu, peri penting serta etika orang berilmu ialah karya berjudul Risalah Hidayah al-Mukhtar: Hadith Empat Puluh Syaikh 'Abdul 'Azhim al-Mundziri, yang diterjemahkan oleh al-'Allamah al-Syaikh Wan Hasan bin al-Syaikh Wan Ishaq al-Fatani. Karya ini diselesaikan dalam bulan Muharram, 1249 Hijrah, di Makkah al-Mukarramah, yang kini diterbitkan kembali oleh Khazanah al-Fathaniyyah, 1420H/1999M.

Metode pengajian silam juga bersifat tumpuan kepada mahaguru. Mahaguru dipusatkan dalam pengajian seperti para ulama lain belajar dulu dengan mahaguru utama kemudian barulah masing-masing menerajui halaqah-halaqah masing-masing. (sila baca al-Rihlah al-Hijaziyyah karya Muhammad al-Sanusi (1267/1851-1318/ 1900)). Dalam Kata Pengantar (25hb. Ogos. 2001) oleh Prof. Dr. Osman Bakar (Kursi Pengajian Islam Asia Tenggara di Georgetown University) kepada buku saya berjudul "Nafas Baru Hikmah al-Isyraq" menyatakan bahawa "perlu wujud kumpulan-kumpulan pengajian falsafah yang boleh kita rujuk sebagai halaqah falsafah.

Kita perhatikan bahawa dalam tradisi pemikiran Islam sepanjang zaman, halaqah-halaqah yang tidak rasmi sifatnya inilah yang telah memainkan peranan yang penting dalam memajukan dan menyebarkan ilmu falsafah. Dalam konteks ini juga, saya berpendapat bahawa institusi pondok boleh menghidupkan semula peranan tradisinya sebagai pusat pengembangan ilmu falsafah". Mengikut pandangannya, semasa temubual di Pondok Lubok Tapah, sistem sukatan pengajian usuluddin klasik yang telah dikarang oleh ulama silam sebenarnya luas ruang lingkupnya merangkumi falsafah (seperti alam fizik). Sebenarnya sistem pengajian tradisional adalah penyumbang kepada pembaikan sistem pendidikan masa kini yang sedang menempuh 'krisis'.

Untuk membuktikan bahawa sistem pengajian silam mempunyai kewibawaan tersendiri yang tidak sewajarnya dikutuk sebagai mundur dan jumud, setelah Sultan Muhammad al-Fatih menawan Konstantinopel, beliau telah membiayai pengajian yang merangkumi ilmu yang bersepadu dan sifat pengajian begini patut diteruskan oleh pondok. Dalam Jurnal Pemikir, Oktober-Disember, Prof. Dr. Idris Zakaria telah mengkritik ruang lingkup pengajian Islam di Tanah Haram serta mengkritik para ulama pondok yang tidak belajar falsafah maka umat Melayu mundur. Kenyataan ini terdapat beberapa kekeliruan yang mampu merosakkan wajah tamadun Islam-Melayu.

Ini kerana apabila dikaji memang tidak didasarkan kepada sumber utama tetapi bersumberkan sekunder dan kalau dibiarkan maka sistem pengajian Islam silam dihukum secara tidak jujur dan tidak tepat dan sekaligus memberikan gambaran tamadun silam tidak menyokong kepada penyelidikan dan pembangunan. Sepanjang tinjauan saya, didapati ramai juga yang salah faham terhadap pendidikan aliran pondok. Oleh itu, pihak bertanggungjawab perlu menjelaskannya dengan menerbitkan buku-buku penting yang benar-benar mewakili aliran pondok. Apabila ini berjaya diselesaikan, Insya Allah, sistem pendidikan silam akan berwibawa kembali dengan wujudnya pertambahan para pelajarnya.

http://serbanputih. blogspot. com/2006/ 08/sistem- pengajian- tradisi-dan- institusi. html

Peringkat Pelajar atau Pelapis

Ilmu tidak akan tersebar tanpa adanya pelajar yang berbakat. Dengan ini, pihak guru telah menggunakan pelbagai cara untuk menarik perhatian para pelajar dengan cara-cara yang tersendiri. Ada ulama yang mampu menggunakan firasat untuk membimbing keperluan seseorang pelajar. Sebagai umat Islam, kita tidak boleh sama sekali memperlekehkan keistimewaan yang dikurniakan kepada umat Islam kerana metode inilah yang akan menyingkatkan masa secara praktikal kerana Allah s.w.t. lebih mengetahui kedudukan sebenar seseorang insan itu dan bagaimana untuk dididik. Dan, ini dapat diambil iktibar bahawa zikir-zikir tertentu diberikan kepada sahabat-sahabat tertentu. Inilah kepelbagaian yang perlu dihormati oleh mana-mana cara atau sukatan pelajaran.

Dalam pengalaman sejarah, tidak semestinya para pelajar yang pada usia mudanya lembab maka juga masa dewasanya lembab. Ini dapat dibuktikan bahawa Shalih bin Kaisan, seorang tokoh periwayatan hadith terkenal, mula mempelajari ilmu pada usia 90 tahun dan sempat mengajar di kemudian harinya hingga 160 tahun umurnya. Begitu juga, Albert Einstein agak lembap dalam pendidikan di peringkat awalnya tetapi cemerlang dalam pemikiran ilmiahnya di kemudian hari. Dengan ini, sistem pondok yang sememangnya tidak menghadkan umur dan peringkat pensijilan mempunyai kelebihan tersendiri untuk memupuk keupayaan yang sebegini dan mungkin, Insya Allah, akan mampu melahirkan tokoh yang dapat mewarnakan tamadun Islam, demi maruah Islam !!!

Bukti yang memperkukuhkan lagi iaitu Allah s.w.t. akan mengurniakan hikmah ilmu kepada sesiapa yang dikehendaki- Nya tanpa tahap dan untuk orang ini dia dapat kurniaan yang banyak. Inilah sifat sistem ulama silam yang berjaya mendidik umat. Ini kerana realiti manusia memang wujud sikap ‘sedar’ dan ‘sesal’. Maka pendekatan sistem pondok kini patut diperkaya dan diteruskan bukan direformasikan kerana manalah tahu individu yang lembab itulah yang akan membangunkan masyarakat Islam. Dengan ini, pihak Pusat Pembangunan Pondok Berhad sedang berusaha membentuk program-program bagi penyelidikan dan pembangunan yang sesuai dengan arus semasa.

Dalam buku al-Rihlah al-Hijaziyyah, para pelajar yang berjaya menamatkan kuliahnya akan diuji dengan menggunakan kitab-kitab tertentu lalu pihak pelajar perlu menghuraikan menurut apa yang difahaminya. Nampaknya, metode ini masih dipakai oleh generasi tok-tok guru di zaman kemerosotan dan semakin ditinggalkan juga oleh pondok di Malaysia. Gejala ini patut sekali diperbaiki.

Sistem pengajian yang kini turut ditauladani ialah pertandingan pidato ilmiah. Ini dapat disaksikan dalam ketokohan Syaikh Ahmad al-Fatani yang berjaya memenangi pertandingan membuat syair secara langsung ('live') di Makkah. Pertandingan semacam ini patut diteruskan untuk menguji kecekapan ilmiah di kalangan para pelajar. Para pelapis ini juga perlu dididik dan dibentuk untuk berupaya menulis pelbagai ilmu untuk dijadikan bahan bimbingan untuk seluruh umat Islam. Ini sebenarnya telah diusahakan oleh Syaikh Ahmad al-Fatani. Dan, saya telah dimaklumkan oleh al-Mu`arrikh Tuan Guru Hj. Wan Mohd Shaghir, pemilik Khazanah Fathaniyah yang dibentuknya adalah mengikut model kehendak datuknya, sebagai institusi pengkaderan.

Peranan Tokoh Dalam Memantapkan Sistem dan Pewarisan

Setelah ditinjau serba sedikit metode pengajian tradisional, elok kita tinjau pencapaian tokoh-tokoh Nusantara. Buat beberapa abad semenjak era Aceh, Pattani, Terengganu dan Melaka, pusat pengajian di Tanah Haram cukup bermakna kepada seluruh umat Islam di Asia Tenggara. Untuk kertas ini, saya akan mendekati penokohan kepada empat generasi.

Generasi pertama:

1. Syaikh Nuruddin al-Raniri (wafat 22hb. Zuhijjah. 1069H/21hb. Sept. 1658M)

Tokoh ini memang signifikan kerana mempunyai pelbagai karya yang membuktikan sistem pengajian yang diperoleh amat berjasa besar dan juga menunjukkan bahasa Melayu telah berjaya mempengaruhi dunia ilmiah tamadun Melayu. Perkembangan tokoh ini nampak dilihat dalam polemiknya dengan Syaikh Hamzah al-Fansuri.

2. Syaikh Abdurra`uf al-Fansuri

3. Syaikh Hamzah al-Fansuri, dan lain-lain.

Dalam generasi pertama, saya tidak mengenengahkan tokoh pengarang `Aqa`id al-Nasafi namun begitu telah saya senaraikan kitab-kitab usuluddin dalam buku saya berjudul Pegangan Sejati Ahli Sunnah Wal Jamaah, mengikut kronologi. Untuk penyelidikan tentang era ‘Aqa`id al-Nasafi, sila rujuk buku Syaikh Muhammad Naquib al-Attas.

Generasi Kedua:

1. Syaikh Abdus Shamad Palembang

Tokoh ini turut mendapat tempat di kalangan ulama Yaman. Dalam sebuah kitab (yang dimiliki secara ijazah oleh Tuan Guru al-Mufti Muhammad Nor bin Ibrahim), berjudul 'Uqud al-La`ali Fi Asanid al-Rijal, halaman 223-224, dinyatakan nama tokoh ini sebagai yang merangkul gelaran al-waliyy, al-fahhamah. Tokoh ini amat meminati kitab Ihya` Ulumiddin karya al-Imam al-Ghazali. Ulama Yaman bernama al-Sayyid Abdurrahman bin Sulaiman al-Ahdal bergurukan tokoh ini.

