Menjana Sambil Beramal Jariah

Jana Pendapatan Sekarang!

Jumaat, Oktober 02, 2009

Ibuku Tenat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu, saya mohon seribu kemaafan jika ada salah silap, terkasar bahasa, ada menyinggung perasaan sahabat2 sekalian.

Dalam tempoh 2-3 Minggu ini mungkin saya tidak akan hantar takzirah lagi.

Untuk pengetahuan sahabat2 sekalian, bonda saya sudah uzur dan kritikal dalam keadaan tenat. Ayahanda saya beritahu tanda2 bonda akan meninggalkan kami telah ada. sudah 4 hari bonda saya tidak makan minum sekarang bertarung untuk hayat terakhirnya. Ayahanda saya kata lagi, perubahan ketara boleh nampak pada bonda saya, sekarang dia menderita dan bila2 masa akan meninggalkan kami sekeluarga. Kami hanya dia beritahu bersiap sedia segala kemungkinan berlaku dan kami kena berada di sisi bonda untuk kali terakhir. Inilah peluang terakhir saya untuk menjaga dan melihatnya, mungkin inilah ramadan terakhir kami sekeluarga sambut bersama bonda. Untuk sambut hari raya bersama tidak tahu sempat atau tidak lagi. Kami belum bersedia untuk berpisah dengan bonda tercinta tapi kami redha jika inilah takdir Allah terhadap bonda "Pergi Takkan Kembali".

Saya juga minta maaf kerana terpaksa batalkan semua majlis berbuka puasa yang telah dianjur oleh pihak2 tertentu dan juga komuniti siber yahoogroup.

Saya minta jasa baik sahabat sekalian, semperna bulan baik dan hari yang baik ini kiranya dapat mendoakan andai di takdirkan inilah hayat terakhir bonda saya. mendoakan agar bonda saya pergi dengan aman, mati dalam husnul qotimah dan dalam iman, amin.

Tolong bacakan yasin untuk bonda saya agar hidup aman dan tenteran.

Saya juga ucapkan terima kasih di atas bantuan sahabat2 sekalian kerana bagi contact no yang perlu dihubungi oleh saya untuk rawatan bonda saya.

SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA &
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Sekian, Wassalam

Mohammad Naim
019-9923190

13 September 2009

0 ulasan:

QURA'AN KAREEM

"Magical Template" designed by Blogger Buster