Menjana Sambil Beramal Jariah

Jana Pendapatan Sekarang!

Jumaat, Oktober 02, 2009

Jasa Bonda

Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwaPunyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

P/S : Terima kasih di atas bantuan sahabat2 sekalian diatas bantuan yang diberikan. saya terima banyak sms dan email contact no yang perlu saya hubungi untuk merawat penyakit bonda saya. Untuk makluman semua. Bonda saya tidak dapat dibawa jauh untuk berubat. Pergerakkannya mengharapkan ehsan anak2 dan suami untuk membantu. Bonda saya hanya terbaring kaku di atas tilamnya. setiap kali kami adik beradik angkat bonda utk dimandikan dan sebagainya, dia merintih kesakitan. Saya tak dapat bayangkan penderitaan yg bonda saya alaminya. Setiap kali kami suap utk makan minumnya ada 2-3 sudi sahaja dia makan. selebihnya dia akan muntah balik. Dari tubuh berisi, sekarang bonda saya dah tidak berisi lagi, kurus sangat. Sayu saya tengok, airmata ini tak dapat nak tahan tengok keadaan bonda tercinta saya. Anak mana yang tak sedih tengok keadaan ibu kandungnya sedemikian rupa. Hati sedih, pilu, terluka siapa yang tahu, hanya doa kehadrat Ilahi yang dapat dipohon.

Saya bagi pihak keluarga saya memohon supaya sahabat2 sekalian dapat mendoakan dan membaca yasin untuk keselamatan dan kesejahteraannya. Andai ini ramadhan terakhir dapat kami sambut sekeluarga bersama bonda. kami redha dari dia menderita. Kami sekeluarga kadang2 dia kenal dan juga kadang2 merapu. Bonda saya selalu merintih kesakitan. Ayah saya berkata dia redha bonda saya pergi secepat mungkin dari sedih tengok bonda saya sedemikian rupa. kami dah berubat cara traditional. Hanya bonda saya yang rasa mcm mana peritnya yang dia alami.

Semalam untuk berpisah dgn bonda saya, tak henti2 saya menangis terkenangkan bonda saya. kami tak tahu samada dia akan sembuh atau tidak. melihat keadaannya seolah2 dia akan meninggalkan kami sekeluarga. kami dapat rasakan. kami sekeluarga sudah tidak sedap hati kebelakangan ini, macam ada perkara buruk akan berlaku. semalam saya terima penjelasan tentang keadaan bonda saya dari ayahanda saya. sayu je saya dengar nada ayahanda saya.

Sekarang ini fikiran saya berserabut, takda semangat.

Semoga diatas jasa baik sahabat2 sekalian, Allah jua dapat membalasnya dengan pahala berlipat ganda dan jannahnya, amin.

Semoga sahabat2 dapat kebaikan di dunia dan akhirat, amin.

InsyaAllah

Wassalam

Ilal Liqa' wa maassalamah


Catitan : Naim
Tarikh : 7 September 2009
Jam : 1.30pm

0 ulasan:

QURA'AN KAREEM

"Magical Template" designed by Blogger Buster