2. Syaikh Daud Patani

Mengikut pendapat Tuan Guru Hj. Wan Shaghir, tokoh ini dilahirkan pada tahun 1133H/1720M. dan wafat pada tahun 1297H/1879M. Penyediaan teks-teks terjemahan beliau banyak mempengaruhi pemikiran masyarakat Nusantara.

3. Syaikh Muhammad Arsyad Banjar.

Dilahirkan pada tahun 1122 H/1710M dan wafat pada tahun 1227H/1812M. Kitab beliau yang terkenal ialah huraian terhadap matan al-Shirat al-Mustaqim karya Syaikh Nuruddin al-Raniri. Ini menunjukkan betapa penting keilmuan fiqh Syaikh Nuruddin al-Raniri.

Ketiga-tiga tokoh ini adalah bersahabat dan sering dikaitkan sebagai tiga tokoh serangkai.

Generasi Ketiga:

1. Syaikh Muhammad Zain Patani.

Tokoh ini amat berjasa dalam pemuliharaan kitab-kitab gurunya, Syaikh Dawud Patani. Pemeliharaan ini dapat menyumbang sebagai buku teks utama dalam mana-mana sistem pengajian pondok sejak beberapa abad lalu.

2. Syaikh Ahmad bin Muhamad Zain Patani.

Tokoh ini telah berjaya mendapatkan perkenan pihak Khilafah Uthmaniyyah untuk membentuk syarikat matba‘ah di Makkah untuk cetakan kitab-kitab berbahasa Melayu. Apabila kitab-kitab tersebut dicetak maka akan memudahkan murid-murid mempelajari ilmu dengan mudah dan proses pengkaderan lebih berkesan. Tokoh ini amat peka dengan perkembangan semasa dan boleh ditarafkan sebagai seorang Tokoh Penyelidikan Dan Pembangunan Dunia Melayu. Berjaya menguasai 47 jenis ilmu pengetahuan.

Sebenarnya manuskrip karyanya juga meliputi banyak bidang tetapi sayang ada sebahagiannya hilang. Sebagai seorang ulama yang mempunyai ilmu bersepadu, beliau turut dijadikan tempat rujukan oleh Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu. Ini menunjukkan keupayaan ilmu tradisional menjadi panduan hidup dalam segenap lapangan hidup. Di peringkat antarabangsa, tokoh ini telah dilantik sebagai Tokoh Bahasa Dan Sastera Arab Kerajaan Turki di Hijaz pada 28hb. Rejab. 1307H/1889M. (Syeikh Ahmad al-Fatani: Ulama Dan Tokoh Persuratan Melayu Dari Zaman Klasik Ke Arah Dunia Moden, Hj. Wan Shaghir, 1995)

3. Syaikh Ahmad Khatib Minangkabau.

Tokoh ini mempunyai banyak karya dan juga mempunyai ilmu yang bersepadu. Seorang tokoh matematik Islam, Dr. Mat Rofa Ismail (U.P.M.) dalam tesis Ph.Dnya, Sejarah Aritmetik Dan Aljabar Islam, telah mengulas keterlibatan tokoh ini dalam dunia matematik amali. Ini menunjukkan tradisi ilmu di Makkah tidak hanya tertumpu kepada bidang-bidang agama malah menjangkau ke bidang akli. Kemungkinan tokoh ini akan dijadikan model suatu hari nanti dalam aspek teori matematik berteraskan gunaan dan kemanusiaan di mana pihak Sekretariat Falsafah Dan Sains Islam, U.S.M. telah mengulas semula dalam newsletternya, al-Hikmah, No. 7, 1999M/1420H.

4. Syaikh Nawawi al-Bantani. Tokoh ini banyak mengarang. Antara kitab terbaik karyanya ialah Tafsir Marah al-Labid.

5. Syaikh al-Muhaddith al-Musnid al-Faqih al-Ushuli Muhammad Mahfudz Termas. Mempunyai karya yang cukup penting. Wafat pada malam Isnin, 1hb.7. 1338 H. Tokoh ini turut dimasukkan sebagai ulama qurra` oleh Ilyas bin Ahmad al-Burmawi dalam Imta' al-Fudhala` Bi Tarajim al-Qurra` .

Generasi Keempat:

1. Tok Kenali

Tokoh ini berjaya menyepadukan antara keilmuan, penulisan dan pengurusan. Pendekatan ini berjaya memunculkan MAIK. Beliau menjadi tokoh yang berpengaruh dalam mewujudkan majalah Pengasuh sehingga pernah menjadi Ketua Pengarangnya. Tokoh ini telah banyak dibicarakan orang.

2. Syaikh Pak Da Eil (wafat 1965 M)

3. Mengikut keterangan guru kami, Pak Da mula mengajar ketika usia 16 tahun. Tokoh ini mempunyai kesepaduan ilmu dan bersifat tahqiq. Di atas sifat tahqiq inilah maka beliau melalui metode mengajar secara halus-halus atau 'lumat'. Syaikh Abdul Qadir al-Mandili pernah berpesan kepada guru kami, "mu, Abdallah belajarlah dengan Pak Da selagi hidup sebab dia orang tua banyak ilmu".

Dalam kajian penulis yang terbaru, tokoh ini boleh diletak sebagai berperanan selaku pelapis ulung (min kibar ulama malayuwiyyah) . Saya cuba berbicara tentang sains moden menggunakan pendekatan analisis Syaikh Pak Da terhadap al-maqulat al-'asyara. Kitab ini dipelajarinya daripada Syaikh Muhammad Ali al-Maliki dan Pak Chik Wan Dawud Patani. Huraian beliau banyak dipengaruhi pemikiran Syaikhul Azhar Hasan al-Attar. Tokoh Syaikhul Azhar ini telah mendapat perhatian dalam karya Prof. Dr. Osman Bakar sebagai tokoh model dalam era mutakhir Khilafah Uthmaniyyah. Saya berpendapat bahawa majoriti orang pondok mengikuti aliran pemikiran pembaharuan yang dilakukan oleh Syaikhul Azhar tersebut yang kini masih dipinggir dan diabaikan termasuk oleh Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi.

4. al-Mufti Muhammad Nor bin Ibrahim. Tokoh ini amat berjasa dalam penyebaran Islam di Malaysia dan dikatakan mempunyai kedudukan kepopularan selepas Tok Kenali.

5. Tok Guru Abdullah Tahir Bunut Payung. Menyeragamkan kesatuan ulama dalam melahirkan kader-kader berilmu.

6. Tok Guru Hj. Abdul Aziz Pasir Tumboh. Pondok ini mempunyai ramai pelajar dan masih aktif. Pondok ini dikatakan sebagai lanjutan ilmu Tok Guru Hj. Abdullah Tahir Bunut Payung.

Memandangkan generasi keempat mudah untuk dikesan dan bahan bertulis masih boleh didapati maka ramailah yang dapat mengisi ruangnya. Bagi saya, para ulama mempunyai paradigma ala tasawwuf ketika memandangkan alam kosmologi. Inilah yang menyebabkan kitab-kitab tauhid sering menjadikan alam realiti sebagai bukti adanya Tuhan yang disebut Allah s.w.t. Ini juga membuktikan pendekatan ayat-ayat Makkiyyah tentang alam semesta menjadi asas pemikiran manusia. Antara tauhid dan tasawwuf perlu dijambatani oleh fiqh. Inilah ketiga-tiga asas ilmu yang berlegar-legar di Nusantara. Kitab-kitab fiqh mengatur kehidupan sehingga pernah wujud pemerintahan Islam yang mengamalkan hukum-hakam Islam sepenuhnya di sebelah sini seperti zaman Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu. Jasa baik hasil didikan ulama silam maka kita mempunyai raja-raja yang berjiwa rakyat dan disayangi oleh rakyat jelata dengan keberkatan ajaran Islam. (sila baca Pensejarahan Melayu oleh Muhammad Yusof Hashim ; Hj. Wan Shaghir, 1995; dll)

Kesimpulan

Masyarakat pondok atau aliran tradisional perlu sekali mengekal budaya ilmu secara bersanad yang kini semakin diabaikan oleh institusi-institusi moden. Kita perlu memelihara perolehan keberkatan berilmu sebagai yang disebutkan dalam hadith lalu. Keberkatan sebenarnya memainkan peranan penting dalam kejayaan sistem pengajian ulama silam. Berdasarkan apa yang telah disebutkan di atas juga menunjukkan bahawa ilmu-ilmu yang dipelajari dan diajari di Tanah Haram bersifat menyeluruh.

Menurut Prof. Dr. Azyumardi Azra, Rektor I.A.I.N. Syarif Hidayatullah Jakarta, dalam bukunya, Substantif Islam, “setelah bangunnya Arab Saudi sebagai sebuah negara maka jaringan ulama itu menyurut secara nyata. Terutama setelah wafatnya Syaikh Yasin Padang pada 1990”. Diharap kemerosotan ini tidak berpanjangan sehingga terhinggap pada pondok-pondok Nusantara. Sekalipun pembaharuan bisa dilaksanakan namun pemeliharaan kitab-kitab Melayu klasik wajar sekali menjadi tujuan utama pondok itu sendiri kerana kalau pondok semakin mengenepikannya maka siapakah lagi yang hendak diharapkan !!??

Bahan Bacaan:

Nota: Nota-nota kuliah guru kami.

Azyumardi Azra
Islam Substantif: Agar Umat Tidak Jadi Buih
al-Imam al-Ghazali
Ihya Ulumiddin
Mahir Abdul Qadir Muhammad Ali
Musykilah al-Falsafah
Mat Rofa Ismail
Sejarah Aritmetik Dan Aljabar Islam
Muhamamd Ja'far al-Kattani
Nazhm al-Mutanathir Min al-hadith al-Mutawatir
Muhammad al-Sanusi
al-Rihlah al-Hijaziyyah
Wan Mohd Shaghir
Koleksi Karya Ilmiah (1989-1997)
Koleksi Kertas Kerja Ilmiyah (1990-1996) dan karya-karyanya yang lain

Pengajian Pondok di Kelantan

APA ITU PONDOK ?

Pondok adalah satu institusi teristimewa dan tinggi kedudukan dalam masyarakat melayu yang mengamalkan penimbaan ilmu secara tradisional. Gedung ini telah diwarisi secara turun-temurun yang berperanan mengenal Allah dan Islam melalui ilmu tauhid, tasauf, fardhu ain dan sebagainya. Perkataan pondok berasal dari perkataan Arab " Funduq" (فندوق ) bererti rumah tumpangan atau tempat menginap pengembara-pengemba ra. Ada pula yang mendefinisikan sebagai rumah kecil atau pondok kecil yang didirikan untuk sementara waktu di sawah-sawah, ladang atau lain-lain tempat yang mempunyai deretan rumah kecil. Ada pula yang mengatakan perkataan langgar yang berasal dari perkataan Parsi seerti dengan pondok.

SEJARAH PONDOK

Di utara Semenanjung Malaysia, pondok mempunyai dua erti., Pertama, ia bererti rumah kecil yang bersifat sementara. Kedua ia bererti sebuah institusi pembelajaran Islam yang berbentuk tradisional dan ortodoks. Di Malaysia dan Thailand Selatan pondok bererti institusi pendidikan agama Islam yang bersendirian dan berasrama. Di jawa pondok disebut pesantren dan dalam bahasa Jawa ia bermakna madrasah. Manakala di Acheh, Sumatera pondok disebut dayah. Hakikatnya, dapat dibuat rumusan bahawa pondok itu adalah rumah kecil yang dibina bertujuan untuk tempat tinggal yang berkaitan dengan pengajian agama Islam yang terletak berhampiran surau atau masjid.

Kemunculan Pondok dan Perkembangannya

Tarikh tepat penubuhan pondok di Kelantan tidaklah diketahui, namun sistem ini telah muncul pada awal abad ke 19 Masehi. Ia bermula apabila Tuan Haji Abdul Samad Abdullah membina pondok pertama di Pulau Chondong yang terletak di Jalan Kuala Krai - Kota Bharu, walaupun ada pendapat lain yang mengatakan pengasasnya yang pertama bermula di zaman pemerintahan Long Jenal. Seterusnya pondok lain telah dibina oleh Haji Ismail di Machang. Sejarah telah membuktikan bahawa wujudnya pondok di negara ini dari Patani pada abad ke 17 yang diperkenalkan oleh seorang ulama Kedah. Dipercayai kerana pengaruh Tok Kenali, maka pada kurun ke 20 Kelantan mendahului negeri lain sebagai pusat pertama pengajian pondok, walau besar kemungkinan kemunculannya lebih awal di Terengganu.

Pengajian pondok di Kelantan dipelopori oleh ulama yang terkenal yang kembali dari Mekah dan amat disanjung oleh masyarakat Kelantan pada masa itu itu. Ulama-ulama Kelantan di Kota Bharu mulai pertengahan kedua abad ke 19 mengajar ilmu tasawuf, feqah, usuluddin dan cabang-cabang ilmu linguistik. Antara mereka yang terkenal itu ialah Haji Abdul Samad Muhd. Salleh (Tuan Tabal, 1840-1891), Haji Wan Ali Abdul Rahman Khutam dan Haji Yaakob Abdul Halim. Dengan tertubuhnya Pondok Kubang Pasu , Di Kota Bharu pada tahun 1850, Tuan Tabal telah membawa kepada perkembangan dan meluaskan lagi pendidikan pondok di Kelantan.

Pembukaan pondok itu telah membawa erti yang unggul sinaran ajaran tasawuf tersebar luas di Kelantan. Perkembangan pondok di Kelantan mulai pesat selepas tahun 1909 berikutan kepulangan sejumlah besar ulama negeri ini dari Patani dan Mekah. Ulama ini memainkan peranan penting memperkembangkan sistem pondok dengan membuka pondok di kawasan mereka. Nama-nama seperti Tok Selehor (Tuan Guru Syeikh Abdul Rahman), Tok Jelapang (Tuan Guru Haji Ahmad) dan Haji Wan Musa adalah ulama terkenal di Kelantan.

Pada pertengahan abad ke 19 Masehi. Pondok Tok Kenali merupakan pusat pengajian Islam yang terkenal di Asia Tenggara. Di peringkat awal pondok banyak didirikan di sekitar Kota Bharu. Di antaranya ialah Pondok Tok Bachok di Bachok pada tahun 1900 oleh Haji Othman Haji Muhammad. Pondok Kubang Pasu pada tahun 1900 oleh Haji Nik Abdullah Haji Wan Abdul Samad. Pondok Haji Malik Hassan pada tahun 1907 oleh Haji Abdul Malik Hassan di Kampung Sungai Pinang, Tumpat. Pondok Haji Yusuf di Pulau Ubi, Geting, Tumpat oleh Haji Ibrahim, Pondok Tuan Padang yang diasaskan oleh Haji Taib Tuan Padang, Pondok Kampung Banggol oleh Haji Wan Ismail dan Pondok Kampung Tok Semian oleh Haji Wan Abdul Samad Mohd. Salleh.

Fenomena pondok di Kelantan terus bersinar menjelang pertengahan abad ke 20 apabila beberapa buah pondok baru telah dibina. Dalam tahun 1913 Masehi Pondok Bunut Payong atau Madrasah Ahmadiah telah diasaskan oleh Tuan Guru Haji Abdullah Tahir. Kemudian diikuti pula oleh Pondok Lati, Pondok Lubuk Tapah, Pondok Kubang Benbam dan Pondok Paksu Wel. Perkembangan pondok berkembang dengan dinamik di zaman kegemilangan Tok Kenali dan selepasnya. Di tahun 1910 hingga 1945 Masehi ini bolehlah dikatakan zaman keemasan dalam perkembangan pondok di Kelantan.

Bermula zaman dari tahun 1945 masehi, perkembangan pondok mulai merosot dalam riwayat pondok di Kelantan. Sebab utama kemerosotannya ialah berpunca dari perubahan-perubahan dalam perkembangan pelajaran di Kelantan. Pada masa itu mulai muncul sekolah-sekolah rakyat yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar, ditambah pula sekolah-sekolah Melayu dan agama kerajaan lebih baik dan terjamin berbanding sistem pondok.

Dalam tahun-tahun 40an dan 50an telah muncul beberapa buah pondok yang hingga kini masih kekal, setelah kedapatan pondok-pondok terdahulu telah berkurangan sambutannya dan tidak diminati lagi. Akhirnya ada pondok yang terpaksa ditutup atau diambil alih oleh kerajaan untuk dijadikan sekolah Arab atau sekolah agama kerajaan.

Selepas tahun 1945, pondok-pondok tetap didirikan di negeri Kelantan, walau pun mendapat persaingan sengit dengan sekolah-sekolah kerajaan dan sekolah Arab. Pondok-pondok itu ialah Pondok Haji Muhd. Noor di Kampung But, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu yang diasaskan oleh Haji Muhd. Noor pada tahun 1946. Pada tahun 1950 Pondok Darul Ulum al-Ahmadiah telah ditubuhkan di Kampung Kolam, Bachok oleh Haji Muhammad Abdullah. Pada tahun 1958 pula, Pondok Sungai Durian telah ditubuhkan di Kampung Sungai Durian, Kuala Krai oleh Haji Abdul Rahman Sulaiman. Pada tahun 1971, jumlah pondok di Kelantan berjumlah 100 buah mengandungi 2,000 orang murid.

Dalam meniti arus pemodenan dan cabaran zaman, untuk menjamin sistem ini agar terus unggul dan berfungsi, maka pada 22 April 1995 usaha guru-guru pondok di Kelantan telah menubuhkan sebuah badan khas untuk menangani masalah itu yang dikenali Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB). Tujuan utamanya ialah untuk meninggikan syiar dan kefahaman Islam di kalangan ummah dan merangkumi sistem tarbiah dan sosial. Usaha ini menampakkan fikiran dan alternatif ke arah menangani masalah sekolah pondok untuk masa hadapan demi menyahut cabaran pendidikan Islam di Malaysia amnya dan di Kelantan khasnya.

SISTEM PENGAJIAN PONDOK

Teori
- Belajar Kitab dengan Tuan2 Guru
- Mengulangkaji Pengajian Dengan Senior atau Mempelajari kitab2 yang tidak diajar.

Amali
- Amalan Harian
- Pelajar mengikut Tuan2 Guru.

Selain itu kelas dibahagikan kepada :
1. Untuk Pelajar (Akan menduduki peperiksaan)
2. Untuk Mustami' (Pendengar, tidak akan menduduki peperiksaan)
3. Umum untuk penduduk setempat.

Tempoh Pengajian

Pengajian pondok tidak mempunyai tempoh tertentu. Ini disebabkan pengajian pondok menitikberatkan kemampuan pelajar itu menerima setiap pelajaran serta kemampuan mereka terhadap pelajaran tersebut. Oleh yang demikian pelajar yang benar-benar mampu sahaja akan menghabiskan pengajian dengan lebih cepat. Walau bagaimanapun mereka yang tidak mampu mengikut pelajaran tersebut mungkin perlu mengulangi pelajaran sehinggalah mereka benar-benar mampu.

Walaupun begitu ini terhad kepada sistem pengajian pondok yang berbentuk NIZAMI sahaja, sedang sistem pengajian sekolah biasa tidak sedemikian.

Waktu Pembelajaran
Bagi pengajian pondok, Masa dipenuhi dengan aktiviti pengajian sama ada aktiviti itu berbentuk kurikulum atau ko-kurikulum. Manakala pelajar yang mengikuti sistem sekolah dan pondok serentak pula, mereka akan mengikuti sesi pengajian pondok selepas sesi pengajian di sekolah.

KUKIKULUM PONDOK DAN KO-KURIKULUM PONDOK

Kurikulum di pondok secara umum
Tahap 1 : Mengenal Al-Quranul Karim.
Tahap 2 : Belajar Kitab-kitab Jawi Kecil dan Asas Bahasa Arab
Tahap 3 : Belajar Kitab-kitab Jawi Besar dan Kitab Arab Kecil
Tahap 4 : Menghabiskan Kitab-kitab

Berdasarkan asas kurikulum inilah kitab-kitab pengajian dibahagikan kepada pellajar untuk mereka mengikutinya.

Cthnya Subjek Feqah : Pelajar akan didedahkan dengan kitab yang rendah sebelum berpindah ke kitab yang lebih besar.

Ko-Kurikulum Pondok
- Belajar Bersyarah
- Belajar Berzanji
- Berzikir
- Persatuan Falak.
- Menjadi Imam Terawih (Senior)
- Menyampaikan syarahan dalam musim tertentu spt. Maulud
- Sembahyang Berjemaah
- Berdikari
- Kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan

Kitab-kitab yang diajar
- Kitab Jawi
- Kitab Arab

Antara laman blog Guru Pondok :

1. Pondok Tampin - Ustaz Abdul Raof bin Haji Nurin al Bahanji : http://pondoktampin .blogspot. com/

2. Pondok Pasir Tumboh Kelantan : Ustaz Mohammad Elias bin Abdul Jalil : http://almalakawi. wordpress. com/

Pelopor Pondok di Kelantan

Ulama-ulama Negeri Kelantan

Tok Kenali (Haji Mohd. Yusoff Ahmad)
Haji Abdul Malik Sungai Pinang (Haji Abdul Malik Bin Hasan)
Haji Ali Pulau Pisang (Haji Mohd Solahuddin Bin Awang)
Haji Abdullah Tahir Bunut Payong (Haji Abdullah Tahir Bin Haji Ahmad)
Haji Awang Lambor (Haji Abdullah Bin Haji Omar)
Haji Saad Kangkong (Haji As'ad Bin Haji Daud )
Haji Yaakub Lorong Gajah Mati
Haji Ismail Pontianak (Haji Ismail Bin Haji Majid)
Tok Selehong (Haji Abdul Rahman Bin Haji Osman)
Haji Daud Bukit Abal (Haji Daud Shamsuddin Bin Haji Omar Al-Libadi)
Mufti Haji Wan Musa (Haji Wan Musa Bin Haji Abdul Samad)
Haji Seman Sering (Haji Osman Bin Muhammad )

Martabat Nafsu

Martabat Nafsu
oleh Nur Anwar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Firman Allah:

"Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dengan bentuk yang sebaik-baiknya"
Hadis Qudsi,firmanNya:

"Sesungguhnya manusia itu rahsiaKu dan Akulah yang menjadi rahsianya.Dan rahsia itu sifatKu dan sifatKu tiada lain, Aku lah jua"

Mengenai soal makrifat pula Allah berfirman dalam hadis Qudsi:

"Akulah perbendaharaan yang tersembunyi. Aku ingin supaya dikenali(dimakrifat i), maka Aku jadikan alam ini,maka mereka makrifat kepadaKu"

FirmanNya lagi:

"Sesungguhnya Allah memrintahkan kamu (manusia) memulangkan amanah kepada yang berhak (Allah)"

Jadi taraf kemuliaan sesorang hamba Allah itu adalah bergantung sejauh mana taraf makrifatnya kepada Allah. Sekiranya kita berjaya mencapai tahap sebenar-benar makrifat jadilah kita sebaik-baik makhluk sebagaimana firmanNya:
"Sesungguhnya yang beriman dan beramal soleh, mereka itu adalah sebaik baik makhluk"
Tapi sebaliknya sekiranya kita gagal untuk mengembalikan amanah untuk makrifat maka jadilah kita sebagai mana yang

di firmankan olehNya:

"Kemudian Kami kembalikan dia di tempat yang serendah-rendahnya"

Dan firmanNya lagi:

"Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk"

Baik buruknya manusia adalah bergantung kepada tahap-tahap kesucian batinnya atau nafsunya.
Nafsu mempunyai dua pengertian:

1. Suatu pengertian yang meliputi segala tabiat-tabiat: spt. marah, nafsu berahi dan syahwat serta semua yang keji seperti hasad dengki, riak, dendam, sum'ah dan sebagainya. Nafsu ini ada juga pada binatang. Tapi tiada sama sekali pada malaikat. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yang terletak di antara dua lambung engkau"

2. Makna yang kedua adalah berkaitan kejadian "latifah rabbaniyyah' iaitu sesuatu yang batin yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar sebaliknya ia adalah melibatkan soal-soal kerohanian.
Jenis-jenis nafsu yang saya huraikan adalah:

1. Amarah
2. Lawammah
3. Mulhammah
4. Mutmainah
5. Radhiah
6. Mardhiah
7. Kamaliah

1. AMARAH

Amarah adalah martabat nafsu yang paling rendah dan kotor di sisi Allah. Segala yang lahir darinya adalah tindakan kejahatan yang penuh dengan perlakuan mazmumah (kejahatan/keburuka n). Pada tahap ini hati nurani tidak akan mampu untuk memancarkan sinarnya kerana hijab-hijab dosa yang melekat tebal, lapisan lampu makrifat benar-benar terkunci. Dan tidak ada usaha untuk mencari jalan menyucikannya. Kerana itulah hatinya terus kotor dan diselaputi oleh pelbagai penyakit.

Firman Allah:
• "Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya"
• "Sesungguhnya nafsu amarah itu sentiasa menyuruh manusia berbuat keji(mungkar) "
• "Bahkan manusia itu hendak berbuat maksiat terus menerus)"

Dalam kehidupan seharian segala hukum hakam, halal-haram, perintah dan larangan tidak pernah di ambil peduli. Malah buat kejahatan itu sudah sebati. Tidak ada penyesalan, malah kadang-kadang bangga buat jahat. Contohnya dia berbangga dapat merosakkan anak dara orang, bangga dengan kehidupan songsang, minum, berjudi, pergaulan bebas malah jadi barat lebih dari orang barat. Bagi mereka pada peringkat nafsu ini, konsep hidupnya adalah sekali, jadi masa mudalah untuk seronok sepuas-puasnya tanpa mengenal batas-batas. Baik jahat adalah sama sahaja di sisinya tanpa ada perasaan untuk menyesal. Malah kadang-kadang bila boleh buat jahat seolah-olah terdapat perasaan lega dan puas. Itulah sebabnya kadang-kadang ada yang dapat nak mengawalnya dari melakukan sesuatu yang jahat. Dah jadi hobi. Hatinya telah dikunci oleh Allah sebagaimana firmanNya:

"Tidaklah engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsunya (amarah) menjadi Tuhan dan dia disesatkan oleh Allah kerana Allah mengetahui (kejahatan hatinya) lalu Allah mengunci mati pendengarannya (telinga batin) dan hatinya dan penglihatannya (mata hatinya) diletak penutup."

Manusia pada peringakat nafsu amarah ini bergembira bila menerima nikmat tetapi berdukacita dan mengeluh bila tertimpa kesusahan.

Firman Allah:

"Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia,nescaya mereka gembira dengan rahmat itu.Dan apabila mereka ditimpa suatu musibah akibat kesalahan tangan mereka sendiri, lantas mereka berputus asa."
Jelasnya pada peringkat ini segala tindak tanduknya adalah menuju dan mengikut apa kehendak syaitan yang mana telah dikuasai sepenuhnya olehnya(Syaitan) . Rupa sahaja manusia, tapi hati dikuasai syaitan.

Pada peringkat ini, manusia itu tak makan nasihat. Tegurlah macam manapun. Dia tetap tak akan berubah kecuali diberi hidayah olehNya.

Mereka tidak pernah takut pada Allah dan hari pembalasan. Malah meremehkan lagi ada. Mengejek dan mencemuh. Mereka tidak pernah peduli dengan ancaman Allah seperti:

"Akan dicampakkan ke dalam neraka jahanam dari golongan jin dan manusia yang mempunyai hati tidak memrhati,mempunyai mata tidak melihat,mempunyai telinga tidak mendengar.Mereka itu adalah binatang malah lebih hina dari binatang kerana mereak termasuk di dalam golongan yang lalai".

Mereka suka mencela orang lain, memperbodohkan kelemahan orang lain dan melihat dirinya sendiri serba sempurna. Mereka tidak pernah menyandarkan hasil usahanya kepada Allah. Mereka fikir apa sahaja kejayaan mereka adalah hasil titik peluh diri sendiri.

Jiwa mereka pada tahap ini adalah kosong dan hubungan dirinya dengan Allah boleh dikatakan tidak wujud.

Dalam konteks penerimaan ilmu, orang yang bernafsu amarah hanya berupaya menerima ilmu diperingkat ilmu Qalam. Terutamanya yang mementingkan soal-soal lahiriah dunia sahaja. Tak ada minat kepada pelajaran agama dan hari akhirat. Pada peringkat tidak ada peluang sama sekali untuk menerima ghaib dan ilmu syahadah selagi hatinya kotor dan tidak disucikan dengan pembersihan zikrillah yang mempunyai wasilah bai'ah dengan Rasulullah s.a.w. Untuk membebaskan diri dari cengkaman nafsu ini hendaklah menemukan jalan wasilah ilmu Rasulullah s.a.w dengan menerima tunjuk ajar dari ahli zakir iaitu guru mursyid yang dapat memberikan petua-petua penyucian diri dan penyucian jiwa yang mempunyai mata rantai dengan Rasulullah s.a.w.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Tiap sesuatu ada alat penyucinya dan yang menyuci hati ialah zikir kepada Allah "
Pada tahap amarah ini kalau berzikirpun hanya dibibir sahaja tanpa meresap ke dalam jiwa. Amarah tidak mengenal sesiapa, malah ahli kitab sekalipun walaupun ada kelulusan Azhar, walupun berserban dan berjubah. Amarah tidak pernah takut dengan itu semua malah lagi senang ia menyerang. Yang ia takut hanyalah zikrillah.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesungguhnya syaitan itu telah menaruh belalainya pada hati manusia, maka apabila manusia itu berzikir kepada Allah , maka mundurlah syaitan dan apabila ia lupa, maka syaitan itu menelan hatinya"

2. NAFSU LAWWAMAH

Nafsu lawwamah ialah nafsu yang selalu mengkritik diri sendiri bila berlaku suatu kejahatan dosa atas dirinya. Ianya lebih baik sedikit dari nafsu amarah. Kerana ia tidak puas atas dirinya yang melakukan kejahatan lalu mencela dan mencerca dirinya sendiri. Bila buat silap dia lebih cepat sedar dan terus kritik dirinya sendiri. Perasaan ini sebenarnya timbul dari sudut hatinya sendiri bila buat dosa, secara automatik terbitlah semacam bisikan dilubuk hatinya. Inilah yang di katakan lawwamah. Bisikan hati seseorang akan melarang dirinya melakukan sesuatu yang keji timbul secara spontan bila terqosad sahaja dihatinya. Cepat rasa bersalah pada Allah Rasulullah atas keterlanjurannya. Ianya ibarat taufik dan hidayah Allah untuk memimpinnya kembali dari kesesatan dan kesalahan kepada kebenaran dan jalan yang lurus.

Rasulullah s.a.w bersabda:

• "Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan menjadikan untuknya penasihat dari hatinya sendiri"

• "Barangsiapa yang hatinya menjadi penasihat baginya, maka Allah akan menjadi pelinding ke atasnya."
Tapi bila seseorang itu meningkat ke martabat nafsu lawwamah tapi tidak mematuhi isyarat lawwamah yang memancar di hatinya, maka lama-kelamaan isyarat ini akan padam dan malap. Hingga jatuhlah kembali pada tahap nafsu amarah kembali. Sebab itu kadang-kadang kita tengok sekejap orang tu baik, sekejap berubah jahat kembali. Kemudian berubah balik. Inilah bolakan hati yang di sebabkan oleh keadaan nafsunya yang berubah-ubah.

Firman Allah:

• "Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti (suruhan jahat) mereka setelah datang ilmu (isyarat lawwa-mah) kepadamu, sesungguhnya kamu termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim"

• "Sesungguhnya petunjuk Allah ialah petunjuk yang sebenarnya.Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan (jahat dan keji) mereka , setelah ilmu diperolehi (datang kepadamu) maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu".

Pada tahap lawwamah ini masih lagi bergelumang dengan sifat-sifat mazmumah tapi jumlahnya mulai berkurang sedikit. Keinsafan memancar. Sekiranya dia terus mematuhi isyarat lawwamah yang ada, sedikit demi sedikit sifat-sifat keji dapat dihapuskan. Pada peringkat ini dia banyak meneliti diri sendiri dan merenung segala kesilapan yang lampau. Bila perasaan menyesal datang, orang-orang pada peringkat sangat mudah mengeluarkan air mata penyesalan. Kerap menangis dalam solat, atau bila sendirian, sewaktu berzikir, bersolawat. Air matanya bukanlah disengajakan tetapi berlaku secara spontan. Inilah dikatakan sebagai tangisan diri. Pada peringkat ini mula banyak mengkaji dan meneliti alam dan kejadian. Malah sentiasa membandingkan sesuatu dengan dirinya. Mereka juga menjadi gila untuk beribadat dan cenderung kepada perbincangan berkaitan soal mengenal diri dan mula jemu dengan persoalan yang tidak berkaitan dengan agama. Perubahan ini boleh jadi mendadak sekiranya kita terjun ke alam tasauf.

Rasulullah s.a.w bersabda:

• "Bahawasanya orang-orang mukmin itu perhatiannya pada solat, puasa dan ibadat dan orang munafik itu perhatiannya lebih kepada makanan dan minuman seperti halnya binatang"

• "Sedikit taufik adalah lebih baik dari banyak berfikir dan berfikir perkara duniawi itu mendaruratkan dan sebaliknya berfikir perkara agama pasti mendatangkan kegembiraan"

Pada tahap ini sudah mementingkan akhirat dari dunia.
Namun begitu walau nak dibandingkan dengan amarah ia lebih tinggi sedikit, namun sekali-sekala ia tidak terlepas juga dari jatuh kedalam jurang dosa dan kejahatan.Imannya masih belum kuat.Namun ia cepat sedar dan cepat beristigfar minta ampun kepada Allah.

Firman Allah:
"Aku bersumpah dengan nafsu lawwamah"

Sebagai contoh kalau tertinggal sembahyang terdapat perasaan kecut hati dan cepat menyesal sehingga terus pergi kadha.

Antara sifat nafsu lawwamah adalah:

1. Mencela diri sendiri
2. Bertafakur dan berfikir
3. Membuat kebajikan kerana ria
4. Kagim pada diri sendiri yakni 'ujub
5. Membuat sesuatu dengan sum'ah -agar dipuji
6. Takjub pada diri sendiri

Sesiapa yang merasa berdegup di hati sifat seperti di atas masih lagi berada pada tahap nafsu lawwamah. Ianya adalah terdapat pada kebanyakan orang awam .

Harus kuat berzikir lagi untuk menembus dan menyucikan sisa-sisa karat hati. Zikir pada peringakat nafsu ini masih lagi dibibir tetapi kadang-kadang sudah mulai meresap masuk ke lubuk hati tapi dalam keadaan yang tidak istiqamah. Pada peringkat ini memang sudah timbul gila beribadat sehingga kadang-kadang merasa dirinya ringan dan melayang, kadang-kadang macam hilang dirinya. Rasa semacam semut berderau diseluruh tubuhnya terutama pada bahagian tulang belakang dan tangannya. Keadaan beginilah menimbulkan keasyikan yang menyeronokkan dengan amalan zikir dan ibadat lain.

Pada pringkat ini sudah boleh menerima sedikit ilham hasil dari zauk dan kadang-kadang mengalami mimpi yang perlu ditafsir kembali oleh guru. Bila berterusan dengan petua dan amalan yang diberi oleh guru InsyaAllah nafsunya lawwa-mah ini akan meningkat kepada tahap seterusnya.

3. MULHAMAH

Nafsu ini lebih baik dari amarah dan lawwa-mah.Nafsu mulhamah ini ialah nafsu yang sudah menerima latihan beberapa proses kesucian dari sifat-sifat hati yang tercemar melalui latihan sufi/ tariqat/ amalan guru lainnya yang mempunyai sanad dari Rasulullah s.a.w.Kesucian hatinya telah menyebabkan segala lintasan kotor atau khuatir-khuatir syaitan telah dapat dibuang dan diganti dengan ilham dari malaikat atau Allah.

Firman Allah:
"Demi nafsu (manusia) dan yang menjadikannya (Allah) lalu diilhamkan Allah kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik, sesungguhnya dapat kemenanganlah orang yang menyucinya (nafsu) dan rugilah (celakalah) orang yang mengotorkannya( nafsu)

Makam nafsu ini juga dikenali dengan nafsu samiah. Pada pringkat ini amalan baiknya sudah mengatasi amalan kejahatannya. Sifat mazmumah telah diganti dengan mahmudah. Sikap beibadat telah tebal dan amalan guru terus diamalkan dengan lebih tekun lagi.

Pada penyesalan pada peringakat lawwamah tadi terus bersebati di dalam jiwa. Isyarat lawwamah sentiasa subur. Sesungguhnya taubat orang peringkat mulhamah ini adalah "taubatan nasuha". Bukan shaj di mulut tetapi hakiki.
Dalam kehidupan sudah terbina satu skap yang baik,tabah menghadapi dugaan, bila terlintas sesuatu yang ke arah maksiat cuba-cuba memohon kepada perlindungan dari Allah.

Firman Allah:

"Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.Sesunggu hnya orang-orang yang bertaqwa , bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketiak itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahan ."

Sabda Rasulullah S..a.w:

"Barangsiapa yang merasa gembira dengan kebaikannya dan merasa susah (gelisah) dengan kejahatan yang dilakukan, maka itu orang-orang mukmin"

Zikir pada tahap ini telah menyerap kedalam lubuk hatinya bukan sekadar berlewa-lewa dibir sahaja lagi. Malah sudah menerima hakikat nikmat zikir dan zauk. Bila disebur nama Allah rindunya sangat besar, berderau darahnya dan gementar tubuhnya tanpa disengajakan.

Firman Allah:

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu, bagi mereka apabila sahaja disebut nama Allah, nescaya gementarlah seluruh hati mereka"

Perasaan ini terus menjalar sehingga bertemu kekasihnya.

Antara sifat-sifat yang bernafsu mulhamah:

1. Sifat-sifat ketenangan,lapang dada dan tidak putus asa.
2. Tak sayangkan harta
3. Qanaah.
4. Berilmu laduni
5. Merendah diri/ tawwadu'
6. Taubat hakiki
7. Sabar hakiki
8. Tahan ujian dan menanggung kesusahan

Mereka pada tahap ini mulai masuk ke sempadan maqam wali yakni kerapkali mulai mencapai fana yang menghasilkan rasa makrifat dan hakikat (syuhud) tetapi belum teguh dan kemungkinan untuk kembali kepada sifat yang tidak baik masih ada. Kebanyakan orang cepat terhijab pada masa ini kerana terlalu asyik dengan anugerah Allah padahal itu hanyalah ujian semata-mata. .

Dalam konteks ilmu pula mereka bukan sahaja menguasai ilmu qalam malah sudah dapat menguasai ilmu ghaib menerusi tiga cara laduni iaitu nur, cara tajalli dan cara laduni di peringakat sir. Yang dimaksudkan dengan laduni peringkat sir ialah menerusi telinga batin yang terletak ditengah-tengah kepala yang biasanya dipanggil bahagian tanaffas. Suara yang diterima amat jelas sekali. Tak ubah seperti mendengar suara telefon. Pada masa yang sama pendengaran zahir tetap tidak terganggu walaupun masa menerima laduni sir itu ada kawan berbual. Biasanya suara ghaib itu adalah waliyulah atau ambia yang merupaka guru-guru ghaib yang bertugas mengajar ilmu ghaib pada mereka yang diperingkat mulhamah.

Tapi perlu ingat guru murysid zahir kita tetap guru. Malah Guru mursyid kita sebenarnya telah berkomunikasi terlebih dahulu dengan guru-guru ghaib ini. Sebab tu kalau tak ada murysid kita akan terpedaya dengan syaitan dan jin yang menyamar. Pembukaan telinga batin ini pada awalnya berlaku seakan suatu bisikan suara yang dapat dibahagian dalam anak telinga, dimana pada permulaannya merasa berdesing. Kemudian barulah dapat dengar jelas.
Zikir tetap meningkat. Pada peringkat inilah Allah berfirman:

"Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir kepada Allah.Ingatlah hanya dengan berzikir kepada Allah sahajalah hati menjadi tenteram".

4. NAFSU MUTMAINAH

Inilah peringkat/ martabat nafsu yang pertama yang benar-benar direhai Allah seperti yang saudara kita nyatakan di atas. Yang layak masuk syurga Allah. Maknanya siapa sampai pada maqam ini bererti syurga tetap terjamin, InsyaAllah. Hakikat inilah yang difirmankan Allah:

"Wahai orang yang berjiwa / bernafsu mutmainnah,pulangla h kepangkuan Tuhanmu dalam keadaan redhai meredhai olehNya dan masuklah ke dalam golongan HAMBAKU dan masuklah ke dalam syurgaKU".

Pada peringkat ini jiwa mutmainnah merasakan ketenagan hidup yang hakiki yang bukan dibuat-buat. Tidak ada lagi perasaan gelisah. Semuanya lahir dari tauhidnya yang tinggi dan mendalam. Tauhid yang sejati dan hakiki. Tidak ada lagi perbezaan senang dengan susah baginya sama sahaja. Pada maqam inilah permulaan mendapat darjat wali kecil.

Antara sifat-sifat maqam ini adalah:

1. Taqwa yang benar.
2.. Arif
3. Syukur yang benar
4. Tawakkal yang hakiki
5. Kuat beribadat
6. Redha dengan ketentuan Allah
7. Murah hati dan seronok bersedekah.
8. Dan lain-lain sifat mulia yang tidak dibuat-buat.

Pada maqam ini biasanya(walaupun tidak semestinya), akan adanya keramat-keramat yang luar biasa serta mendapat ilmu dengan tak payah belajar sebab sudah dapat mengesan rahsia-rahsia dari LohMahfuz. Adanya sifat lidah masin. Apa yang keluar dari mulut bukan sembarangan lagi bahkan menerusi yang dipanggil sebagai 'inkisaf'. Mereka sudah menguasai ilmu peringkat nur, tajalli, sir dan juga sirussir, iaitu lebih tinggi dari maqam mulhamah. Yang dikatakan menerusi sirussir ialah cara penerimaan dengan telinga dan mata batin. Kalau mulhammah tadi baru terbuka dengan telinga batin tanpa mata batin. Dengan mata batin inilah dia berupaya melihat sesuatu yang ghaib yang tak mampu dilihat oleh mata biasa kita. Malah dapat melihat sesuatu yang akan berlaku pada masa akan datang. Betul-betul macam melihat TV. Malah siap boleh rewind lagi. Kalau guru kita nak lihat sejarah hidup kita yang lalu biasanya dia akan memrhati rakaman hidup kita dan mengesan dimana kesilapan kita dan memberi petua untuk membetulkannya. Kalau mencuri disuruhnya kita memulangkan kembali serta minta halal dan maaf, dan sebagainya lagi. Namun begitu dia tetap akan menjaga aib muridnya kepada orang lain. Perlu dingat pada peringkat ini dia tidak terganggu penglihatan dan pendengaran zahirnya pada masa sama melihat dan mendengar yang batin walaupun duduk di kedai kopi bersama-sama orang lain. Melalui penerimaan sirussir ini dia berupaya melihat alam barzakh, menjelajahi alam alam malakut. Keyakinan mereka sudah pada tahap ainul yakin dan haqqul yakin.

Fana juga boleh berlaku yang dikenali sebagai "fana qalbi" iaitu merupakan penafian diri ataupun menafikan maujud dirinya dan diisbatkan kepada wujudnya Allah semata-mata. Inilah peringkat yang kita bincangkan dulu mengenai LAA MAUJUD ILLALLAH. Keadaan inilah yang digambarkan Allah:

"Semua yang ada adalah fana (tiada wujud hakikinya).Dan yang kekal(baqa) itu adalah wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan"

Namun fana qalbi ini tidaklah kekal.

5. NAFSU RADHIAH

Maqam ini dinamakan radhiah kerana perasaan keredhaan pada segala ketentuan dan hukuman Allah. Pada maqam ini sudah tidak ada rasa takut dengan pada bala Allah dan tak tahu gembira dengan nikmatNya. Sama sahaja. Apa yang penting Allah redha padaNya. Itu kalau sakitpun dah tak perlu kepada ubat, sebab bagi dia sakit itulah nikmat kerana dia merasa makin dekat dengan tuhannya. Wang ringgit sudah sama dengan daun kayu. Emas sama dengan tanah. Dunia sudah dipandang kecil , malah sudah tidak dipandang lagi sebaliknya dunia yang datang kepadanya.

Firman Allah:

"Sesungguhnya wali-wali Allah itu tak rasa ketakutan dan tak pernah rasa kerungsingan di atas mereka".
Ini kerana nur syhuhud sudah sebati dalam jiwa mereka. Alam sekeliling seperti cermin yang boleh mereka melihat Allah setiap ketika. Ini adalah maqam musyahadah tahap ihsan seperti hadis Rasulullah s.a.w:

"Hendaklah kamu menyembah Allah sebagaimana kamu melihatNya.. ."

Ini adalah maqam wali dalam martabat khawas.

Pada masa inilah apa yang diisyaratkan oleh rasulullah s.a.w:

"Takutilah akan firasat orang mukmin, bahawasanya orang-orang mukmin itu melihat dengan Nur Allah".
Pada tahap radhiah ini ,ia melihat melalui basyirahnya, merenung dengan kasyafnya , bertindak melalui perintah ilmu laduninya.Mulutnya dan doanya sangat mustajab..'Barang dipinta barang jadi"

Orang dimaqam ini kadang-kadang perbuatannya menyalahi syariat.Percakapan kadang-kadang menyinggung orang biasa yang tak faham tapi dikeluarkan tanpa sengaja.Masih lagi mengalami fana qalbi.tapi tidak menentu.Hidupnya ibarat dilambung gelora cinta seolah terapung bersama-sama Allah.Hanya memandang dan menyaksikan sesuatu bahawa tiada suatu yang wujud di dunia ini melainkan wajah Allah semata-mata:

Firman Allah:
"Di mana saja kamu menghadap, maka disitulah wajah Allah

Itu yang terjadi pada Al Junaid:Tiada apa dalam jubahku, melainkan Allah.
Mereka sudah memandang yang banyak kepada satu.Keadaan inilah boleh menimbulkan fitnah, malah kadang-kadang orang akan anggap gila. Inilah maqam Ana'al Haq-Mansur Al-Hallaj.

Zikir pada peringkat ini adalah secara 'khafi' yang telah meliputi seluruh anggota zahir dan batinnya. Pada peringkat inilah kulit berzikir, daging berzikir, tulang berzikir, malah semuanya berzikir. Tu yang jadi darah Al-Hallaj membentuk tulisan Allah lalu keluar zikir, malah kematian wali-wali seperti Tok Ku Paloh, masih lagi terdengar zikir di badannya. Kadang-kadang mereka dijemput menjelajah alam ghaib kubra yang diluar akal manusia. Malah mereka di ajar ilmu tinggi yang lebih canggih dari manusia biasa yang boleh dicapai oleh zaman moden ini. Mereka boleh buat perhubungan secara langsung dengan para rasul, nabi, ambia dan waliyullah yang lain. Mereka menuntut ilmu dengan aulia macam berbincang dengan kawan melalui handphone, malah boleh berinteraksi beramai-ramai walaupun masing-masing berada di berbeza tempat.

Sifat-sifatnya:

1. Ikhlas
2. Warak
3. Zahid
4. Dan lain-lain lagi yang baik yang ada pada maqam sebelum ini

6. NAFSU MARDIAH

Pada peringkat ini segala yang keluar darinya semuanya telah diredhai Allah. Perilakunya, kata-katanya, diamnya semuanya dengan keredaan dan keizinan Allah belaka. Akan keluar keramat yang luar biasa.. Mereka sudah menanam ingatan pada Allah diteras lubuk hati mereka menerusi cara "khafi-filkhafi" , maknanya secara penyaksiaan 'basitiah' iaitu penyaksian sifat ma'ani Allah yang nyata dan dizahirkan oleh diriNya sendiri. Af'al diri mereka sudah dinafi dan diisbahkan secara langsung kepada af'al Allah semata-mata. Jiwa mereka betul-betul sebati, ingatan mereka terhadap Allah tidak sesaatpun berpisah darinya. Penyaksiaan terhadap hak sifat Allah jelas baginya sehingga hilang dirinya nya sendiri. Inilah dinyatakan sebagai Abu Yazib Bistami: "Subha Inni.."

"Pandanglah yang satu pada yang banyak"

Peringkat ini sudah tenggelam dalam fana baqabillah. Pada peringkat inilah suka mengasingkan diri,tidak suka bergaul lagi dengan makhluk.

Namun begitu ia mmepunyai kesedaran dua alam sekaligus. Zahir dan batin. Dan ia akan kembali normal seperti biasa. Kalau peringkat sebelum ini mungkin sampai tak terurus.

Konsep perjalanannya lebih kurang dengan radhiah.mereka berpegang kepada konsep:

Firman Allah:

"Apa yang di sisi kamu itu pasti lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal".

Perkataan syatahah sudah hilang.Mereka suka hidup nafsu nafsi.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila kamu sekalian melihat seseorang mukmin itu pendiam dan tenang , maka dekatilah ia.Sesungguhnya dia akan mengajar kamu hikmah"

Menyentuh tentang zikirnya, zikirnya adalah zikir rahsia, tidak lagi ada lafaz dengan lidah mahupun hati, tapi seluruh anggota zahir dan batin mengucapkan dengan zikir rahsia yang didengar oleh telinga batin di maqam tanaffas. Zikirnya tidak pernah terganggu dengan alam zahir walaupun dia tengah bercakap atau buat apa sahajapun.

Firman Allah:

"Orang-orang berzikir kepada Allah sambil berdiri, sambil duduk dan dalam keadaan berbaring... "

Bagi mereka di maqam ini setiap perbuatan, perkataan, penglihatan dan apa sahaja adalah zikir.

Pada tahap ini mempunyai kekeramatan yang amat luar biasan. Namun biasanya jarang sekali menzahirkannya kelebihannya itu. Dari segi ilmu, mereka sudah memperolehi ilmu semua peringkat sebelum ini iaitu nur, tajalli, sir, sirussir malah ditambah lagi dengan cara tawasul/yaitu secara jaga dengan ambia dan waliyullah. Kehadiran wali-wali kepada orang maqam mardiah ini lebih merupakan penghormatan dan ziarah sahaja. sambil berbincang-bincang. Mereka berpeluang menjelajah seluruh alam alam maya dan alam ghaib termasuk syurga, neraka dan sebagainya. Mereka berupaya melawat bermacam-macam tempat samada dengan pecahan diri batinnya atau dengan jasad sekali. Malah dalam satu masa boleh menjelma di pelbagai tempat. Ini dipanggil "Khawa Fulkhawaf". Ianya berlaku tanpa sengaja dan tanpa dapat dikawal

Sifat-sifatnya:

1. Redha dan rela dengan apa-apa pemberian Allah
2. Lemah lembut pergaulannya
3. Elok dan tingginya budi
4. Lain-lain sifat terpuji maqam sebelum ini.

7. KAMALIAH

Maqam ini adalah tertinggi. Maqam ini digelar sebagai "baqa billah", Kamil Mukamil", Al Insan kamil kerana ia dapat menghimpunkan antara zahir dan batin, yakni ruh dan hatinya kekal kepada Allah tetapi zahir tubuh kasarnya tetap dengan manusia. Hati mereka kekal dengan Allah tak kira masa dan tempat, tidur atau jaga sentiasa mereka bermusyahadah kepada Allah. Ini adalah maqam khawas al khawas. Semua gerak geri mereka sudah jadi ibadat. Hatta berak kencing mereka, tidur mereka dan sebagainya.

Ilmu mereka adalah seperti yang dinyatakan oleh Imam Ghazali, ilham dan ilmu mukasyafah yang diterima nya tidak bukan adalah sama dengan istilah wahyu semuanya datang terus dari Allah. Cuma kalau Rasul dan Nabi di panggil Wahyu dan manusia biasa yang kamil di panggil Ilham.

Saya rasa sekadar ini lah yang termampu oleh saya. Mungkin ada kelemahan dan ketinggalan dalam istilah atau pengertian. Wahai Tuan -tuan sila perbetulkan dan tambah lagi mana-mana yang kurang.Mengenai kaedah zikir pada maqam-maqam saya rasa ada saudara yang akan menghuraikanya berpandukan kaedah tariqat masing-masing. InsyaAllah.

Semoga Allah mengampun saya atas segala kesilapan.Dan harap memberi manafaat pada semua.

Sumber rujukan:

Al-Hikam
Ihya Ulumudin
Rahsia Mengenal Diri
Mengenal Diri Dan Wali Allah
Awarif al Ma'arif
Mengenal Ilmu Tasauf
Siapa Wali
Risalatul Qusyairiah
Sirrul Asrar
Perkembangan Tasauf dari Abab ke Abab
Al-Quran dan Al Hadis
Dan lain-lain
Serta pengalaman bersama dan tunjuk ajar Yang Amat Mulia Mursyid Tercinta

Masa singkat tanda kiamat

MEGA: Masa berlalu amat pantas. Rasanya baru sangat kita menyambut Maal Hijrah 1430. Kini kita sudah berada dalam tahun 1431H. Apakah tanda atau maksud masa yang terlalu pantas ini?
ZURIDAN: Tanpa kita disedari masa berlalu begitu pantas. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Kini kita berada di ambang tahun baru Hijrah 1431 dan tahun Masihi 2010.

Pada hakikatnya fenomena kepantasan waktu adalah suatu petanda bahawa dunia sudah semakin di penghujung usianya. Ini telah dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, baginda bersabda: "Tidak akan berlaku kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". (riwayat Tarmizi)

Dengan beralihnya kita ke dalam tahun baru, kerisauan sepatutnya dihadirkan dalam diri dengan seribu macam persoalan tentang masa depan kita.

Bukan sahaja masa depan hidup di dunia ini tetapi masa depan di akhirat kelak kerana ia adalah destinasi terakhir kita sebagai manusia. Pelbagai soalan perlu diajukan.

Apakah sudah cukup amalan kita? Apakah sudah tertebus dosa kita? Apakah layak kita menjadi penghuni syurga? Apakah mampu kita menahan malu di padang mahsyar apabila segala rahsia keburukan kita dipamerkan secara terperinci oleh Allah dan apakah sanggup kita menahan seksaan azab api neraka-Nya?

Allah berfirman di dalam surah al-Hasyr ayat 18-20 yang bermaksud: (Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang Telah dilakukannya (sebagai persiapan) untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri , mereka Itulah orang-orang yang fasiq. Tidaklah sama penghuni-penghuni neraka dengan penghuni-penghuni syurga; penghuni-penghuni syurga itulah mereka yang benar-benar beruntung).

Apa pula maksud yang tersirat daripada sambutan Maal Hijrah setiap tahun?

ZURIDAN: Insaflah! Bahawa berlalunya masa bermakna semakin tualah usia kita. Lihatlah tubuh kita yang suatu masa dahulu begitu cergas tetapi kita pergerakan sudah menjadi lambat.

Rambut kita, dahulunya hitam kini sudah ada kilauan warna putih beruban. Kulit kita, dulunya tegang tetapi kini sudah menampakkan kedutannya.

Bermulanya tahun baru bermakna semakin tualah usia dunia dan semakin hampirlah saat ketibaan hari kiamat. Jika lahirnya Nabi Muhammad SAW adalah sebagai tanda bermulanya akhir zaman, kini baginda SAW telah semakin lama meninggalkan yang memberi makna usia dunia pastinya benar-benar sangat lanjut.

Ini lebih nyata dengan pelbagai siri perkara aneh yang berlaku dan berbagai bencana alam yang tidak terduga berlaku. Seluruh dunia dalam tahun 1430 Hijrah menyaksikan pelbagai kejadian bencana alam yang tidak terkawal.

Begitu juga dengan kejadian jenayah, pembunuhan dan peperangan yang seolah-olah tiada noktahnya.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku al-Harj. Sahabat bertanya, Apakah al-Hajr itu hai Rasulullah? Nabi menjawab, peperangan demi peperangan demi peperangan". (riwayat Ibnu Majah)

Justeru, apa sewajarnya sikap kita dalam mempersiapkan diri bertemu Allah SWT?

ZURIDAN: Masa yang menjadi semakin singkat ini tidak sewajarnya dibiarkan begitu sahaja. Lihat peringatan Allah dalam surah al-Asr di atas.

Suasana umat Islam hari ini seolah-olah lebih cenderung memenuhi kehidupan mereka dengan keseronokan dan hiburan. Sebaliknya tidak berminat dengan aktiviti lebih bermanfaat seperti beribadat di masjid ataupun menuntut ilmu.

Ini dapat dilihat apabila masjid-masjid sentiasa suram dengan penghuninya sebaliknya tempat-tempat hiburan sentiasa penuh dengan pengunjungnya.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Dua nikmat yang selalu diabaikan oleh ramai manusia iaitu kesihatan dan masa lapang. (riwayat Imam Bukhari).

Masa dalam kehidupan seorang muslim sangat penting. Ia lebih penting daripada wang ringgit. Oleh itu setiap waktu dalam kehidupan muslim sentiasa dikaitkan dengan ganjaran jika dilaksanakan amalan tertentu.

Waktu fajar umpamanya dikaitkan dengan dua rakaat solat sunat yang lebih baik dari nilai dunia dan isinya. Waktu tengah malam pula ialah saat afdalnya munajat kepada Allah SWT.

Bagi seorang muslim masa di dunia adalah waktu untuk bersusah payah dahulu mengumpul bekalan sebelum mengecapi kegembiraan di akhirat kelak!

Masa sepatutnya digunakan sebaiknya kerana ia sesuatu yang tidak dapat dikembalikan semula. Hayatilah sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sempit dan masa senang sebelum susah". (riwayat Al-Hakim).

Malangnya kita jarang bertanya perkara seperti berapa kalikah aku meninggalkan solat pada tahun ini? Apakah puasaku cukup? Apakah aku pernah bangun malam menangisi dosaku di hadapan Allah?

Apakah aku membaca al-Quran dan berapa kali aku membacanya dalam seminggu? Apakah aku benar-benar rasa nikmat menjadi Muslim? Apakah aku sudah bertaubat dari dosa-dosa besar yang telah aku lakukan?

Seharusnya perkara begini turut menjadi keutamaan kita setiap kali menyambut tahun baru.

Begitu hebat kepentingan menjaga masa. Malangnya ramai yang menganggap tunggulah bila dah tua baru nak beribadat. Bagaimana membetulkan persepsi begini?

ZURIDAN: Masa muda, ia adalah saat tubuh badan masih kuat dan fikiran masih segar, maka gunakanlah ia untuk melaksanakan ibadah dan menuntut ilmu. Bukannya digunakan untuk berseronok atau hanya berhibur seperti mana yang banyak berlaku hari ini.

Apabila sudah tua pastinya pergerakan semakin perlahan dan kebolehan menuntut ilmu semakin lemah dan kekuatan untuk melaksanakan ibadah semakin sedikit.

Diriwayatkan bahawa malaikat maut datang bertemu Nabi Yaakub a.s. Maka Nabi Yaakub bertanya: "Wahai malaikat maut apakah kamu datang kepadaku kerana ingin mencabut nyawa atau menziarahiku? Jawabnya: Untuk menziarahmu sahaja. Berkata Nabi Yaakub: Aku ada satu permintaan darimu. Bertanya malaikat maut: Apakah permintaanmu? Jawab Nabi Yaakub: Jika kamu datang untuk mencabut nyawaku maka hantarkanlah dahulu utusan untuk memaklumkanku terlebih dahulu. Kata malaikat maut: Ya! Kemudian malaikat maut pun pergi. Setelah beberapa tahun malaikat maut datang kembali kepada Nabi Yaakub. Lalu Nabi Yaakub bertanya: Kamu datang untuk menziarah atau mencabut nyawaku? Kata malaikat maut: Aku datang untuk mencabut nyawamu. Lalu kata Nabi Yaakub: Bukankah aku telah katakan jika kamu ingin mencabut nyawaku hantarkan dahulu seorang utusan supaya dapat aku bersedia menambah ketaatan dan amal kebaikan. Jawab malaikat maut: Aku telah lakukannya. Kata Nabi Yaakub: Tiadapun utusan yang sampai kepadaku. Jawab malaikat maut: Sesungguhnya aku telah mengutuskan dua utusan iaitu uban di kepalamu dan belakangmu yang bongkok".

Masa juga mestilah dipelihara ketika kita melaksanakan kerja dan tugas harian. Sebagai muslim menghargai masa dan menepatinya adalah satu kewajipan manakala tidak menepatinya adalah satu dosa kerana ia adalah tanda sifat munafik.

Apa yang berlaku dewasa ini ialah meremehkan masa dan selalu lambat yang semakin menular di kalangan umat Islam. Pada masa ini orang Arab sering dikaitkan sikap lambat, suka bertangguh, tidak tepati janji dan begitu juga dengan masyarakat Melayu hingga munculnya ungkapan 'janji Melayu'.

Penyakit lambat ini memberi imej yang tidak baik kepada Islam itu sendiri kerana bangsa Arab dan bangsa Melayu adalah sinonim dengan Islam. Contohnya di tempat kerja, suasana lambat menghadiri mesyuarat, lambat memulakan sesuatu majlis dan lambat menyiapkan tugasan adalah menjadi lumrah.

Budaya lambat ini adalah gambaran kemalasan dan kelembapan dan biasanya budaya inilah yang membantutkan kemajuan. Lihat sahaja apa yang berlaku di pejabat-pejabat kerajaan mahupun swasta. Amat susah melihat sesuatu mesyuarat dimulakan tepat pada waktunya.

Malah ada sesetengah tempat, masa yang tercatat sengaja diawalkan kerana sudah sedia maklum pasti akan berlaku kelewatan dalam memulakan sesuatu majlis.

Puisi Adam



Adam..
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yg soleh buat ibu bapamu serta saudara2mu & jugak jiran tetanggamu
Andai engkau sudah beristeri, jadilah suami yang meringankan beban isteri mu
Andai engkau sudah menjadi bapa, didiklah isteri dan anakmu sehingga dia tidak gentar menjalani kehidupan mengikut agama Allah

Adam ..
Andai engkau belum berkahwin, hormatilah wanita-wanita yg engkau kenali,
Ingatlah engkau jugak dilahirkan oleh insan wanita
Ingatlah Adam bahawa lelaki yang baik adalah pelindung kaum wanita,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan perempuan yang bukan muhrim,
Kerana dikhuatiri bila dari mata jatuh kehati,
Maka lahirnya senyuman serta tercetusnya salam,
Dan sekali gus di susuli dengan pertemuan,
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Adam ...
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang baik bersedia membimbing sesiapa sahaja atas agama-NYA
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
Kerana dia tahu matlamat dalam kehidupan adalah mengukuh ikatan tali persaudaraan.

Oleh itu Adam ..
Jagalah pandanganmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu,
Malulah kamu jika bergelar lelaki tapi berakhlak sebaliknya
Cintailah Allah dikala susah dan senang
Kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Cintailah sesama manusia kerana itu adalah jalan agama-NYA
Janganlah menjadi lelaki yg dilahirkan wanita yg tangannya mengoncang dunia menjadi lelaki mengoncang iman wanita.

Wanita Solehah



Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah sallallahualaihi- wasallam bersabda : “Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah.”

Dalam sebuah hadis yang Rasulullah sallallahualaihiwas allam bersabda: “Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya diaakan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR:Ibnu Majah)

Isteri yang solehah itu selalu memerhatikan akan tanggungjawabnya sebagai isteri, ia hanya berbuat sesuai dengan ketentuan Allah. Di antara ciri-ciri isteri solehah itu ialah bertanggungjawab terhadap kerja-kerjanya.

Pada dasarnya kewajipan isteri solehah itu ialah :

1. Patuh dan taat kepada suami yang soleh

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.

“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…”
(Surah An-Nisa’:34)

Isteri yang solehah itu di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah sallallahualaihi- wasallam, ia patuh terhadap suaminya dan menyimpan segala rahsia baik diluar rumah mahupun di dalam rumah. Ia selalu tersenyum dan menunjukkan muka manis terhadap suaminya. Tabiatnya yang baik itu menambah kasih sayang suaminya terhadapnya. Ia tidak pernah membantah kata-kata suaminya yag baik, semuanya dikerjakan dengan patuh kerana Allah.

Isteri yang baik apabila berkata dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesopanan . Begitu pula tidak boleh memerintah kepada suami, kecuali diucapkan dengan suatu yang baik sebagai suatu pertolongan. Walau bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami boleh membawa dosa, maka isteri dibenarkan membantah.

Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita”

2. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.

Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Disamping itu isteri dapat melakukan pekerjaan rumah seperti menghias rumah dan sebagainya.Walaupun ianya nampak remeh, tetapi ianya amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian keluarga.

3. Berhias untuk suami

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya, ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala ramutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.

Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.

Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.”
(HR:Muttafaqun Alaihi)

Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

4. Melayani suami

Hubungan seks merupakan penawar kebahagiaan rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian rumahtangga. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuan suaminya .

Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya. Mungkin dalam keadaan tertentu isteri boleh menolak kemahuan suaminya seperti dalam keadaan sekit, atau dalam keadaan yang dilarang oleh syara’ untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid dan sebagainya.

5. Berpakaian menurut ajaran Islam

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, ramai wanita pada zaman sekarang ini yang berpakaian tetapi telanjang kerana ia menutup bahaian tertentu sahaja, kalau menutup semua pun tetapi bentuk badannya tetap nampak jelas.

Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)

Jilbab merupakan satu fesyen pakaian wanta Islam yang menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab tidak menampakkan tubuh badan. Allah memerintahkan supaya berpakaian demikian supaya dapat membezakan antara wanita beriman dan tidak beriman, ia juga supaya terhindar dari golongan munafik.

Firman Allah yang bermaksud: “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri- isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan Jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka.”Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Penganmpun lagi Maha Penyayang..” (Surah Al-Ahzab:59)

6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami

Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai “teman hidup”.Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya .

Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.

Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:

1. Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.
2. Bersikap malu terhadap suami.
3. Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.
4. Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
5. Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
6. Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
7. Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
8. Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
9. Sentiasa menghormati keluarga suami .
10. Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
11. Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
12. Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.

QURA'AN KAREEM

"Magical Template" designed by Blogger Buster